Teratai Kemboja (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teratai Kemboja
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahAlong Kamarudin
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Adi Putra
Elly Mazlein
Hasnul Rahmat
Nafiz Muaz
Fezrul Khan
Jaja Iliyes
Nadia Brian
Zila Bakarin
Lagu pembukaanJanjimu Syurga - Superchild
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod21 Episode
Penerbitan
Tempoh siaranRabu - Jumaat, 9 malam.
Syarikat penerbitan
(Saphire Screen Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Zehra)
Siaran asal13 April 201812 Jun 2018
Kronologi
Diikuti olehAndainya Takdir 2

Teratai Kemboja adalah drama Malaysia 2018 yang bertemakan cinta. Drama ini telah ditayangkan pada 12 Jun 2017 pada jam 9:00 malam melalui saluran TV3 di slot Zehra TV3.

Drama ini menerima rating sebanyak 12 Juta Penonton dan berkongsi jumlah rating bersama drama 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir 2 dan Jangan Benci Cintaku.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.

Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.

Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[1] Drama Rantaian Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.