Terminal Bas Pasarama Kota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terminal Bas Pasarama Kota atau 'Hentian Bas Klang' atau 'Bus Stand Klang' ditutup mulai 1 November 2011. Stesen bas yang terletak di Jalan Hang Kasturi ini ditutup bagi tujuan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah yang baru. Stesen bas ini antara yang terpenting di Lembah Klang.

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang melibatkan pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer di pusat bandar raya termasuk melalui bawah 20 lot bangunan di sepanjang Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Nasib peniaga[sunting | sunting sumber]

Kawasan pejalan kaki berhampiran Stesen LRT Pasar Seni dijadikan 'tapak niaga sementara' untuk peniaga yang dipindahkan dari Pasarama Kota.Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan menjelaskan bahawa 13 peniaga itu disahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Syarikat Prasarana Negara (Prasarana).[1] Gerai baru akan siap pada 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]