Tentera Ketiga (Turki)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Ketiga
AktifOktober 1923–kini
NegaraTurki
SaizTentera darat medan
Sebahagian daripadaTentera Darat Turki
PangkalanErzincan
PenaungWarganegara dari Republik Turki
PertempuranPemberontakan Sheikh Said
Pemberontakan Ararat
Komander
KomanderLeftenan Jeneral Erdal Ozturk[1]
Ketua StafMejar Jeneral Tayfun Özden
Komander
terkenal
Cevat Çobanlı (1923–1924)
Kâzım İnanç (1925)
İzzettin Çalışlar (1925–1933)
Ali Sait Akbaytoğan (1933–1935)
Kâzım Orbay (1935–1943)
Mustafa Muğlalı (1943–1945)
Sabit Noyan (1945–1946)
Kurtcebe Noyan (1946–1948)

Tentera Ketiga adalah sebuah tentera darat medan bagi Tentera Darat Turki dan ia merupakan unit tentera medan terbesar[perlu rujukan]. Kewujudannya boleh dijejak sehingga tahun 1923, di mana Badan Jemaah Pemeriksa Trup Tentera Kesembilan telah disusun semula membentuk Badan Jemaah Pemeriksa Trup Tentera Ketiga pada 15 Jun 1919.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa zaman Soviet Union, Tentera Ketiga berpangkalan di sempadan Kaukasus untuk melawan sebarang serangan dari Soviet melalui Daerah Tentera Transkaukasus. Pada 1973, pasukan ini beribu pejabat di Erzincan, terdiri daripada Kor ke-8 di Elâzığ (termasuk Divisyen Infantri ke-12 (Turki), kini Briged Infantri Mekanis ke-12 di Ağrı[2]), Kor ke-9 di Erzurum (termasuk Divisyen Infantri ke-9 di Sarıkamış (yang aktif sekurang-kurangnya sehingga tahun 1996), dan Kor ke-11 di Trabzon.

Selepas tahun 1974–75 dan Serangan Turki ke atas Cyprus, ibu pejabat Kor ke-11 dipindahkan ke Cyprus Utara.

Apabila Pakatan Warsaw dan Soviet Union runtuh, Jeneral Staf memutuskan untuk menghantar 120,000 anggota tentera dari Tentera Ketiga ke sempadan Iraq. Ia dilakukan untuk meninggikan tahap kesiagaan untuk bertindak balas ke atas sebarang kemungkinan krisis di kawasan ini (sepertimana yang terjadi semasa Perang Teluk Parsi dan Perang Iraq). Kebanyakan briged berperisai, mekanis dan komando ditempatkan di kawasan tengah bagi diaturgeraj dengan pantas ke seluruh Turki sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini.[3]

Kini, Tentera Ketiga ditugaskan meronda sempadan dengan Armenia dan Georgia. Kira-kira 300 anggota daripada Tentera Ketiga dihantar untuk berkhidmat dengan pasukan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Somalia (UNITAF/UNOSOM II). Divisyen Infantri ke-9 kemungkinan telah dibubarkan pada 2005.

Satu sumber Rusia pada tahun 2007 memberi butiran berikut:[4]

'..Tentera darat Medan ke-3, terdiri daripada Kor Tentera Darat ke-8 dan ke-9, Briged Infantri ke-48, Briged Berperisai ke-4.

'..Kor Tentera Darat ke-9, terdiri daripada: Divisyen Infantri ke-3, ke-7, ke-14, Briged Mekanis ke-25, batalion infantri mekanis berasingan, sebuah batalion kereta kebal berasingan, diaturgerak ke kawasan Argadan, Kagysman, Erzurum, di sepanjang sempadan Georgia-Turki dan Armenia-Turki. Kor Tentera Darat ke-8 terdiri daripada: briged infantri ke-10, pertama, ke-12 (Ağrı), ke-34, Briged Mekanis ke-42, Briged Berperisai ke-9 dan Rejimen Artileri ke-151 (Pengawal Revolusi Iran), terletak di sepanjang sempadan Iran-Turki.'

Susunan Perang, 1941[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 1941, Tentera Ketiga telah disusun seperti berikut:[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Commanders of the 2nd and 3rd army arrested, charged for 'treason' after failed coup".
  2. ^ HQ ARRC – Journal – December 2002
  3. ^ "Turkish army – All About Turkey".
  4. ^ Балансируя между войной и миром (Rusia)
  5. ^ Mete Tunçay, "İkinci Dünya Savaşı'nın Başlarında (1939–1941) Türk Ordusu", Tarih ve Toplum, S. 35, Kasım 1986, p. 41. (Turki)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Turkish army formations Templat:Turkish Army during World War Two