Teori puncak minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keluk pengeluaran berbentuk loceng seperti yang dibuat oleh M. King Hubbert pada tahun 1956.

Teori puncak minyak juga dikenali Teori puncak Hubbert (bahasa Inggeris: Hubbert peak theory) diutarakan oleh M. King Hubbert pada tahun 1956 yang mengatakan pengeluaran minyak di dunia ini akan mengikuti keluk berbentuk loceng. Ini adalah satu teori puncak minyak.

Titik-titik di keluk akan menentukan jumlah maksimum pengeluaran berdasarkan kadar penemuan, pengeluaran dan pengumpulan. Pada awalnya, kadar pengeluaran akan bertambah kerana penemuan baru dan infrastruktur yang dibina. Pada akhir keluk, pengeluaran menurun kerana sumber yang berkurangan.

Teori puncak Hubbert adalah berdasarkan penelitian tentang jumlah minyak di dalam perut bumi sebagai terhad, maka penemuan yang pada mulanya banyak akan mencapai tahap maksimum lalu berkurangan. Model ini dicipta Hubbert, seorang ahli geologis.

Aplikasi teori[sunting | sunting sumber]

Hubbert meramalkan bahawa pengeluaran petroleum Amerika Syarikat akan sampai ke puncaknya bermula pada tahun 1965. Pada tahun 1970, pengeluaran petroleum di Amerika telah berkurangan. Akibatnya, Amerika telah berubah dari negara pengeksport petroleum kepada sebuah negara pengimport.

Teori puncak minyak juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak akan turut mengalami situasi yang sama seperti Mesir: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Rusia: 1987, Syria: 1996 , Tobago: 1981, Venezuela: 1970, dan UK: 1999. Walaupun ada di antara negara-negara yang telah disebutkan itu masih lagi mengeluarkan minyak, tetapi pengeluarannya menurun dari tahun ke tahun. Puncak minyak bagi Malaysia adalah 2013.

Ramai geologis berpendapat dunia kini memasuki zaman puncak minyak bermula pada tahun 2005. Titik maksima pada fenomena puncak minyak akan berlaku di antara tahun 2020-2030. Rezab semula jadi komoditi ini sedang berada di tahap genting - semakin susut dan tandus - sebuah tanda buruk di mana kegemilangan tamadun yang berasaskan petroleum akan berakhir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]