Terier Tenterfield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Tenterfield
Dua ekor terier Tenterfield juara: seekor sawo matang dan putih; dan seekor triwarna
Negara asalAustralia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Tenterfield[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan di Australia. Ia merupakan anjing kuat, aktif, tahan lasak, dan tangkas dan lapis bulu pendek licinnya menjadikannya pendamping keluarga yang 'mudah dijaga'.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Terier Tenterfield terdapat dengan pelbagai warna, tetapi warna lapis bulunya kebanyakannya putih dengan tanda-tanda hitam, zaitun, atau malah sawo matang dalam tonnya. Ia merupakan anjing kecil yang pada purata tumbuh sehingga ketinggian 25–30 sentimeter (9.8–11.8 in).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul terier Tenterfield tidak diketahui. Baka terier Tenterfield dikatatkan berasal daripada anjing yang menemani peneroka pertama dari Eropah di Australia yang belayar dari Portsmouth di selatan England. Anjing ini merupakan pembunuh haiwan perosak. Anjing terkecil dipilih untuk memainkan peranan itu di atas kapal-kapal Eropah, lalu membawa kepada ketibaannya di Australia. Anak anjing terkecil daripada perinduk terier rubah juga dikatakan kadang-kadang dipilih seperti untuk kebolehgerakan dalam peranan perburuan, malah ada kalanya disilangkan dengan baka kecil lain untuk mencapai saiz lebih kecil.[1]

Menjelang lewat abad ke-19, sejenis anjing yang dikenali sebagai terier rubah katik (miniature fox terrier, dikenali sebagai "mini foxy") cukup berasas di luar bandar Australia sebagai pembunuh haiwan perosak dan pendamping keluarga. Menjelang tahun 1920-an, anjing ini telah menjadi ketetapan dalam isi rumah bandar.[2]

Nama "Tenterfield" kadang-kadang salah dinyatakan untuk menunjukkan tempat asal baka ini. Sebaliknya, ia mungkin telah diterbitkan daripada seorang pembiak baka cukup terkenal. Anjing ini dibiakbakakan secara meluas di New South Wales utara dan di sekitar kawasan itu.[3] Tenterfield ialah salah satu daripada banyak kawasan di Australia yang mempunyai terier kecil jenis ini yang dibela. Pekan Tenterfield adalah penting dalam sejarah Australia kerana Pidato Tenterfield mengenai kemerdekaan daripada Britain. Sebagai tambahan, pemilik kedai pelana di pekan itu, seorang lelaki bernama George Woolnough, diabadikan oleh cucu beliau, seorang penghibur, Peter Allen sebagai "Tenterfield Saddler" ("Tukang Pelana Tenterfield"). Penduduk Tenterfield mengaku bahawa En. Woolnough memiliki dan menyayangi sebilangan terier ini,[4] namun, fotograf anjing ini masih belum ditemukan.

Nama terier Tenterfield dicadangkan pada tahun 1990-an oleh tokoh perkebunan televisyen, Don Burke,[5] dan diterima pakai semasa penamaan semula salah sebuah kelab terier rubah katik pada masa itu.

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Terier Tenterfield ialah baka anjing agak sihat. Walau bagaimanapun, ia terdedah kepada hipotiroidisme dan kehelan tempurung lutut, serta kecenderungan untuk menjadi terlebih berat jika diberi makan dengan terlalu kerap. Ia merupakan baka anjing sangat cerdas dan boleh latih, namun memerlukan pelatihan tekal. Terier Tenterfield ialah anjing bertenaga tinggi yang perlu dibawa berjalan-jalan sekurang-kurangnya setiap hari. Perangainya ramah jika dijaga dengan baik, namun ia dapat menjadi bersikap pemusnah atau bising jika bosan. Sebagai terier, ia tidak patut dipercayai dengan haiwan peliharaan bukan anjing seperti mencit, tikus belanda, tikus, atau arnab.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر تينترفيلد; bahasa Inggeris: Tenterfield terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tenterfield Terrier". purina.com.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mac 2024.
  2. ^ "Tenterfield Terrier Breed Information" (dalam bahasa Inggeris). The Dog Site. Dicapai pada 24 Mac 2024.[pautan mati kekal]
  3. ^ "History". Tenterfieldterrier.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mac 2024.
  4. ^ National Tenterfield Terrier Council (Australia) (Inggeris)
  5. ^ "Tenterfield Terrier". Burkesbackyard.com.au (dalam bahasa Inggeris). 19 September 2013. Dicapai pada 24 Mac 2024.