Terowong Lærdal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salah satu daripada 3 gua di dalam terowong sepanjang 24.5 km ini.
Pintu masuk selatan, dengan papan tanda menunjukkan panjang terowong.

Terowong Lærdal (atau Lærdalstunnelen) adalah terowong jalan raya terpanjang di dunia iaitu sepanjang 24.5 km. Terletak di Norway, terowong ini menghubungkan bandar Lærdal dan Aurland. Pembinaannya bermula pada tahun 1995 dan tamat pada tahun 2000, mengalahkan rekod lama Terowong Jalan Raya Gotthard (16.4 km). Terowong Lærdal juga membentuk sebahagian daripada Laluan E16 bagi Rangkaian Lebuh Raya Eropah dari Bandaraya Oslo ke Bergen.

Terowong kereta api seperti Terowong Seikan dan Terowong Selat mempunyai kepanjangan melebihi 50 km, tetapi Terowong Lærdal yang menjadi terowong jalan raya terpanjang di dunia hanyalah sepanjang 24.5 km.

Pemanduan di sepanjang terowong ini mungkin akan mengakibatkan tekanan terhadap pemandu, memandangkan terowong ini sangat panjang. Untuk menenangkan pemikiran pemandu, terowong tersebut turut melalui 3 buah gua yang membahagikan terowong ini kepada 4 bahagian, membolehkan pemandu berehat sambil menikmati pemandangan di dalam gua.

Tidak seperti kebanyakan terowong jalan raya yang lain, Terowong Lærdal tidak dikenakan tol.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]