Tentera Perancis Bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Forces Françaises Libres
Flag of Free France (1940-1944).svg
Salib Lorraine, simbol Perancis Bebas
Active 18 Jun 1940–1 Ogos 1943
Negara Perancis
Keanggotaan 550,000 (1944)
1,300,000 (1945)
Musik Kawad Le Chant des Partisans
Perang/pertempuran Perang Dunia II
Komander
Komander
ternama
Charles de Gaulle,
Philippe Leclerc


Tentera Perancis Bebas atau Free French Forces (Bahasa Perancis: Forces françaises libres) adalah unit-unit tentera atau individu yang menyertai "Free France" (la France libre), iaitu organisasi penentang yang diasaskan oleh Charles de Gaulle pada tahun 1940 di London bagi meneruskan perjuangan menentang Kuasa Paksi.

De Gaulle, seorang menteri kerajaan Perancis yang menolak gencatan senjata yang dibuat oleh Marsyal Philippe Pétain dan telah melarikan diri ke Britain, menggesa rakyat Perancis menentang dalam siaran BBC nya "Rayuan 18 Jun" (Appel du 18 juin), yang mana membangkitkan semangat moral di seluruh Perancis dan koloninya, walaupun pada mulanya hanya sedikit tentera Perancis menyahut seruan de Gaulle.

Perancis Bebas menentang tentera Paksi dan Vichy dan terlibat disemua medan pertempuran dari Timur Tengah hingga Indochina dan Afrika Utara. Tentera laut Perancis Bebas beroperasi sebagai sebuah pasukan sokongan kepada Tentera Laut Diraja, dan terdapat unit-unit Perancis Bebas dalam Tentera Udara Diraja, Tentera Udara Soviet, dan British SAS.

Pada November 1942, pihak Bersekutu menyerang Afrika Utara Perancis kawalan Vichy, dan ramai tentera Vichy menyertai Perancis Bebas, dengan Jeneral Henri Giraud mengepalai mereka. Ini menyebabkan pihak Jerman menduduki Vichy Perancis, dan sebagai membalas dendam tentera Vichy yang berjumlah 60,000 anggota di Afrika Utara menyertai pihak Bersekutu.

Pada 1 Ogos 1943, Perancis Bebas secara rasmi bersatu dengan Armee d'Afrique (Tentera Darat Afrika) untuk membentuk Armee française de la Liberation (Tentera Pembebasan Perancis). Menjelang pertengahan tahun 1944, pasukan tentera ini berjumlah lebih daripada 400,000 anggota dan mereka menyertai pendaratan Normandy dan pencerobohan dari Perancis Selatan, akhirnya memimpin kemaraan ke Paris. Tidak lama kemudian mereka berperang di Alsace, Alps dan Brittany, dan pada akhir perang di Eropah, mereka dengan kekuatan 1,300,000 anggota - tentera Bersekutu keempat terbesar di Eropah - mengambil bahagian dalam pencerobohan Bersekutu keatas Jerman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Governments in exile