Tepung bungkus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tepung bungkus yang telah dibuka dan sedia untuk dimakan.

Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-Bahan:[sunting | sunting sumber]

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 2 cawan santan cair
  3. ½ biji kelapa muda parut
  4. 1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut
  5. Sedikit garam
  6. 10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Bahan membuat inti:[sunting | sunting sumber]

Kelapa muda disira dengan nisan hingga kering untuk dijadikan inti. Pada masa kini terdapat juga orang yang menggunakan gula merah bagi menggantikan manisan tradisional nisan ini. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.

Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar ia berkepala (berketul).

Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.

Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.