Tentera Laut Uthmaniyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
sekitar tahun 1793 hingga 1923
Sebahagian daripada satu siri tentang
Angkatan Tentera
Empayar Uthmaniyah
Jata Empayar Uthmaniyah
 
Pengerahan

Tentera Laut Uthmaniyyah (Bahasa Turki: Osmanlı Donanması atau Donanma-yı Humâyûn), juga dikenali sebagai Armada Uthmaniyyah, telah diasaskan pada awal kurun ke-14 selepas empayar Uthmaniyyah berkembang menghampiri laut pada tahun 1323 dengan menawan Karamürsel, tapak limbungan kapal tentera laut Uthmaniyyah pertama dan menjadi pemangkin akan masa depan tentera laut. Semasa kewujudan panjangnya, ia telah terlibat dalam banyak konflik dan telah menandatangani sejumlah perjanjian maritim. Semasa zaman kemuncaknya, armada laut Uthmaniyyah mengunjur sehingga Lautan India, serta menghantar expedisi ke Indonesia pada tahun 1565.

Sepanjang sejarahnya, tentera laut diketuai oleh seorang yang berpangkat Kapudan Pasha (Laksamana Besar; atau dari segi bahasa "Kepten Pasha"). Pangkat ini dihapuskan pada tahun 1867, apabila ia telah digantikan oleh Menteri Tentera Laut (Bahasa Turki: Bahriye Nazırı) dan sejumlah Komander Armada (Bahasa Turki: Donanma Komutanları). Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah dan pengistiharan Republik Turki pada tahun 1923, tradisi tentera laut diteruskan dengan Tentera Laut Turki yang moden.

Armada pra-Uthmaniyyah Turki[sunting | sunting sumber]

Armada laut Turki pertama di Anatolia, yang mana terdiri daripada 33 buah kapal layar dan 17 buah perahu dayung, telah dibentuk di pelabuhan Smyrna (İzmir) by Tzachas pada tahun 1081, berikutan penaklukan ke atas Smyrna, Vourla (Urla), Kysos (Çeşme), Phocaea (Foça) dan Teos (Sığacık) di pantai Aegean, Anatolia pada tahun yang sama. Armada Tzachas menyerang Lesbos pada tahun 1089 dan Chios pada tahun 1090, sebelum dikalahkan oleh armada Byzantine berdekatan dengan Kepulauan Oinousses, luar pantai Chios pada 19 Mei 1090, yang mana menjadi kemenangan utama pertama diraih oleh pihak Anatolia Turki dalam pertempuran laut. Pada tahun 1091, armada Tzachas menyerang pulau-pulau Samos dan Rhodes di Laut Aegean, tetapi dikalahkan dan dihalau oleh para laksamana Byzantine iaitu Constantine Dalassenos dan John Doukas. Pada tahun 1095, armada Tzachas menyerang kota pelabuhan strategik dan Teluk Adramyttium (Edremit) di pantai Anatolia Aegean dan kota Abydos di Selat Dardanelles.[petikan diperlukan]

Sultan Rûm Seljuq Alaeddin Keykubad I menakluk Alaiye (Alanya) dan membina sebuah gedung senjata tentera laut di sana. Alanya menjadi pelabuhan induk bagi armada Seljuk di Laut Mediterranean. Keykubad I kemudian menubuhkan sebuah armada di Laut Hitam yang berpangkalan di Sinope (Sinop), di bawah arahan Amir Chupan. Beliau berjaya menakluk sebahagian semenanjung Crimea dan Sugdak di Laut Azov (1220–1237).[petikan diperlukan]

Kebangkitan[sunting | sunting sumber]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Genangan[sunting | sunting sumber]

Armada Danube[sunting | sunting sumber]

Saiz Armada Danube dalam Tentera Laut Uthmaniyyah semasa Perang Turki Besar pada akhir kurun ke-17 adalah 52 buah kapal (4 buah galliot, 28 buah frigat dan 20 buah bot sungai bawah-rata) dengan 4,070 anak kapal.[1]

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Laksamana[sunting | sunting sumber]

Kapal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ottoman Warfare 1500-1700, Rhoads Murphey, 1999, p.235

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • E. Hamilton Currey, Sea-Wolves of the Mediterranean (London, 1910).
  • Bono, Salvatore: Corsari nel Mediterraneo (Corsairs in the Mediterranean) (Perugia, Oscar Storia Mondadori, 1993); Corsari nel Mediterraneo: Condottieri di ventura. Online database in Italian, based on Salvatore Bono's book.
  • Bradford, Ernle, The Sultan's Admiral: The life of Barbarossa (London, 1968).
  • Wolf, John B., The Barbary Coast: Algeria under the Turks (New York, 1979).
  • Melis, Nicola, “The importance of Hormuz for Luso-Ottoman Gulf-centred policies in the 16th century: Some observations based on contemporary sources", in R. Loureiro-D. Couto (eds.), Revisiting Hormuz – Portuguese Interactions in the Persian Gulf Region in the Early Modern Period (Wiesbaden, Harrassowitz, 2008, 107–120 (Maritime Asia, 19).
  • Tuncay Zorlu, Innovation and Empire in Turkey: Sultan Selim III and the Modernisation of the Ottoman Navy (London, I.B. Tauris, 2011).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ottoman Empire topics