Tentera Udara Diraja Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Udara Diraja Australia
Ensign of the Royal Australian Air Force.svg

Panji Tentera Udara Diraja Australia
Ditubuhkan 31 Mac 1921
Negara Australia
Cawangan Tentera Udara
Keanggotaan 15,430 anggota (2006)
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Australia
Ibu pejabat Tentera Udara Canberra
Cogan kata Per Ardua ad Astra ('Through Struggle to the Stars')
Maskot Kanggaru
Komander
Panglima Tentera Udara Marshal Udara Mark Binskin
Timbalan Panglima Tentera Udara Timbalan Marshal Udara Geoff Brown
Komander Udara Australia Timbalan Marshal Udara Mark Skidmore
Pesawat
Pengebom F-111
Peperangan elektronik Boeing 737 AEW&C
Pejuang F/A-18 Hornet
Peronda AP-3C Orion
Pengawasan RF-111
Latihan PC-9, Hawk 127, B300
Pengangkut C-130 Hercules, DHC-Caribou, C-17 Globemaster III, Boeing 737, Challenger 600


Tentera Udara Diraja Australia adalah merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Australia. Ia telah ditubuhkan pada Mac 1912. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Kor Penerbangan Australia dan menjadi satu entiti unit tentera udara bebas pada 31 Mac 1921. Tentera Udara Diraja Australia terlibat dalam konflik besar seperti Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Korea dan Perang Vietnam. Ia juga terlibat dalam kempen Pencerobohan Iraq 2003. Moto bagi jata Tentera Udara Diraja Australia dalam frasa Latin adalah Per Ardua ad Astra, yang bermaksud (Bahasa Inggeris : "Through Struggle to the Stars").

Kekuatan sekarang[sunting | sunting sumber]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

RAAF Canadair CL-600-2B16 Challenger di Adelaide Airport (2004)

Sehingga 2007, pesawat-pesawat berikut sedang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Australia:

Pesawat Asal Jenis Versi Dalam pegangan[1][2][3] Nota
BAE Systems Hawk Bendera United Kingdom United Kingdom Pejuang latihan lanjut Hawk 127 33 Ini adalah pesawat latihan pejuang jet yang diubahsuai. Untuk mereka yang akan mengendalikan pesawat F-111 dan F/A-18 dari pesawat kepak kaku ringan.
Beechcraft Super King Air Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Latihan navigasi B300 8
Boeing Business Jet Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Pengangkut VIP 737-700 BBJ 2 Pajakan jangka panjang, mengangkut Perdana Menteri, Ratu dan Tetamu Kehormat.
Boeing C-17 Globemaster III Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Pengangkut C-17 4 Kesemua pesawat telah dihantar pada Januari 2008[4].
Bombardier Challenger 600 Bendera Kanada Kanada Pengangkut VIP CL 604 3
de Havilland Canada DHC-4 Caribou Bendera Kanada Kanada Pengangkut DHC-4 10
General Dynamics F-111 Aardvark Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Serangan F-111
F-111C
RF-111C
21
17
4
Campuran jenis F-111C jarak jauh asal, versi pengawasan RF-111C, dan F-111A dari bekas Tentera Udara Amerika Syarikat (ditingkat upaya ke spesifikasi versi C) dan pengantian atrisi F-111G. Pesawat-pesawat ini akan dibersarakan pada tahun 2010. Untuk jangka masa pendek, pesawat F/A-18F telah dipilih. Kesemua pesawat F-111G telah dibersarakan pada bulan September 2007.
Lockheed C-130 Hercules Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Pengangkut C-130 total
C-130H
C-130J-30
20
8
12
Lockheed P-3 Orion Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Rondaan maritim P-3 total
AP-3C
21
18
Kesemua pesawat akan dibersarakan menjelang tahun 2018. Kemungkinan besar akan digantikan dengan Boeing P-8 Poseidon
McDonnell Douglas F/A-18 Hornet Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bendera Australia Australia
Pejuang/penyerang F/A-18
F/A-18A
F/A-18B
71
54
17
Dibina di Australia dengan kebenaran berlesen daripada McDonnell Douglas. Angkatan pesawat F/A-18 ini telah melalui pelbagai tingkat upaya sejak memasuki perkhidmatan pada tahun 1980-an dan masih berupaya, akan tetapi isu-isu kelesuan bermakna ia tidak mungkin akan kekal dalam garisan pertahanan udara hadapan sehingga jengkaan bersaranya pada tahun 2015. Pesawat ini akan digantikan dengan 100 buah pesawat F-35 Lightning II.
Pilatus PC-9  Switzerland
Bendera Australia Australia
Latihan lanjut PC-9 65 Dikeluarkan dengan kebenaran daripada de Havilland Australia.
Jumlah Pesawat pejuang/penyerang

Latihan


Pengangkut(termasuk VIP)

92

130


39

Latihan termasuk 24 buah pesawat latihan asas PAC CT/4

Sebagai tambahan, 24 buah pesawat latihan asas PAC CT/4 yang lebih dikenali sebagai "Plastic Parrot", adalah dimiliki dan dioperasikan oleh firma BAE Systems untuk latihan permulaan.

Senjata kecil[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]