Termuzi Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato Haji Termuzi Abdul Aziz adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1 Februari 2009 hingga 31 Januari 2012. Beliau diganti oleh Dr Awang Sariyan mulai 1 Februari 2012. Beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Termuzi Abdul Aziz dilahirkan pada 7 November 1944. Beliau menjadi Ketua Pengarah ketika berusia 64 tahun iaitu melepasi usia penjawat awam berkhidmat , 60 tahun. [1][2]

Semasa di DBP[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau di DBP, Jabatan Sastera telah dimansuhkan sesudah Pengstrukturan Semula Struktur Organisasi (PSSO) DBP 2010 .Pengerusi Lemmbaga Pengelola DBP ialah Dato Johan Jaafar (2005-2009).

Dawama vs DBP[sunting | sunting sumber]

Syarikat konsesi DBP, Dawama Sdn Bhd (Dawama) sudah diambil alih Utusan Printcorp Sdn Bhd dengan bayaran RM130 juta. Pada 17 Oktober 2011, Dawama memfailkan saman terhadap DBP dan Termuzi Abdul Aziz berhubung kenyataan Termuzi Abdul Aziz dalam rancangan 'Kerusi Panas' Bernama Radio 24 [3]. 328 kakitangan Dawama yang diberhentikan kerja sejak Ogos 2011 ditawarkan skim gaji baru di syarikat Utusan Printcorp . Nisbah agihan perkongsian perniagaan di antara DBP dengan Dawama ialah pada kadar 20:80 untuk buku teks (DBP-Dawama), manakala judul umum pula 30:70 (DBP-Dawama).[4][5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]