Terbaik Terbaik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Terbaik Terbaik
Album studio oleh Dewa 19
Dikeluarkan pada1995
Dirakam padaOktober 1994 - Mei 1995
GenreRock
Masa46:15
SyarikatAquarius Musikindo
PenerbitDhani Manaf, Putra Jaya Husin
Kronologi Dewa 19
Format Masa Depan
(1994)
Terbaik Terbaik
(1995)
Pandawa Lima
(1997)

Terbaik Terbaik ialah album ketiga kumpulan Dewa 19. Album ini dikeluarkan pada tahun 1995 oleh syarikat rakaman Aquarius Musikindo dan diedarkan oleh Aquarius Musikindo. Album ini melonjakkan beberapa lagu hits seperti "Cukup Siti Nurbaya", "Satu Hati (Kita Semestinya)", "Cinta 'Kan Membawamu Kembali", dan lain-lain.

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Album yang mengandungi 11 lagu ini dirakam dari Oktober 1994 hingga Mei 1995 di pelbagai studio: Gin's Studio, Triple M, Studio 15 dan RJ Studio, dan proses mastering di Don Bartley, Studio 301, Australia. Untuk album ini, Putera Jaya Husin bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan Ahmad Dhani bertindak sebagai penerbit dan komposer bagi sebahagian lagu dalam album ini. Album ini berkonsepkan muzik pop rock yang dibangunkan dengan menambahkan elemen jazz, folk, funk dan balada. Dimas Djayadiningrat bertanggungjawab melakukan proses fotografi dan pembikinan kulit album.

Ramai pemerhati muzik percaya bahawa album ini merupakan album terbaik pernah dibuat Dewa 19 yang menjadikan mereka sebagai salah satu kumpulan rock paling kreatif di Indonesia. <ref name="Review">Dewa 19 - Terbaik Terbaik Diarkibkan 2013-10-14 di Wayback Machine - Review album. Majalah Rolling Stone keluaran Disember 2007 meletakkan album ini di tempat ke 26 dalam senarai "150 Album Indonesia Terbaik".

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisVokalis Masa
1. "IPS"  Andra RamadhanInstrumental 1:09
2. "Cukup Siti Nurbaya"  Dhani ManafAri Lasso 4:47
3. "Satu Hati (Kita Semestinya)"  Dhani Manaf, Andra RamadhanAri Lasso 5:27
4. "Terbaik Terbaik"  Dhani Manaf, Andra RamadhanAri Lasso dan Dhani Manaf 3:18
5. "Hanya Satu"  Dhani Manaf, Andra RamadhanAri Lasso 3:55
6. "Cinta 'Kan Membawamu Kembali"  Dhani ManafAri Lasso 4:19
7. "Manusia Biasa"  Dhani ManafDhani Manaf 5:07
8. "Restoe Boemi"  Dhani Manaf, Erwin PrasetyaAri Lasso dan Dhani Manaf 5:17
9. "Hitam Putih"  Dhani Manaf, Andra RamadhanDhani Manaf 4:10
10. "Jalan Kita Masih Panjang"  Dhani ManafAri Lasso 4:15
11. "Jangan Pernah Mencoba"  Dhani Manaf, Andra RamadhanAri Lasso 4:31

Pemuzik[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Dhani - Keyboard, piano, suara latar
  • Andra Ramadhan - Gitar elektrik & akustik , konsep riff
  • Erwin Prasetya - Bass, 5 strings fretless, suara latar
  • Ari Lasso - Vokalis

Pemuzik tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Rere - Drums
  • Hendry - Violin
  • Lilo - Suara latar bagi lagu "Cukup Siti Nurbaya"
  • Reza Artamevia - Suara latar bagi lagu "Satu Hati (Kita Semestinya)"
  • Maia Estianty - Suara latar bagi lagu "Hanya Satu" dan "Jalan Kita Masih Panjang"
  • Shelomita Diah - Suara latar bagi lagu "Terbaik Terbaik"dan "Manusia Biasa"
  • Keke & Pay - Suara latar bagi lagu "Jangan Pernah Cuba"

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Anugerah
1995 Video Muzik Indonesia Video Klip Terbaik - "Cukup Siti Nurbaya"
1996 BASF Awards Kumpulan Muzik Rock Terbaik
1996 BASF Awards Kumpulan/Duo Rakaman Terbaik
1996 BASF Awards Sistem Muzik Rakaman Terbaik - "Cukup Siti Nurbaya"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • "Cinta 'Kan Membawamu Kembali" telah dirakam semula oleh Reza Artamevia dalam album Keabadian pada tahun 2000, kemudian dirakam semula oleh Mike Mohede pada tahun 2006.
  • "Cukup Siti Nurbaya" dan "Satu Hati (Kita Semestinya)" dirakam semula oleh Dewi Dewi pada tahun 2007 dalam album Recycle +. Versi Once dari lagu ini dirakam dalam album live Dewa 19, Atas Nama Cinta I & II, pada tahun 2004.

Rujukan[sunting | sunting sumber]