Tentera Laut Bulgaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Laut Bulgaria
Военноморски сили на Република България
Voennomorski sili na Republika Balgariya
Panji Tentera Laut Bulgaria
Ditubuhkan pada13 Januari 1899 
(125 tahun, 2 bulan)
Negara Bulgaria
CawanganAngkatan Tentera Bulgaria
JenisTentera laut
Saiz4,100 anggota (2009)
Sebahagian daripadaKementerian Pertahanan
PangkalanVarna
Atia
Peringatan9 Ogos
PertempuranPerang Balkan I
Perang Balkan Kedua
Perang Dunia I
Perang Dunia II
Komander
Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Kyril Mikhailov
Tanda kebesaran
Panji tentera laut
Bendera
Panji pengawal pantai

Tentera Laut Bulgaria (Bahasa Bulgaria: Военноморски сили на Република България, Voennomorski sili na Republika Balgariya) adalah tentera laut Republik Bulgaria dan membentuk sebahagian daripada Angkatan Tentera Bulgaria. Sebilangan besarnya telah diabaikan dalam reformasi yang dilakukan Bulgaria untuk mematuhi piawai NATO, kebanyakannya disebabkan oleh perbelanjaan besar dan fakta bahawa serangan laut tidak dianggap sebagai penting untuk keselamatan negara.[perlu rujukan] Itulah sebabnya tiga daripada empat kapal selam kelas-Romeo (tidak termasuk Slava) kini berlabuh dan telah lama tidak beroperasi. Yang terakhir adalah pelucutan tauliah kapal pada November 2011.[1] Hanya frigat, korvet dan kapal misil yang lebih moden masih aktif bertugas.

Untuk memenuhi beberapa syarat NATO, kerajaan Bulgaria membeli sebuah frigat kelas-Wielingen dari Belgium pada tahun 2005. BNS Wandelaar (F-912), dibina pada tahun 1977, telah dinamakan semula BG Drazki. Pada tahun yang sama kapal Bulgaria Smeli mengambil bahagian buat pertama kali selaku anggota penuh NATO dalam OAE (Operation Active Endeavour) NATO. Pada tahun 2006, selepas keputusan Perhimpunan Kebangsaan Bulgaria, Drazki dikerahkan sebagai sebahagian daripada Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL), melakukan rondaan di perairan negara Lebanon dibawah pemerintahan Jerman. Ini merupakan pertama kali Tentera Laut Bulgaria mengambil bahagian dalam operasi pengaman antarabangsa. Kerajaan Bulgaria membeli dua lagi frigat kelas Wielingen dan sebuah pemburu ranjau kelas-Tripartite pada tahun 2007.

Tentera Laut Bulgaria berpusat di dua pangkalan utama. Salah satunya adalah bandar Varna dan yang lain ialah Pangkalan Tentera Laut Atiya, berhampiran bandar Burgas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bulgarian Navy Discards Submarine Force". defencegreece.com. 3 November 2011. Dicapai pada 5 October 2014.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Andreev, J. & Boshniakov, S. (July 1997). "L'aviation navale bulgare (récit complete)" [Bulgarian Naval Aviation]. Avions: Toute l'aéronautique et son histoire (dalam bahasa French) (52): 38–42. ISSN 1243-8650.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Todorov, Ilia (1996). "Fifty Years of the Bulgarian Navy". Warship International. XXXIII (1): 16–44. ISSN 0043-0374.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Military of Bulgaria