Terier Chile

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Terier rubah Chile)
Terier Chile
Terier Chile muda
Negara asalChile
Trait
Berat Jantan 5–8 kg (11–18 lb)
Betina 4–7 kg (9–15 lb)
Tinggi Jantan 32–38 cm (13–15 in)
Betina 28–35 cm (11–14 in)
Bulu pendek
Warna anjing pendek dengan pewarnaan hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, atau biru dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Chile[a] ialah baka anjing pertama dari Chile.[1] Baka ini bertarikh kembali ke lewat abad ke-19, yang terhasil daripada penyilangan terier rubah licin dengan anjing pemburu tikus bodega Andalusia. Anjing ini diiktiraf oleh Kennel Club de Chile (KCC), tetapi belum diiktiraf oleh FCI. Sejak tahun 2011, baka ini dikelaskan dalam Kumpulan 3 Alianz Canine Worldwide (ACW).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah terier Chile melibatkan sejarah Chile sejak abad ke-18 dan terdapat sejarah kehadirannya di negara itu sejak zaman penjajahan, semasa pendatang Eropah menetap di wilayah di Amerika Selatan sambil membawa terier rubah licin bersama dengan mereka untuk membasmi tikus dan rodensia kecil.

Ia mewarisi perangai gelisah dan salakan daripada leluhur Inggeris-nya, sementara daripada anjing tempatan, ia mewarisi keseimbangan, keberanian, kesetiaan, dan semangat tugas.

Sebagai pendamping tidak kenal penat semasa abad ke-18 dan abad ke-19, baka ini dikembangkan di estet-estet di Chile selatan-tengah, semudahnya menyesuaikan diri terhadap kehidupan desa, kerap di dalam kandang kuda. Oleh itu, petani dan tuan tanah dapat bersama-sama mengongsi anjing kecil ini. Maka, anjing ini tidak pernah terikat dengan kelas sosial atau kasta tertentu sepanjang sejarah Chile.

Pada lewat abab ke-19 dan semasa Revolusi Perindustrian, ramai petani berhijrah ke kota sambil membawa keluarga dan terier Chile mereka. Setelah mampu secepatnya menyesuaikan diri terhadap kehidupan kota, ia digunakan dalam industri-industri baharu dan di petempatan baharu untuk pembasmian tikus. Oleh sebab faktor terakhir ini, terier Chile dikenal pasti sepanjang kebanyakan tahun abad terakhir dengan unsur negara proletarian golongan buruh yang memainkan peranan berlawanan dengan yang mula mengambil langkah pertama untuk mengasaskan kegiatan itu di Chile, kebanyakannya pendatang dan anggota golongan borjuis pada masa itu, iaitu yang lebih berminat dengan kemasukan dan perkembangan baka-baka asing dalam pencapaian pengiktirafan terier Chile.

Walaupun minat para pembiak baka tempatan pada masa itu hampir sifar, terier Chile kekal hadir di rumah-rumah golongan pertengahan negara itu, selanjutnya melalui komik Condorito dan teman setianya, Washington, seekor terier Chile yang menunjukkan «unsur Chile» anjing kecil ini.

Kini, terier Chile hadir di serata negara itu. Ia mempunyai sifat penyesuaian diri terhadap pelbagai iklim Chile dan masih digunakan di kawasan luar bandar sebagai pemburu mencit dan di kota sebagai pendamping sangat baik yang penuh perhatian dan cergas.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor terier Chile

Warna utamanya ialah putih, yang diiringi oleh tanda-tanda hitam dan perang. Ia mempunyai lapis bulu bawah berbulu pendek yang kadang-kadang terkesan dengan sedikit tompok gelap yang terlihat melalui mantel putih. Telinganya terletak tinggi-tinggi dengan mencondong ke hadapan dengan hujung "V". Ia mempunyai gigi dan gigitan cukup terbentuk. Jantan adalah setinggi 32–38 cm (13–15 in) pada paras kelasa dengan ketinggian unggul yang merupakan 35 cm (14 in). Betina pula setinggi 28–35 cm (11–14 in) pada paras kelasa dengan ketinggian unggul 32 cm (13 in). Jantan berukuran seberat 5–8 kg (11–18 lb) dengan berat unggul yang merupakan 6.5 kg (14 lb). Betina pula berukuran seberat 4–7 kg (8.8–15.4 lb) dan berat unggul ialah 5.5 kg (12 lb).

Terier Chile masyhur[sunting | sunting sumber]

Salah seekor terier Chile masyhur ialah Washington (daripada komik Condorito), iaitu anjing milik Condorito. Walaupun ia hanya diiktiraf di peringkat antarabangsa pada tahun 2011 oleh ACW (Alianz Canine Worldwide), telah ada beberapa pameran terier Chile di Chile selama bertahun-tahun dan kini baka ini sedang dijual melalui halaman-halaman Internet di sepanjang Chile, Bolivia, Argentina, Ecuador, dan negara Amerika Selatan lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر چيلي; Sepanyol: terrier chileno; bahasa Inggeris: Chilean terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "El Perro Ovejero Magallánico" (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2024.
  2. ^ "Chilean Terrier" (dalam bahasa Inggeris). www.alianzfederation.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2015. Dicapai pada 22 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]