Terukir Di Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terukir Di Bintang
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 Januari 2012 (7 Januari 2012)
GenrePop
Panjang28:27
SyarikatYuna Room Records, Fantasia Music City (FMC)
PenerbitAG Coco, Nor Hanafi, Yuna Zarai
Kronologi Yuna Zarai
Decorate
(2010)
Terukir Di Bintang
(2012)
Yuna
(2012)
Single daripada Terukir Di Bintang
  1. "Memo"
    Dikeluarkan: 18 Julai 2011
  2. "Terukir Di Bintang"
    Dikeluarkan: 7 Januari 2012
  3. "Sparkle"
    Dikeluarkan: 21 Mei 2012 [1]
  4. "Photo of You"
    Dikeluarkan: 17 Julai 2012
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terukir Di Bintang merupakan album studio kedua Yuna Zarai yang dikeluarkan pada tahun 2012. Majlis pelancaran album ini diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 7 Januari 2012, yang mana beliau turut mengadakan pertunjukan awal selama sehari bagi mempromosikan album ini.[2][3]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Single utama album ini, Terukir Di Bintang turut diperdengarkan kepada media pada majlis pelancarannya; dan lagu ini kemudiannya mula dimainkan oleh radio-radio tempatan pada hari berikutnya. Pun begitu, promosi bagi album kedua Yuna ini sebenarnya sudah bermula lebih awal. Klip video untuk lagu Memo sudah mula dimuatnaik ke laman YouTube pada pertengahan tahun 2011[4]. Pada malam penganugerahan Anugerah Industri Muzik ke-18 yang berlangsung pada 12 November 2011, Yuna yang turut diberikan slot persembahan telah memperdengarkan lagu 'Memo' buat pertama kali menerusi siaran langsung televisyen. Sungguhpun begitu, 'Memo' tidak diedarkan dan dikeluarkan sebagai single.

Tiga lagu yang terdapat dalam album ini juga sudah dipasarkan lebih awal di Amerika Syarikat. Lagu 'Someone Out of Town', 'Coffee' dan 'Fears And Frustrations' juga dimuatkan dalam EP Decorate yang dikeluarkan khas untuk pasaran barat pada 15 Mac 2011.

Pada satu sidang media di Kuala Lumpur, Yuna mengumumkan kerjasamanya dengan pihak Samsung Malaysia bagi penghasilan video klip untuk lagu terbarunya, Sparkle. Kerjasama dan projek yang diberi nama The Sparkle Project[5] ini akan menyaksikan penghasilan muzik video pertama menggunakan produk Samsung, Galaxy Note.[6] Setelah hampir tiga bulan, akhirnya video muzik ini dilancarkan pada 21 Mei 2012.[7]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sparkle"Yunalis ZaraiNor Hanafi3:38
2."Photo Of You"Yunalis ZaraiYunalis Zarai3:38
3."Memo"Yunalis ZaraiYunalis Zarai4:04
4."KL Kita" (menampilkan Qi Razali) Yunalis ZaraiYunalis Zarai3:27
5."Terukir Di Bintang"Yunalis ZaraiYunalis Zarai3:03
6."Coffee"Yunalis ZaraiYunalis Zarai2:52
7."Someone Out Of Town"Yunalis ZaraiYunalis Zarai3:01
8."Fears And Frustrations"Yunalis ZaraiYunalis Zarai4:33


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 7 Januari 2012 Muat turun digital
Penstriman digital
Yuna Room Records
FMC Music

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2012 Anugerah Industri Muzik Lagu Pop Terbaik Terukir Di Bintang Tercalon
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Tercalon
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Memo Tercalon
Photo of You Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon
Video Muzik Terbaik Sparkle Menang
Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Terbaik Terukir Di Bintang Tercalon
Lagu Terbaik Tercalon
2013 Anugerah Juara Lagu 27 Terbuka Terukir Di Bintang Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]