Terier Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terier Ireland
Nama lain Terier merah Ireland
Negara asal Ireland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Ireland (Bahasa Ireland: brocaire Gaelach; Bahasa Inggeris: Irish terrier) atau terier merah Ireland (Bahasa Inggeris: Irish red terrier) ialah satu baka anjing dari Ireland, salah satu daripada banyak baka terier. Terier Ireland dianggap sebagai salah satu baka terier terlama. Pertunjukan anjing Dublin pada 1873 merupakan yang pertama untuk menyediakn kelas terpisah untuk terier Ireland. Menjelang 1880-an, terier Ireland merupakan baka keempat paling popular di Ireland dan Britain.

Terier Ireland ialah anjing giat dan bersaiz padat yang sesuai untuk kehidupan di persekitaran pedalaman dan bandar raya. Bulu merah kasarnya melindunginya daripada semua jenis cuaca.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]