Terima Aku Seadanya
Terima Aku Seadanya | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Sham Hashim Che Li Nana Khaliil |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | Nazim Othman Puteri Aishah Julia Farhana Marin Daler Yusuf |
Lagu pembukaan | "Bila Ada Kamu" Ditulis oleh Aman RA Tatsuro Miller Richard Burgurst Bryan B Putri Norizah Sophia Liana Alif Cik Manggis Azira Shafinaz Dipersembahkan oleh De Fam, Aman RA & Alif |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Francis Foo Juliana Foo |
Penerbit | Juliana Foo |
Penyunting | Aiman Azfar Alia Khaidir M Norhakim Junid Haziq Omar |
Lokasi | Malaysia |
Tempoh siaran | 39–42 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7 |
Format gambar | HDTV |
Format audio | Surround |
Siaran asal | 2 Oktober 2018 | – 29 Oktober 2018
Terima Aku Seadanya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Eoon Shuhaini sebanyak 20 episod.[1] Siri ini telah diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan telah disiarkan di saluran NTV7 melalui slot GlamaDrama bermula 2 Oktober 2018 dan episod akhir telah ditayangkan pada 29 Oktober 2018. Drama ini disiarkan semula di TV3 pada 11 September 2019 hingga 24 Oktober 2019 di Slot Lestary.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan Kamelia (Puteri Aishah), yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry (Daler Yusuf) yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara (Julia Farhana Marin). Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.
Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan (Nazim Othman).
Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif (Ryzal Jaafar). Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.
Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama[sunting | sunting sumber]
- Puteri Aishah sebagai Kamelia[2]
- Nazim Othman sebagai Irfan[3]
Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]
- Julia Farhana Marin sebagai Sahara
- Ryzal Jaafar sebagai Alif
- Daler Yusuf sebagai Peter
- Ranjeetha sebagai Henna
- Jesse Lim sebagai Mr. Alex
- Khaty Azian sebagai Datin Fatty
- Natasha Elyzza sebagai Vanes
Episod[sunting | sunting sumber]
No. | Tajuk | Tarikh siaran pertama |
---|---|---|
1 | "Dunia Ini Tidak Adil" | Oktober 2, 2018 |
2 | "Hari Paling Malang" | Oktober 3, 2018 |
3 | "Pertandingan Bermula" | Oktober 4, 2018 |
4 | "Teman Lelaki Upahan" | Oktober 5, 2018 |
5 | "Hidup Di Neraka Dunia" | Oktober 8, 2018 |
6 | "Kembali Ke Gim" | Oktober 9, 2018 |
7 | "Refleksi Diri" | Oktober 10, 2018 |
8 | "Kamelia v2.0" | Oktober 11, 2018 |
9 | "Melangkah Ke Hadapan" | Oktober 12, 2018 |
10 | "Terbongkar Rahsia" | Oktober 15, 2018 |
11 | "Musuh Utama" | Oktober 16, 2018 |
12 | "Siapa Menang?" | Oktober 17, 2018 |
13 | "Selebriti Segera" | Oktober 18, 2018 |
14 | "Cemburu" | Oktober 19, 2018 |
15 | "Perangkap" | Oktober 22, 2018 |
16 | "Malang Tidak Berbau" | Oktober 23, 2018 |
17 | "Dugaan Bercinta" | Oktober 24, 2018 |
18 | "Keabadian Cinta" | Oktober 25, 2018 |
19 | "Jiwa Kacau" | Oktober 26, 2018 |
20 | "Bahagia Selamanya?" | Oktober 29, 2018 |