Terumbu Johnson Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Terumbu Johnson Selatan
Geografi
LokasiLaut China Selatan
Koordinat9°42′50″N 114°17′10″E / 9.71389°N 114.286°E / 9.71389; 114.286Koordinat: 9°42′50″N 114°17′10″E / 9.71389°N 114.286°E / 9.71389; 114.286
KepulauanKepulauan Spratly
Pentadbiran
Diduduki oleh  Republik Rakyat China
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Terumbu Johnson Selatan atau Terumbu Chigua (Cina: 赤瓜礁, Chigua Jiao; Vietnam: Đá Gạc Ma) merupakan sebuah terumbu daripada gugusan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan dan ia diduduki oleh Republik Rakyat China. Pulau tersebut bersempadan dengan Terumbu Collins yang terletak 4 batu dari barat laut dimana terumbu Collins diduduki oleh negara Vietnam. Di pulau itu juga pernah berlaku satu pertempuran yang dinamakan sebagai Pertempuran Terumbu Johnson Selatan pada tahun 1988. Pertempuran tersebut melibatkan negara China dan Vietnam yang menyebabkan 70 rakyat Vietnam terkorban.[1] Terumbu Johnson Selatan juga dituntut oleh negara Republik China (Taiwan) dan Vietnam.

Struktur terumbu[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha untuk mencegah pulau dari tenggelam yang disebabkan oleh hakisan dan mengekalkan tuntutan terhadap zon ekonomi eksklusif (ZEE), kerajaan Republik Rakyat China telah membina sebuah bangunan berbentuk tambak dan pada awal 1990-an, terumbu itu telah dikelilingi oleh bangunan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]