Teori segala sesuatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teori segala sesuatu atau teori utama (theory of everything atau master theory) difahamkan sebagai rangka kerja teori fizik andaian tunggal, kamil dan koheren yang menjelaskan dan menghubungkan kesemua aspek fizik yang wujud dalam alam semesta.[1]:6

Penemuan teori ini merupakan salah satu masalah yang belum dapat diselesaikan dalam fizik. Selama beberapa abad terakhir, terdapat dua rangka teori telah dikembangkan yang secara keseluruhannya sangat mirip dengan teori ini. Kedua-dua teori ini merupakan tempat segala fizik moden bergantung kepadanya:

Selama bertahun-tahun kajian yang dilakukan, para ahli fiizk telah melakukan banyak ujikaji dengan ketapatan yang luar biasa hampir pada setiap ramalan yang dibuat oleh kedua teori ini ketika penerapan dilakukan kepada domain yang sesuai. Sepertimana yang bersesuaian dengan penemuan sebegini, para ahli sains juga mendapati bahawa kerelatifan umum dan teori medan kuantum yang dirumuskan mereka pada saat ini saling tidak berpadanan—keduanya tidak mungkin sama-sama benar. Sifat domain penerapan kedua-dua kerelatifan umum dan teori medan kuantum yang sangat berbeda ini menyebabkan kebanyakan situasi mengharuskan hanya satu daripada dua teori ini yang perlu digunapakai.[3][4]:842–844 Ketidakcocokan antara kerelatifan umum dan teori medan kuantum tampaknya hanya menjadi masalah dalam bidang berskala sangat kecil atau sangat tinggi, seperti yang terdapat dalam lubang hitam atau pada tahap awal alam semesta (yakni setelah berlakunya Letupan Besar). Untuk mengatasi konflik ini, suatu rangka teori yang mengungkapkan kenyataan mendasar secara mendalam mestidiperolehi. Penyatuan graviti dengan tiga interaksi lainnya untuk menyatupadukan bidang-bidang kerelatifan umum dan teori medan kuantum ke dalam suatu keseluruhan yang mulus secara harmoninya: sebuah teori tunggal yang pada prinsipnya mampu menggambarkan semua fenomena. Dalam usaha mengejar tujuan ini, graviti kuantum telah menjadi suatu bidang yang banyak diberi tumpuan aktif dengan kegiatan penyelidikan yang berterusan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steven Weinberg. Dreams of a Final Theory: The Scientist's Search for the Ultimate Laws of Nature. Knopf Doubleday Publishing Group. ISBN 978-0-307-78786-6.
  2. ^ Stephen W. Hawking (28 February 2006). The Theory of Everything: The Origin and Fate of the Universe. Phoenix Books; Special Anniv. ISBN 978-1-59777-508-3.
  3. ^ Carlip, Steven (2001). "Quantum Gravity: a Progress Report". Reports on Progress in Physics. 64 (8): 885. arXiv:gr-qc/0108040. Bibcode:2001RPPh...64..885C. doi:10.1088/0034-4885/64/8/301.
  4. ^ Susanna Hornig Priest (14 Julai 2010). Encyclopedia of Science and Technology Communication. SAGE Publications. ISBN 978-1-4522-6578-0.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]