Terowong angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terowong Angin (Wind Tunnel) merupakan alat yang boleh digunakan untuk mensimulasikan sesuatu penerbangan sesebuah pesawat sepertimana ia melakukan penerbangan sebenar di udara. Di dalam terowong angin, kesemua ciri-ciri aerodinamik pesawat boleh diperolehi untuk analisa selanjutnya. Pergerakan udara juga dapat dilihat dengan lebih terperinci. Dan ini membantu kepada jurutera-jurutera dan penyelidik-penyelidik aeronautik untuk mengubahsuai rekabentuk pesawat supaya mempunyai seretan yang minimum. Pada umumnya terdapat pelbagai jenis terowong angin, salah satunya iaitu dari keluarga "low subsonic wind tunnel" yang sudah dibina di Universiti Teknologi Malaysia. Terowong angin ini merupakan antara yang mempunyai aliran udara yang paling baik dari kalangan kategorinya di dunia.