Terengganu FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Terengganu FM
BandarKuala Terengganu
Kawasan penyiaranTerengganu
SloganMesra Ceria
Tarikh siaran pertama1 Mac 1973; 49 tahun yang lalu (1973-03-01) sebagai Siaran Daerah
BahasaMelayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarPerlis FM
Kedah FM
Langkawi FM
Mutiara FM
Perak FM
Kelantan FM
Pahang FM
Selangor FM
KL FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Sarawak FM
Red FM
Wai FM
Miri FM
Labuan FM
Sabah FM
Sabah V FM
Sandakan FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/TERENGGANUFM
Tapak webterengganufm.rtm.gov.my

Terengganu FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Mesra Ceria. Ia diselenggarakan oleh Radio Televisyen Malaysia Negeri Terengganu.

Terengganu FM disambung siar dari Nasional FM[sunting | sunting sumber]

Terengganu FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Siarannya bermula pada 1 Mac 1973 melalui Siaran Daerah dari jam 15:00 hingga 19:45 menerusi gelombang sederhana. Bermula tahun 2005, siaran Terengganu FM beroperasi selama 24jam sehari. Siaran Terengganu FM boleh didengari keseluruhan negeri Terengganu, Kelantan Timur dan Pahang Timur.RTM Kuala Terengganu merupakan Ibu Pejabat Penyiaran Kawasan Timur. Pada awal siarannya Radio Malaysia Kuala Terengganu memancarkan siarannya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur. Sebelum tahun 1991 siarannya dipancarkan melalui Gelombang Sedehana Kuala Terengganu 392 meter/765Khz, Kota Bharu 427 meter/702 Khz, Kuantan 370 meter/810 Khz, Kuala Lipis 456 meter /648khz dan Dungun 238 meter/1260Khz. Namun stesen pemancar ini telah ditutup mulai 1992 secara berperingkat. Kini, Terengganu FM boleh didengari di kawasan Utara dan Timur Kelantan serta Pahang Timur selain Negeri Terengganu sendiri.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

Setiap Hari (Isnin - Ahad)[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa Siaran
Ceria Pagi Ain, Azra, Farah & Sidi 06:00:00 - 09:59:59
Anggun Deeja, Jaja, Jue & Marina 10:00:00 - 13:59:59
GGOK Che Him, Ejo, Kak Chik & Kak Teh 14:00:00 - 17:59:59
Nurani - 18:00:00 - 20:59:59
Selekta Ery & Hal 21:00:00 - 23:59:59

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
88.7 MHz Kuala Terengganu Bukit Besar
96.2 MHz Terengganu Utara Bukit Bintang
97.7 MHz Terengganu Selatan Bukit Bauk

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]