Terier Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Jepun
Nama lainTerier Mikado
Terier oyuki (salji)
Negara asalJepun
Trait
Berat 2.2–4.5 kg (4.9–9.9 lb)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Jepun[a] ialah satu baka terier kecil yang asli di Jepun. Ia dipercayai diturunkan daripada progeni jenis terier rubah, anjing penuding, dan anjing peribumi Jepun.[1]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Kepala terier Jepun

Terier Jepun paling kerap mempunyai kepala hitam dan tubuh yang putih meluas dengan tompok-tompok hitam kecil. Terier Jepun adalah setinggi 8–13 inci (20–33 cm) (sehingga bahu) dan biasanya berukuran seberat 5–10 paun (2.3–4.5 kg).[2] Telinganya terletak tinggi-tinggi dan terlipat ke hadapan dan lapis bulunya pendek, licin, dan halus. Ekornya dapat terpotong.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) memerihalkan baka ini anjing yang mempunyai "perwatakan cergas dan ceria" dan "berperangai pantas dan cergas".[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seekor terier Jepun betina

Terier Jepun dibiakbakakan pada abad ke-17 dengan pengawanan terier rubah licin, yang dibawa oleh kapal dagang Belanda ke Nagasaki,[4] dengan anjing penuding bersaiz kecil atau anjing asli kecil Jepun. Menjelang tahun 1900-an, pada penghujung Era Meiji, sesetengah anjing ini terlihat di jalanan Kobe dan dipanggil "terier Kobe". Penampilan "terier Kobe" ini adalah seperti campuran terier rubah licin dengan terier Jepun.[5] Anjing ini kemudiannya dibela sebagai anjing riba di pelabuhan lain seperti Kobe dan Yokohama. Pembiakbakaan terancang tidak bermula sehingga sekitar tahun 1920 dan terier Jepun diiktiraf oleh Japan Kennel Club pada tahun 1930.[1]

Terier Jepun pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu buruan kecil, seperti tikus dan mencit, dan untuk menjadi pendamping pemiliknya. Baka ini terkenal kerana tenaga tinggi dan kecerdasannya yang menjadikannya pilihan bagus untuk pemilik aktif yang sanggup memberikan banyak senaman dan rangsangan mental. Baka ini pada umumnya sihat, tetapi dapat menjadi cenderung terhadap isu kesihatan tertentu, seperti kepekakan dan alahan. Pemeriksaan veterinar kerap dan penjagaan bulu betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan baka ini. Secara keseluruhannya, terier Jepun ialah teman setia dan penyayang untuk mereka yang sudi menyediakan penjagaan dan perhatian yang diperlukan olehnya.

Pada 13 Oktober 2020, terier Jepun diterima masuk ke dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club, perkhidmatan pendaftaran baka pilihan yang disediakan oleh kelab itu untuk baka anjing tulen baharu yang telah diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan masih belum diiktiraf oleh AKC.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر جڤون; Jepun: 日本テリア, rumi: Nihon teria, bahasa Inggeris: Japanese terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 259 NIHON TERIA (Japanese Terrier)" [Piawaian FCI No. 259 Terier Jepun] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 3 Jun 2016. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "Japanese Terrier". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  3. ^ "FCI-Standard N° 259 NIHON TERIA (Japanese Terrier)" [Piawaian FCI No. 259 Terier Jepun] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 3 Jun 2016. Dicapai pada 7 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ "Japanese terrier". JKC (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  5. ^ "Japanese Terrier Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  6. ^ "The FSS' Newest Family Member". National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.