Terapi tunggang kuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terapi tunggang kuda adalah penggunaan kuda dan kegiatan bantuan kuda untuk mencapai matlamat yang mempertingkat kemahiran fizikal, emosi, sosial, kognitif, perilaku dan pembelajaran untuk mereka yang mengalami kekurangan upaya. Ia tidak hanya tertumpu pada terapi kemahiran menunggang, bahkan juga perkembangan hubungan antara kuda dengan penunggang. Ia menggunakan pendekatan berpasukan untuk membekalkan rawatan kepada individu dengan bimbingan jurulatih tunggangan.[1]

Kuda menawarkan rangsangan saraf-otot yang unik apabila ditunggang dengan satu-satunya jenis pergerakan. Kuda bergerak secara berirama yang memimik pergerakan jalan kaki manusia. Dalam tunggangan, langkah demi langkah kuda bertindak untuk menggerakan pelvis penunggang dalam putaran dan pergerakan kanan kiri yang sama seperti ketika berjalan. Lenggok jalan kuda yang boleh dilaras itu merangsang penunggangnya untuk sentiasa melaraskan kelajuan untuk mencapai pergerakan pelvis yang dikehendaki sambil memupuk kekuatan, keseimbangan, koordinasi, kefleksibelan dan keyakinan.[2] Seseorang tidak perlu menunggang kuda untuk mencapai kesan terapi yang dikehendaki. KUda boleh bertindak sebagai bantuan dengan menjadi teman yang boleh disayangi kepada mereka yang kurang upaya. Kerja-kerja penjagaan kuda seperti memberus, memandikan, dan menggeragas membentu dalam meluaskan pergerakan sendi serta meninggalkan kesan yang menenangkan dan menenteramkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ All, A. C., Loving, G. L., & Crane, L. L. (1999). Animals, horseback riding, and implications for rehabilitation therapy. Journal of Rehabilitation, July/August/ September, 49-57.
  2. ^ Borzo, G. (2002). Horsepower. American Medical News, 45 (23), 24-26.