Tentera Darat Ke-3 Panzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3. Panzerarmee
Tentera Darat Ke-3 Panzer
Aktif16 November 1940 - 3 Mei 1945
Negara Jerman Nazi
PertempuranPerang Dunia II

Tentera Darat Ke-3 Panzer (Jerman: 3. Panzerarmee) adalah sebuah formasi berperisai Jerman semasa Perang Dunia II, dibentuk dari Kumpulan Panzer Ke-3 pada 1 Januari 1942.

Kumpulan Panzer Ke-3[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Panzer Ke-3 (Jerman: Panzergruppe 3) telah ditubuhkan pada 16 November 1940. Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Tengah dan terlibat dalam Operasi Barbarossa dan berperang dalam Pertempuran Moscow pada hujung tahun 1941 dan awal 1942. Ia bertugas dalam Operasi Typhoon, dimana ia diletakkan dibawah kawalan operasi Tentera Darat Ke-9. Panzergruppe 3 telah dinamakan semula Tentera Darat Ke-3 Panzer pada 1 Januari 1942.

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan Operasi Barbarossa Kumpulan ini mengandungi Kor XXXIX dan Kor LVII (mot.).

Kereta kebal Panther di Barisan Timur, 1944.

2 Oktober 1941[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Ke-3 Panzer telah ditubuhkan dengan menjenama semula Kumpulan Panzer Ke-3 pada 1 Januari 1942.

Semasa penyerangan balas Soviet, Tentera Darat Ke-3 Panzer berjuang keluar dari pengepungan dan kemudian berjuang di Tekino, Duna dan Vitebsk. Pada Mac 1944, Tentera Darat Ke-3 Panzer mengambil bahagian dalam pengumpulan paksa dan pengusiran penduduk awam Rusia di kawasan Borisov. Orang awam dipindahkan ke Jerman untuk dijadikan buruh paksa.[1] Ketumbukan ini kemudian berundur melalui Lithuania dan Courland, berperang dalam Pertempuran Memel pada akhir tahun 1944.

Pada Februari 1945 Tentera Darat Ke-3 Panzer merupakan salah sebuah ketumbukan yang membentuk Kumpulan Tentera Darat Vistula yang baru. Pada 10 Mac 1945, Jeneral Hasso-Eccard von Manteuffel dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Ke-3 Panzer, yang mana diberi tugas mempertahankan tebing Sungai Oder, di utara Seelow Heights, dengan itu menghalang kemasukan Soviet ke Pomerania Barat dan Berlin. Ia kemudian berdepan serangan besar-besaran Soviet yang dilancarkan oleh Barisan Ke-2 Belorussia Marsyal Konstantin Rokossovsky semasa Pertempuran Berlin. Pada 25 April pihak Soviet memecah masuk garisan Tentera Darat Ke-3 Panzer di sekitar pangkalan terdepan selatan Stettin[2] dan melintasi Kawasan Paya Randow.

Berikutan kekalahan di Stettin, Tentera Darat Ke-3 Panzer terpaksa berundur kedalam wilayah Mecklenburg - iaitu markas Tentera Darat Ke-3 Panzer. Manteuffel membuat perundingan dengan para jeneral British termasuk Fil Marsyal Bernard Montgomery di Hagenow pada 3 Mei 1945 untuk membolehkan beliau bersama 300,000 askar Jerman menyerah kalah kepada British bukannya kepada tentera Soviet.[3]

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hamburger Institut für Sozial Forschung, Verbrechen der Wehrmacht, p. 18" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-28. Dicapai pada 2017-12-18.
  2. ^ Richard Lakowski, Das Deutsche Reich und der Zweite Weltkrieg, Vol. 10/1, pp. 653-654, München: Deutsche Verlags-Anstalt, 2008
  3. ^ Mitcham Jr/Mueller, Samuel W./Gene (2012). Hitler's Commanders: Officers of the Wehrmacht, the Luftwaffe, the Kriegsmarine, and the Waffen-SS. Rowman & Littlefield. m/s. 137. ISBN 9781442211544.
  4. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 353

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Wilhelm Tieke, Das Ende zwischen Oder und Elbe, Stuttgart: Motorbuch Verlag, 1995
  • D. F. Ustinow et al. Geschichte des Zweiten Welt Krieges 1939-1945, Berlin: Militärverlag der DDR, 1982
  • Marcus Wendel. Axis history 3. Panzer-Armee

Pautan luar[sunting | sunting sumber]