Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Darat Indonesia

Kelahiran Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI AD) bersamaan dengan kelahiran TNI, iaitu pada 5 Oktober 1945 apabila Pemerintah Republik Indonesia mengeluarkan maklumat tentang perasmian pembentukan Tentara Kebangsaan yang berbentuk Badan Keamanan Rakyat (BKR) menjadi Tentara Keamanan Rakyat (TKR). TKR mempunyai tugas untuk mengamankan negara dan rakyat daripada gangguan tentera pendudukan Inggeris dan NICA. Pada saat itu TKR yang berintikan unsur Darat juga telah mempunyai unsur Laut, Udara dan Kepolisan. Disamping TKR dibentuk juga Laskar Rakyat sebagai organisasi perlawanan rakyat demi tegaknya Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia 17 Ogos 1945 seperti TRIP (Tentera Republik Indonesia Pelajar), TP (Tentera Pelajar) dan lain-lain.

Dengan Penetapan Pemerintah Bilangan 2 12 Januari 1946 nama Tentara Keamanan Rakyat diubah menjadi Tentara Keselamatan Rakyat yang bertugas pokok menyelamatkan Negara Republik Indonesia dan rakyatnya dari bahaya penjajahan.

Selanjutnya TKR berubah menjadi TRI (Tentara Rakyat Indonesia) pada tanggal 25 Januari 1946 yang terdiri dari unsur Tentara Rakyat Indonesia Darat, Tentara Rakyat Indonesia Laut dan Tentara Rakyat Indonesia Udara. Pada tanggal 5 Mei 1947 Presiden RI menyatakan askar dan barisan rakyat bersenjata ke dalam TRI Darat sehingga namanya menjadi TNI ADRI. Perkembangan berikutnya menjadi APRI (1969) dan selanjutnya kembali lagi menjadi TNI pada 1 April 1999.

Berdasarkan Keputusan Presiden Republik Indonesia Bilangan 163 tahun 1999 pada 14 Disember 1999, tanggal 15 Disember ditetapkan sebagai Hari Juang Kartika Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat.


KSAD & Wakil KSAD (1983 – 2005)[sunting | sunting sumber]

KSAD bererti Kepala Staff Angkatan Darat

KSAD dan Wakil KSAD ini berdasarkan tahun masa jawatan.

KSAD[sunting | sunting sumber]

Wakil KSAD[sunting | sunting sumber]

Lihat Pula[sunting | sunting sumber]

  • [1] Web rasmi Tentera Darat Indonesia