Tentera Udara Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tentera Udara Perancis
Logo of the French Air Force (Armee de l'Air).svg
Ditubuhkan Sebahagian dari Tentera Darat Perancis tahun 1909, jadi cabang tentera udara pada 1934
Negara  Perancis
Jenis Tentera udara
Keanggotaan 43,597 anggota (2015)[1][2]
627 buah pesawat[3]
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Perancis
Komander
Ketua Turus Tentera Udara Perancis Jeneral André Lanata[4][5]
Tanda kebesaran
Roundel French-roundel.svg


Tentera Udara Perancis (bahasa Perancis: Armée de l'air [aʀme də lɛʀ], "ketumbukan udara") adalah pasukan udara didalam Angkatan Tentera Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1909 sebagai Service Aéronautique, iaitu sebuah pasukan udara dalam Tentera Darat Perancis, yang kemudiannya diubah menjadi cabang tentera yang bebas pada tahun 1934, ia dipercayai menjadi tentera udara tertua di dunia. Jumlah pesawat yang berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis berubah-ubah mengikut sumber, bagaimanapun sumber dari Kementerian Pertahanan Perancis memberikan angka 658 buah pesawat pada tahun 2014.[6][7] Tentera Udara Perancis memiliki 219 buah pesawat tempur yang berkhidmat, majoritinya terdiri daripada 124 Dassault Mirage 2000 dan 95 Dassault Rafale. Seawal tahun 2014, Tentera Udara Perancis mempunyai sejumlah 43,597 anggota tetap. Elemen simpanan tentera udara mengandungi 5,187 anggota dari Rizab Operasi.[2]

Menteri Pertahanan Perancis bertanggungjawab bagi pelaksanaan polisi tentera. Beliau dinasihati oleh Ketua Turus Pertahanan (CEMA) dari segi penggunaan angkatan tentera dan penguasaan operasi tentera. Ketua Turus Tentera Udara Perancis (Chef d'État-Major de l'Armée de l'Air, CEMAA) menentukan doktrin tentera udara dan menasihati CEMA bagaimana untuk menggunakan aset-aset udara Perancis. Beliau bertanggungjawab bagi penyediaan dan bantuan logistik tentera udara. Ketua Turus Tentera Udara terkini ialah Général d'armée aérienne André Lanata yang dilantik pada 21 September 2015.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak pendapat mengatakan bahawa Armée de l'Air merupakan tentera udara profesional pertama yang ditubuhkan di dunia. Perancis mempunyai minat yang aktif dalam membangunkan tentera udara daripada tahun 1909 dan negara pertama yang memiliki juruterbang pesawat pejuang dalam Perang Dunia I. Dalam tempoh tahun di antara perang, terutamanya pada tahun 1930-an, kualitinya jatuh dibandingkan dengan pasukan Luftwaffe, yang telah menghancurkan Perancis dalam Pertempuran Perancis.

Era selepas Perang Dunia II, Perancis menyatupadukan usaha dan berjaya membangunkan industri pesawat tempatan. Dengan diketuai oleh Dassault Aviation dengan rekabentuk sayap delta yang unik dan efektif, telah menghasilkan pesawat jet dalam siri keluarga Mirage. Pesawat Mirage telah menunjukan keupayaan membunuhnya dalam Perang Enam Hari dan Perang Teluk, dan merupakan sebuah pesawat paling popular dan rekod jualan yang mengagumkan dalam sejarah industri ketenteraan. Pada masa sekarang, Tentera Udara Perancis sedang menunggu penghantaran pesawat pengangkut tentera A400M, yang mana masih berada dalam peringkat pembangunan, dan integrasi pesawat tempur pelbagai peranan Dassault Rafale, dalam skuadron operasi pertama yang mengandungi 20 buah pesawat telah berjaya direalisasikan pada tahun 2006 di Saint-Dizier.

Inventori pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat Asal Jenis Versi Dalam perkhidmaan

[8]

Mula berkhidmat[9] Nota
Aérospatiale SA 330 Puma Templat:Country data flagcountry Pencari dan penyelamat
Helikopter pengangkut
SA 330 29 1974
Airbus A310 Templat:Country data flagcountry Pengangkut taktikal A310-300 3 1994
Airbus A319 Templat:Country data flagcountry Pengangkut VIP A319 ACJ 2 2002
Airbus A340 Templat:Country data flagcountry Pengangkut taktikal 2 2006
Boeing KC-135 Stratotanker  Amerika Syarikat Pesawat tangki C-135FR 14 1985
Boeing E-3 Sentry  Amerika Syarikat Amaran Awal Udara E-3F 4 1991
CASA CN-235 Templat:Country data flagcountry Pengangkut taktikal CN-235-200
CN-235-200M
8
11
1991
Dassault Falcon 50 Templat:Country data flagcountry Pengangkut VIP Mystère 50 4 1979
Dassault Falcon 900 Templat:Country data flagcountry Pengangkut VIP Falcon 900 2 1987
Dassault Mirage 2000 Templat:Country data flagcountry Pelbagai peranan
Latihan
Serangan
Serangan nuklear
AD
AD
Jumlah
Mirage 2000B
Mirage 2000D
Mirage 2000N
Mirage 2000C
Mirage 2000-5
266
27
90
50
62
37
1983
1983
1983
1993
1988
1999
Dassault Mirage F1 Templat:Country data flagcountry Sokongan dekat udara
Latihan
Pengawasan
case
Jumlah
Mirage F1B
Mirage F1CR
Mirage F1CT
109
14
40
55
1980
1980
1983
1990
Dassault Rafale Templat:Country data flagcountry Pelbagai peranan
Pelbagai peranan
Rafale B
Rafale C
26[10]
8[11]
2006 Rafale M hanya digunakan oleh Tentera Laut Perancis
Dassault-Breguet/Dornier Alpha Jet Templat:Country data flagcountry Latihan Alpha Jet E 99 1979
De Havilland Canada DHC-6 Twin Otter Templat:Country data flagcountry Pengangkut utiliti DHC-6 6 1978
Embraer EMB 121 Xingu Flag of Brazil.svg Brazil Latihan EMB 121 35 1982
Embraer EMB 312 Tucano Flag of Brazil.svg Brazil Latihan EMB 312 47 1993
Eurocopter AS 532 Cougar Templat:Country data flagcountry Pengangkut Jumlah
AS 332C
AS 332L
AS 532
EC 725
11
3
3
2
3
1980
Eurocopter AS 355 Ecureuil Templat:Country data flagcountry Utiliti AS 355 5 1984
Eurocopter AS 555 Fennec Templat:Country data flagcountry Utiliti AS 555AN 43 1986
Grob G-120 Templat:Country data flagcountry Latihan G120A-F 2 (16 buah lagi pesawat akan dihantar) 2007 "
Jodel D-140 Templat:Country data flagcountry Latihan 1966
Lockheed C-130 Hercules  Amerika Syarikat Pengangkut taktikal C-130H
C-130H-30
5
9
1987
1988
Mudry CAP 10 Templat:Country data flagcountry Latihan CAP 10B 7 dikeluarkan[12]
Socata TB Templat:Country data flagcountry Latihan TB 30 Epsilon 90 1985
Socata TBM Templat:Country data flagcountry Pengangkut perhubungan TBM 700 17 1992
Transall C-160 Templat:Country data flagcountry Ujian penerbangan
ELINT
Pengangkut taktikal
C-160F
C-160G Gabriel
C-160NG
1
2
55[13]
1967
1989
1982
Walter Extra 300 Templat:Country data flagcountry Latihan aerobatik Extra 300SC 2[14] 2008

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Angkatan Tentera Perancis