Terrapene carolina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terrapene carolina
Terrapene carolinaHolbrookV1P02.jpg
Lukisan Kura-kura Katup, Terrapene carolina (1842)
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Emydidae
Genus: Terrapene
Spesies: T. carolina
Nama binomial
Terrapene carolina
(Linnaeus, 1758)
Subspesies

Lihat teks

Sinonim[2]

Terrapene carolina (bahasa inggeris: Common box turtle) ialah spesies Kura-kura Katup yang kini mengandungi enam subspesies. Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang bahagian timur Amerika Syarikat dan Mexico. Biasanya Kura-kura katup mempunyai engsel pada bahagian bawah badannya bagi membolehkan ia menarik masuk kesemua bahagian lembut badannya ke dalam cangkerang. Bahagian atas rahangnya panjang dan melengkung.

Kura-kura ini bersifat kedaratan dan maserba. Haiwan ini mula bertelur pada musim panas dan kura-kura yang tinggal berhampiran hemisfera utara berhibernasi sepanjang musim sejuk.

Populasi haiwan ini semakin berkurangan disebabkan pemusnahan habitat, terbunuh sewaktu melintas jalan dan ada yang ditangkap untuk dijual. Spesies ini dikelaskan sebagai terjejas oleh IUCN Red List. Tiga negei di Amerika Syarikat menamakan mereka sebagai Reptilia rasmi.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Istilah Terrapene carolina diutarakan oleh Linnaeus pada tahun 1758. Ianya ialah spesies tip bagi genus Terrapene dan mempunyai beberapa subspesies di dalam genus tersebut. Subspesies Kura-kura Katup Timur dicadangkan oleh Linnaeus. Manakala lima subspesies lain mula disenaraikan pada abad ke-19.[3] Satu subspesies yang telah pupus, T. c. putnamii diasingkan.[4]

Subspesies
Negara/Kawasan Spesies Nama Saintifik Dikelaskan oleh Tahun
Amerika Syarikat Kura-kura Katup Timur Terrapene carolina carolina (Linnaeus) 1758
Amerika Syarikat Kura-kura Katup Florida Terrapene carolina bauri Taylor 1895
Amerika Syarikat Kura-kura Katup Teluk Terrapene carolina major (Agassiz) 1857
Amerika Syarikat Kura-kura Katup Jari Tiga Terrapene carolina triunguis (Agassiz) 1857
Mexico Kura-kura Katup Mexico Terrapene carolina mexicana (Gray) 1849
Mexico Kura-kura Katup Yucatán Terrapene carolina yucatana (Boulenger) 1895
Amerika Utara (tiada) Terrapene carolina putnami O.P. Hay 1906

Tanda kurungan pada penama menunjukkan bahawa mereka yang mengusulkan subspesies dari genus selain daripada Terrapene.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

hand holding a turtle up so that we see the bottom of it. It has a pleated look with noticeable hinging and bending of the lower shell, running crosswise.
Penutup berengsel pada bahagian bawah badan kura-kura

Terrapene carolina mendapat nama daripada struktur cangkerangnya (karapas) yang tinggi, besar dan berengsel (plastron). Struktur ini membolehkan ia menutup keseluruhan bahagian lembut badannya ke dalam cangkerang, seperti cara melindungi diri daripada pemangsa ke dalam sebuah kotak.[5] Karapasnya berwarna coklat, dan dihiasi corak-corak bergaris, tompok atau pecahan yang berwarna jingga atau kuning. Plastron pula biasanya berwarna coklat, terdiri daripada satu warna dengan tompokan atau serakan gelap.[6]

Kura-kura ini berkepala kecil dan sederhana dan rahang atasnya mempunyai cangkuk.[6] Kebanyakan iris mata kura-kura jantan berwarna merah, manakala betina pula berwarna coklat-kekuningan. Kura-kura jantan lebih pendek, tinggi, memiliki kuku kaki hadapan dan ekor lebih panjang serta tebal.[6]

Terdapat enam subspesies kura-kura ini, dengan setiap daripadanya berbeza dari segi bentuk dan ciri-ciri, terutamanya warna dan corak pada cangkerang (karapas), serta memiliki empat atau tiga jari pada kaki hadapan. Kura-kura jantan subspesies Terrapene carolina triunguis memiliki warna merah terang pada bahagian kepala.[6]

Taburan habitat[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mendiami kawasan hutan terbuka, tepi jalan raya, padang rumput bersemak dan kawasan berair[5][6] yang terdapat di timur Amerika Syarikat, dari Maine dan Michigan hingga ke timur Texas dan selatan Florida. Di Kanada, haiwan ini ditemui di selatan Ontario, manakala di Mexico, ia dijumpai di sepanjang pantai teluk dan sepanjang Semenanjung Yucatán.[1][6] Taburan spesies ini tidak seperti dua subspesies Mexico, T. c. mexicana (Kura-kura Katup Mexico) dan T. c. yucatana (Kura-kura Katup Yucatán), yang dipisahkan oleh sempadan di barat Texas. Tiga subspesies Amerika Syarikat; T. c. carolina (Kura-kura Katup Timur), T. c. major (Kura-kura Katup Teluk) dan T. c. bauri (Kura-kura Katup Florida); hanya ditemui di kawasan-kawasan berdasarkan nama mereka. T. c. triunguis (Kura-kura Katup Jari Tiga) hanya ditemui di tengah-tengah Amerika Syarikat.[6]

Kura-kura Katup Timur
Terrapene carolina carolina
Kura-kura Katup Florida
T. c. bauri
Kura-kura Katup Teluk
T. c. major
Eastern box turtle.jpg Florida Box Turtle Digon3a.jpg Terrapene carolina major.jpg
Kura-kura Katup Jari Tiga
T. c. triunguis
Kura-kura Katup Mexico
T. c. mexicana
Kura-kura Katup Yucatán
T. c. yucatana
Three-toed Box Turtle.jpg CistudoMexicanaFord.jpg Terrapene carolina yucatana.jpg

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

angled downward view of a turtle facing to the upper right as she squeezes out an egg out the back. There is a distended part of her body far behind her half covering the egg.
Proses bertelur

Haiwan ini biasanya dilihat muncul pada awal pagi atau selepas hujan dari celahan-celahan kayu dan dedaunan untuk mencari makanan. Diet mereka terdiri daripada pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan, termasuklah cacing, ulat, siput, serangga dan beri liar,[5] serta haiwan akuatik.[6]

Apabila tiba musim panas, haiwan ini dilihat berada di kawasan berair,[5] bagi mengekalkan suhu badannya. Contohnya apabila badan mereka mencapai suhu panas, (sekitar 32 °C), mereka akan melumurkan saliva (air liur) ke seluruh kaki dan kepalanya; bagi mengekalkan suhu lebih sejuk pada badannya. Malah, kura-kura ini juga mengumuhkan air kencingnya ke seluruh kakinya bagi mengekalkan suhu badannya.[7]

Proses mengawan bermula pada musim bunga, apabila kura-kura jantan mula "mengelilingi, menggigit dan mengorek" kura-kura betina.[6] Diikuti dengan proses menolak dan menggigit cangkerang. Kura-kura jantan mula mendapatkan betina dan memanjat bahagian belakangnya, seterusnya melakukan persenyawaan.[8] Secara purata, kura-kura betina boleh menyimpan sperma kura-kura jantan dalam badannya selama empat tahun,[6] walaupun tidak mengawan selepas itu.[8]

Bermula bulan Mei, Jun atau Julai, kura-kura betina mula bertelur dan menghasilkan 1 hingga 11 biji telur ke dalam lubang sarang berpasir yang dikorek. Selepas pengeraman tanah selama 70 hingga ke 80 hari, telur-telur tersebut mula menetas, dan anak kura-kura mula kelihatan pada penghujung musim panas. Di bahagian utara, kura-kura ini akan melalui proses hibernasi bermula bulan Oktober ke November. Pada masa itu, mereka akan menanam diri ke dalam tanah, berpasir yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan, atau lubang yang digali mamalia lain, dan kekal didalamnya sehinggalah berakhir musim sejuk.[6] Kura-kura ini dikatakan antara haiwan vertebrata yang mampu hidup lama. Terdapat spesimen hidup yang mencecah usia hingga 138 tahun.[9]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Walaupun kura-kura katup ini mudah ditemui, populasinya semakin merosot disebabkan oleh pelbagai ancaman. Antaranya ialah proses pertanian dan pembangunan yang merosakkan habitat mereka, contohnya pembakaran terbuka berhampiran kawasan hutan.[1] Pembangunan seperti pembinaan infrastruktur seperti jalan raya menyebabkan haiwan ini banyak ditemui mati semasa melintas jalan raya. Selain itu, terdapat juga penggemar haiwan eksotik yang mengumpulnya bagi tujuan komersial untuk dieksport keluar negara.[6][10] CIri-cirinya seperti memiliki usia dan kadar kelahiran panjang[6] menjadikan haiwan ini lebih sukar bertahan lama. Oleh itu, ia disenaraikan sebagai haiwan terancam oleh IUCN Red List.[1] Mereka juga disenaraikan di Appendix II, oleh Convention on International Trade in Endangered Species (CITES), bermakna pemerdagangan haiwan antarabangsa terhadap spesies ini perlu dipantau bagi mengekalkan kelangsungan populasinya agar tidak terus terjejas.[11] Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat mengadakan undang-undang tertentu berkenaan spesies ini.[6]

Kini, haiwan ini sentiasa dilindungi, sesetengah kawasan ada diwartakan sebagai kawasan yang bebas dari pembangunan, contohnya di Hutan Simpan Sierra del Abra Tanchipa Biosphere Reserve, Mexico. Antara langkah pemuliharaan kura-kura ini ialah dengan mengamalkan pembangunan mapan bagi melindungi spesies ini, serta sentiasa mengadakan kajian untuk memantau populasi haiwan ini.[1]

Reptilia rasmi[sunting | sunting sumber]

"The turtle watches undisturbed as countless generations of faster 'hares' run by to quick oblivion, and is thus a model of patience for mankind, and a symbol of our State’s unrelenting pursuit of great and lofty goals."

North Carolina Secretary of State[12]

Spesies ini disenaraikan sebagai reptilia rasmi di 4 buah negeri Amerika Syarikat. Carolina Utara dan Tennessee memberikan pengiktirafan mereka terhadap Kura-kura Katup Timur,[13][14][15] Missouri pula menamakan Kura-kura Katup Jari tiga sebagai reptilia rasmi mereka,[16] dan Kansas pula mengiktiraf Kura-kura Katup Ornata sebagai reptilia rasmi mereka pada tahun 1986.[1][17]

Di Pennsylvania, Kura-kura Katup Timur berjaya disenaraikan sebagai reptilia rasmi ke dalam perundangan, tetapi gagal diiktiraf pada tahun 2009.[18] Di Virginia pula, Kura-kura Katup Timur gagal diiktiraf sebagai reptilia negeri pada tahun 1999 dan 2009. Perundangan Republikan menyatakan kegagalan tersebut disebabkan oleh perlakuan haiwan ini yang dilihat agak "penakut dengan menyembunyikan diri ke dalam cangkerang". Bagaimanapun, di Virginia haiwan ini gagal diiktiraf disebabkan persaingan dengan Carolina Utara yang dilihat telah menamakan ia dahulu.[19][20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:ARKive attribute

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e van Dijk, P.P. (2011). "Terrapene carolina". The IUCN Red List of Threatened Species. 2011: e.T21641A97428179. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T21641A9303747.en. Dicapai 13 January 2018. 
  2. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 198. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 29 May 2012. 
  3. ^ Templat:Harnvb
  4. ^ Templat:Harnvb
  5. ^ a b c d Capula, M. (1990). The Macdonald Encyclopedia of Amphibians and Reptiles. London: Macdonald and Co Ltd. 
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m n Ernst, C. H.; Altenbourgh, R. G. M.; Barbour, R. W. (1997). Turtles of the World. Netherlands: ETI Information Systems Ltd. 
  7. ^ Alderton, D. (1988). Turtles and Tortoises of the World. London: Blandford Press. 
  8. ^ a b Halliday, T.; Adler, K. (2002). The New Encyclopedia of Reptiles and Amphibians. Oxford: Oxford University Press. 
  9. ^ Wood, Gerald (1983). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. ISBN 978-0-85112-235-9. 
  10. ^ "Nature Serve". Dicapai March 2008.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. ^ "CITES". CITES. Dicapai June 2007.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  12. ^ "Eastern Box Turtle – North Carolina State Reptiles". North Carolina Department of the Secretary of State. Dicapai 2011-02-13. 
  13. ^ Shearer 1994, halaman 321
  14. ^ "Official State Symbols of North Carolina". North Carolina State Library. State of North Carolina. Dicapai 2008-01-26. 
  15. ^ "Tennessee Symbols And Honor" (PDF). Tennessee Blue Book: 526. Dicapai 2011-01-22. 
  16. ^ "State Symbols of Missouri: State Reptile". Missouri Secretary of State Robin Carnihan. Dicapai 2011-01-21. 
  17. ^ "Ornate Box Turtle State Symbols USA". statesymbolsusa.org. Dicapai 2016-03-16. 
  18. ^ "Regular Session 2009–2010: House Bill 621". Pennsylvania State Legislature. Dicapai 2011-02-25. 
  19. ^ "SB 1504 Eastern Box Turtle; designating as official state reptile". Virginia State Legislature. Diarkibkan daripada asal pada 2010-01-16. Dicapai 2011-02-25. 
  20. ^ Associated Press (2009-02-20). "Virginia House crushes box turtle's bid to be state reptile". NBC Washington. Dicapai 2011-02-25. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Dodd Jr., C. Kenneth (2002). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-3501-4. 
  • Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 149–368. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai 23 January 2011. 
  • Shearer, Benjamin F.; Shearer, Barbara S. (1994). State names, seals, flags, and symbols (edisi 2nd). Westport, Connecticut: Greenwood Publishing Group. ISBN 978-0-313-28862-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]