Teriring Doa (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teriring Doa
EP oleh Sudirman
Dikeluarkan pada 1976 (1976)[1]
Dirakam pada 1976 (1976)
Syarikat Warnada Record
Penerbit Daos
Kronologi Sudirman
Teriring Doa
(1976)
Aku Penghiburmu
(1978)

Teriring Doa[2] merupakan album EP sulung yang dihasilkan oleh Sudirman Haji Arshad dengan Warnada Record setelah menjadi Juara Bintang RTM 1976. Album ini juga dikeluarkan pada tahun yang sama beliau memenangi anugerah tersebut. Kulit albumnya sangat menarik iaitu gambar beliau dengan berlatar belakangkan gambar kekasihnya (sekarang merupakan bekas isteri).[3] Selain itu, lagu "Surat Ku Yang Ini" telah menampilkan dialog Fadzillah Hassan iaitu hasil ciptaan Din Osman. Lagu "Seruling Bamboo" pula pernah dinyanyikan oleh beliau semasa peringkat akhir Bintang RTM dan dirakamkan semula untuk album ini.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muka Satu
No. TajukPenulis Masa
1. "Teriring Doa"  Ooi Eow Jin, Habsah Hassan 3:18
2. "Ku Bersilat"  Johari Salleh 2:47
Muka Dua
No. TajukPenulis Masa
1. "Surat Ku Yang Ini" (Dialog: Fadzillah Hassan)Din Osman, Habsah Hassan 2:51
2. "Seruling Bamboo"  Hakcipta Terpelihara 3:08

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burnmarkz (4 September 2008). "Sudirman - Teriring Doa (1976)". Dicapai 24 Mei 2012. 
  2. ^ Teriring Doa (catatan media). Sudirman Arshad. Warnada Records. 1976. 
  3. ^ Sezali Zakaria (4 Jun 2008). "Sudirman - Teriring Doa (EP) 1976". Dicapai 24 Mei 2012.