Tentera Darat Liguria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tentera Darat Liguria (Armee Ligurien, atau Tentera Darat LXXXXVII) adalah sebuah tentera darat medan yang ditubuhkan untuk Tentera Darat Republikan Nasional (Esercito Nazionale Repubblicano, atau ENR). ENR adalah tentera darat kebangsaan Republik Sosial Itali (Repubblica Sociale Italiana, atau RSI) dibawah diktator Itali Benito Mussolini . Pembentukan tentera darat RSI ini bermula pada tahun 1943 dan telah dibubarkan pada 1945. Tentera Darat Liguria merangkumi beberapa unit Jerman dan unit-unit Itali kadangkala dipindahkan ke formasi Jerman.

Antara November 1944 dan Februari 1945, ketumbukan itu secara alternatif dikenali sebagai Ketumbukan Kumpulan Liguria (Armeegruppe Ligurien) kerana terletak dibawah Tentera Darat Ke-14.

Formasi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 1943, Protokol Rastenburg telah ditandatangani bersama Jerman Nazi dan RSI dibenarkan untuk menubuh empat divisyen tentera. Empat divisyen itu ialah—Divisyen Pertama "Italia" Infantri Itali, Divisyen Ke-2 "Littorio" Infantri Itali, Divisyen Ke-3 "San Marco" Marin Itali, dan Divisyen Ke-4 "Monte Rosa" Alpine Itali—dengan jumlah 52,000 orang.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 1944, bahagian pertama divisyen ini telah tamat latihan dan dihantar ke perbatasan. Seperti unit-unit RSI yang lebih kecil— Briged Hitam dan Decima Flottiglia MAS—divisyen RSI yang baru ditubuhkan secara amnya terlibat dalam aktiviti anti-partisan. Walaupun terdapat pengecualian, divisyen ini mempamerkan aksi garisan depan yang terhad.

Apabila divisyen-divisyen yang tinggal menamatkan latihan, mereka digabungkan dengan unit Jerman dan membentuk Ketumbukan Kumpulan Liguria. Menteri Pertahanan RSI, Marsyal Rodolfo Graziani, memerintah semua angkatan bersenjata RSI.

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Divisyen 1 "Italia" Bersaglieri telah diserapkan ke Tentera Darat Ke-14 Jerman.

Penyerahan kalah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mei 1945, Graziani mengarahkan angkatan bersenjata RSI dibawah perintahnya meletakkan senjata dan Ketumbukan Kumpulan Liguria tidak lagi wujud. Jeneral Jerman Heinrich von Vietinghoff menandatangani surat cara penyerahan kalah tanpa syarat bagi semua angkatan bersenjata Paksi di Itali dan berkuatkuasa pada 2 Mei.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The Decline and Fall of Nazi Germany and Imperial Japan, Hans Dollinger, Library of Congress Catalogue Card Number 67-27047