Tentera Udara Venezuela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Venezuelan Air Force
Aviación Militar Venezolana
Aktif10 Disember, 1920
NegaraVenezuela
CawanganAngkatan Tentera Venezuela
Tanda kebesaran
RoundelRoundel of Venezuela.svg
Pesawat terbang
PenyerangMirage III, OV-10,
PejuangSu-30, F-16, VF-5
PelatihC182, SF-260, EMB-312
PengangkutC-130, G.222,

Tentera Udara Venezuela, (Bahasa Sepanyol Aviación Militar Bolivariana de Venezuela,dahulunya Fuerza Aérea Venezolana, FAV) adalah sebuah badan keselamatan profesional untuk mempertahankan kedaulatan dan ruang udara Venezuela. Ia merupakan sebuah komponen dalam Angkatan Tentera Venezuela.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelahiran FAV bermula pada 10 Disember, 1920 apabila Sekolah Penerbangan Tentera Venezuela ditubuhkan. Antara pesawat-pesawat terawal yang dimiliki termasuk Farman, Caudron G-3 dan juga pesawat amfibia Caudron G-4. Dekad pertama penubuhan FAV banyak dipengaruhi oleh Perancis, Jerman dan Itali. Selepas Perang Dunia II, tentera udara telah disusun kembali dengan bantuan Amerika Syarikat, yang mana menjadi permulaan pada penubuhan rasmi Fuerza Aérea Venezolana, pada 22 Jun, 1946.

Kebanyakan pangkalan tentera udara pada hari ini telah dibina pada tahun 1960-an. Di antara pesawat pejuang utama pada masa itu adalah Venom, Vampire, dan F-86. Manakala skuadron pesawat pengebom pula menggunakan pesawat B-25 Mitchell. Tahun-tahun 1970-an dan 1980-an telah menyaksikan peningkatan pada tahap kekuatan FAV, peningkatan harga minyak telah membolehkan FAV untuk melengkap kembali unit-unitnya. Pegangan kombinasi pelbagai jenis pesawat dikekalkan dan pesawat-pesawat seperti Mirage IIIE/V, VF-5A/D, T-2D, OV-10A/E dan T-27 telah diperoleh. Venezuela merupakan di antara pelanggan eksport pertama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon yang mana tiba pada tahun 1983 bagi melengkapkan skuadron yang baru ditubuhkan iaitu Grupo Aéreo de Caza 16 yang berpangkalan di Pangkalan Udara El Libertador. [1][2]

Pada 2006, pesawat-pesawat F-16, F-5 dan Mirage milik Tentera Udara Venezuela telah terlibat dalam latihan bersama Cruzex III yang telah diadakan di Brazil bersama-sama tentera udara Argentina, Brazil, Chile, Perancis, Peru dan Uruguay. [3]

Program pemodenan[sunting | sunting sumber]

Venezuela akan membeli sekurang-kuranya 4 buah helikopter Mil Mi-28 pada masa depan. Helikopter ini akan beroperasi pada tahun 2009. Terdapat laporan Tentera Udara Venezuela akan membeli sekurang-kurangnya 2 buah pesawat IL-76.

Pada Julai 2005, Venezuela telah membeli 24 buah pesawat Sukhoi Su-30MKK daripada Rusia, sebagai tindak balas ke atas sekatan alat-alat ganti pesawat F-16 Fighting Falcon oleh Amerika Syarikat. Kesemua pesawat ini telah dihantar dengan pesawat terakhir telah dihantar kepada Venezuela pada 2008.[4]

Baru-baru ini, Venezuela sedang berbincang dengan Rusia bagi memperoleh pesawat pejuang Sukhoi Su-35 pada masa akan datang.[5]

Pesawat dalam pegangan[sunting | sunting sumber]

Pesawat Asal Jenis Versi Jumlah[6] Nota
Su-30MK2 Flag of Russia.svg Rusia Pejuang pelbagai peranan 24 Semua pesawat telah dihantar[7]
F-16 Fighting Falcon  Amerika Syarikat Pejuang 21 (10) Hanya 10 buah masih beroperasi
CF-5  Kanada Pejuang 18
Dassault Mirage 50  Perancis Pejuang 5 Akan dibersarakan
OV-10 Bronco  Amerika Syarikat Serangan ringan
Pengawasan
7
Airbus A319  EU Pengangkut 1
Beechcraft Super King Air  Amerika Syarikat Pengangkut 5
Fairchild Swearingen Metroliner  Amerika Syarikat Pengangkut 2
Boeing 707  Amerika Syarikat Pengangkut 7
Boeing 737  Amerika Syarikat Pengangkut 1
Cessna Citation 500/550  Amerika Syarikat Pengangkut 5
Dassault Falcon 20  Perancis VIP 2
Dassault Falcon 50  Perancis VIP 2
C-130 Hercules  Amerika Syarikat Pengangkut 4
Cessna Citation X  Amerika Syarikat VIP 1
Cessna 182  Amerika Syarikat Latihan asas 12
Hongdu JL-8  China Latihan 0 24 buah dalam pesanan
Embraer EMB 312 Tucano Flag of Brazil.svg Brazil Latihan 32
Aermacchi SF.260  Itali Latihan
Serangan ringan
12
Eurocopter Super Puma  EU Pengangkut helicopter 8
Eurocopter Cougar  EU Helikopter pengangkut 4
Mil Mi-28 Flag of Russia.svg Rusia Helikopter penyerang 0 4 buah dalam pesanan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]