Tentera Darat Simpanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tentera Darat Simpanan (Jerman: Ersatzheer), juga dipanggil Tentera Darat Gantian, adalah sebahagian daripada Tentera Darat Imperial Jerman semasa Perang Dunia I dan sebahagian daripada Wehrmacht semasa Perang Dunia II. Ia berpangkalan didalam Jerman dan merangkumi unit-unit pemerintahan dan pentadbiran serta latihan dan pasukan kawalan. Peranan utamanya ialah membuat penggantian bagi divisyen tempur tentera darat Jerman.[1]

Dalam Reich Ketiga[sunting | sunting sumber]

Ia telah dibentuk di beberapa Daerah Pertahanan Jerman (Wehrkreise) dan ditugaskan dengan kerahan, pengambilan rekrut, latihan dan penggantian anggota, ujian kelengkapan baru tentera, dan pentadbiran, seperti tanggungjawab bagi urusan cuti askar balik ke tanahair.[2]

Pelan darurat Ersatzheer bagi Operasi Valkyrie sengaja disalah gunakan sebagai sebahagian daripada plot 20 Julai yang tidak berjaya, untuk membunuh Adolf Hitler, menahan pasukan SS, dan membuat satu rampasan kuasa tentera. Panglimanya, Generaloberst Friedrich Fromm, mempunyai kuasa yang cukup untuk mengawal tanahair Jerman kerana kedudukannya menguasai pemerolehan tentera darat dan pengeluaran serta pemerintahan seluruh pasukan tentera darat didalam Jerman.[3] Fromm enggan bekerjasama dalam rampasan sebelumnya, Operasi Spark (1940), tetapi para konspirator tahun 1944 masih merancang untuk menggunakan Tentera Darat Simpanan. Himmler sendiri mengambil alih kawalan Tentera Darat Simpanan kerana potensinya untuk digunakan dalam cubaan bunuh yang lain.[4]

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

Ketua-Ketua Staf

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • German Replacement Army (Ersatzheer) April 1944, Part 1. BiblioGov. 2013. ISBN 978-1-288-58410-9.
  • German Replacement Army (Ersatzheer) April 1944, Part 2. BiblioGov. 2013. ISBN 978-1-288-58417-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]