Tentera Udara Diraja Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Udara Diraja Thai
Kong Thab Akat Thai
Lambang Tentera Udara Diraja Thai
Ditubuhkan pada2 November 1913
NegaraThailand
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Peperangan anti-pesawat
Saiz315 buah pesawat (184 buah pesawat pejuang)
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Diraja Thai
Ibu pejabatPangkalan Udara Don Muang, Bangkok
Kawatมาร์ชกองทัพอากาศ
(Royal Thai Air Force March)
Peringatan9 April 1937
PertempuranPerang Perancis-Thai
Perang Pasifik
Perang Korea
Perang Vietnam
Komander
Panglima Tentera UdaraKetua Marsyal Udara Airbull Suthiwan
Tanda kebesaran
Roundel
Pesawat terbang
PenyerangL-39, Alpha Jet, AU-23
PejuangGripen, F-16, F-5
HelikopterUH-1, Bell 412, S-92
PengawasanLear 35A, Arava, Saab 340 AEW&C
PelatihAirtrainer, PC-9, DA42
PengangkutC-130, BT-67, Nomad, G222, Avro 748, ATR-72, 737-400/800, A319, A310

Tentera Udara Diraja Thai (Bahasa Thai: กองทัพอากาศไทย, Kong Thab Akat Thai) merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Diraja Thai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1911, seorang juruterbang Belgium yang bernama Charles Van Den Born telah mempamerkan pesawat udara pertama di Thailand semasa di Litar Lumba Kuda Sa Pathum. Pihak berkuasa Thai cukup mengagumi dengan pertunjukan yang dibuat, dan pada 28 Februari 1913 telah menghantar tiga pegawai untuk belajar ilmu penerbangan di Perancis, yang mana merupakan sebuah yang terkehadapan dalam industri penerbangan.

Tiga pegawai ini adalah Mejar Luang Sakdi Sanlayawut (Sunee Suwanprateep), Kapten Luang Arwut Sikikorn (Long Sinsuk) dan Leftenan Tip Ketuthat. Pada 2 November 1913, mereka kembali ke Thailand bersama-sama lapan buah pesawat (empat Breguets dan empat Nieuport). Mereka ini dianggap sebagai perintis kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Thai. Pada Mac 1914, pesawat-pesawat ini dipindahkan dari lapangan terbang Sa Pathum ke Don Muang. Pada awalnya, Menteri Pertahanan Thai telah meletakan tentera udara di bawah kawalan Jabatan Inspektor Jeneral Jurutera Tentera Darat.

Semasa Perang Perancis-Thai, tentera udara Thai berjaya mencapai beberapa kemenangan pertempuran udara menentang Vichy Perancis Armée de l'Air. Selepas Perang Dunia II, tentera udara Thai telah menghantar tiga buah pesawat C-47 bagi memberi sokongan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam Perang Korea. Tentera udara Thai juga menghantar pesawat C-47, bagi menyertai tentera Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam. Di sepanjang sempadan, tentera udara Thai banyak melakukan kempen menentang pengganas komunis, contohnya Serangan Lapangan Terbang Ban Nam Ta di Laos, dan pertempuran di antara tentera Thai dan Vietnam di sepanjang sempadan Thai-Cambodia. Apabila Perang Dingin tamat, tentera udara Thai Air terlibata dalam Operasi Pos Sempadan 9631 di sepanjang sempadan Thai-Burma pada 1999, dan menlancarkan operasi bagi mengeluarkan rakyat Thai dan asing dalam Rusuhan Phnom Penh 2003 di Cambodia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]