Tentera Selempang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tentera Selempang Merah berasal dari Johor, Malaysia di bawah pimpinan seorang kiai yang bernama Kiai/Panglima Salleh yang penuh dengan ilmu kebatinan Melayu.[1]

Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk dan membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka. [2]

Pergerakan ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Maklumat lisan Johor: proyek pelajar-pelajar kewartawanan. Biroteks, Institut Teknologi Mara, 1987 - Politicians - 256 pages
  2. ^ Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the ... By Boon Kheng Cheah
  3. ^ Motivasi minda: membina jati diri gemilang. By H. M. Tuah Iskandar