Tersuka Tanpa Sengaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tersuka Tanpa Sengaja
GenreDrama, cinta, komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja karya Pena Kayu
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahKeoi Haji Khalid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Senyum Lagi" oleh Mark Adam dgn. Qierra
Lagu penutup"Cerita Kita" oleh Amar Baharin dgn. Amyra Rosli
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitRosyam Nor
Runika MD Noor
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal7 Disember 2015 – 31 Disember 2015
Kronologi
MengikutiTuan Anas Mikael
Diikuti olehSha & Shah

Tersuka Tanpa Sengaja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Keoi Khalid. Dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, dan Amyra Rosli. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 7 Disember 2015 menggantikan Tuan Anas Mikael.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdiri atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina, tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya lalu akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya, Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya, Hakim yang mencintainya dalam diam. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya lalu Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua-dua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai satu sama lain lalu perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif ialah calon menantu pilihan ayah Farhah yang telah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun, hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima tangannya dalam perkahwinan.

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah-belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua-dua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya, Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya, mereka semua hidup berbahagia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Adaptasi telefilem[sunting | sunting sumber]

Sebuah telefilem kesinambungan drama ini, Tersuka Tanpa Sengaja Raya telah disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri 6 Julai 2016. Ia dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, dan Hafreez Adam yang kesemuanya menjayakan semula watak mereka.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tersuka Tanpa Sengaja Merahussain. Dicapai pada 2 Disember 2016.
  2. ^ Tersuka Tanpa Sengaja Raya MyInfoTaip (6 Julai 2016). Dicapai pada 2 Disember 2016.