Terlalu Istimewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Terlalu Istimewa
Album studio oleh Adibah Noor
Dikeluarkan pada2005 (2005)
Dirakam padaGrooveworks Studio
Syarikat
  • Sony BMG Entertainment Sdn Bhd
  • Adibah Noor Entertainment Sdn Bhd
PenerbitJook Chew (trek 1), Azlan Abu Hassan (trek 2 - trek 17)
Kronologi Adibah Noor
- Terlalu Istimewa (2005) Teman (2010)

Terlalu Istimewa merupakan album Pertama hasil nukilan Adibah Noor yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh syarikat SONY-BMG Entertainment Sdn Bhd dan Adibah Noor Entertainment.

Terlalu Istimewa ialah tajuk lagu dendangan Adibah Noor yang digubah Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis Adibah sendiri. Lagu ini disertakan dalam album sulung Adibah yang sama tajuknya. Lagu ini diilhamkan daripada kes Nurul Huda Abdul Ghani, seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dibunuh dalam satu kes jenayah yang dihebohkan pada awal tahun 2004.[1] Lagu Terlalu Istimewa meraih beberapa anugerah muzik berprestij tempatan sepanjang tahun 2006, termasuk juara keseluruhan, juara kategori balada dan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-21 dan juara keseluruhan Hits 1 RTM.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

# Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Masa
1 Detik Itu Jook Chew Adibah Noor 3:46
2 Putih Omar K Ucu 3:50
3 Fantasi Sebuah Cinta Azlan Abu Hassan Ucu 4:09
4 Joget Hati Senang A. Ali Adibah Noor 3:49
5 Terlalu Istimewa Azlan Abu Hassan Adibah Noor 4:04
6 Kelabu Reezam Reezam 4:20
7 Ikan Di Laut Asam Di Darat Traditional Traditional 3:41
8 Pengorbanan Azlan Abu Hassan Rizal Kamaruzzaman 3:52
9 Begitulah Asmara Reezam Reezam 4:25
10 Hanya Restu Jari Adibah Noor 5:00
11 Joget Hati Senang (minus one)
12 Terlalu Istimewa (minus one)
13 Kelabu (minus one)
14 Ikan Di Laut Asam Di Darat (minus one)
15 Pengorbanan (minus one)
16 Begitulah Asmara (minus one)
17 Hanya Restu (minus one)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shazryn Mohd. Faizal (2007-01-19). "Terlalu Istimewa apa misi Adibah Noor?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-04-24.[pautan putus]