Terung bulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terung bulu
Terung asam
Sebuah lukisan ringkas terung asam.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. ferox
Nama binomial
Solanum ferox
(L.)
Sinonim

Solanum lasiocarpum[1]

Terung bulu (Jawi: تروڠ بولو), terung asam atau terung Iban ialah sayuran yang sering dijadikan perisa dalam masakan.

Pokok Terung Bulu ini menarik minat pakar botani kerana ia memiliki persamaan yang ketara dengan, dan kelihatannya kaitan rapat dengan speseis Amerika Selatan, terutamanya cocona (S. sessiliflorum), naranjilla (S. quitoense), dan pseudolulo (S. pseudolulo). Apabila ditanam di luar julat asal mereka, kesemua empat tumbuhan mudah dikacuk menghasilkan keturunan yang mandul. Ini memiliki potensi bagi meningkatkan keuntungan perdagangan bagi setiap spesies ditempat lain dunia.[2] Tanaman genetik yang terhasil tidak mampu dibiakkan lebih lanjut oleh para petani, dengan itu memaksa petani terus membeli biji benih daripada syarikat pengeluar secara berterusan. Selain itu, pencemaran genetik melalui pendebungaan spesies asal dengan tanaman genetik berkemungkinan untuk meenghasilkan anak pokok yang mandul, mendorong kepada kepupusan spesies asal.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tempat asal terung bulu tumbuh tidak jelas diketahui. Taburannya ialah dari India hingga ke bahagian Papua New Guinea, termasuklah semua negara sekitar Asia Tenggara. Terung bulu ada yang ditanam dan ada juga yang tumbuh liar.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok herba atau pokok renek yang kecil, ketinggian antara 1-2 m, mempunyai bulu lebat, biasanya mempunyai duri yang lurus dan tajam. Daun ringkas, bentuk bujur telur yang lebar, panjang 5-40 cm dan lebar 3-40 cm. Tangkain daun 5-16 cm panjang. Bunga dalam jambak mengandungi hingga 10 kuntum, kelopak bunga berwarna putih atau ungu. Buah bulat, ukuran diameter 1.5-3 cm, warna kuning diselaputi rerambut lebat, panjang, warna putih.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Buah terung asam mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serat, mineral dan vitamin.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Terung bulu ditanam dengan biji dan mengambil masa lebih 2 minggu sebelum bercambah. Biasanya pokok akan mula berbunga antara 3-4 bulan selepas disemai. Lebah ialah agen penting pendebungaan yang paling berkesan. Pokok terung bulu biasanya menghasilkan sebiji atau dua biji buah pad setiap buku. Pokok biasanya terus menghasilkan buah selama satu tahun.

Penyakit/Perosak[sunting | sunting sumber]

Terung bulu biasanya tidak menghadapi sebarang masalah penyakit atau perosak yang serius.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Buahnya sering dijadikan sebagai semakin penyedap rasa dalam masakan tradisional Melayu seperti masak lemak ikan darat atau kari.[3], [4] Buah terung ini mempunyai rasa masam yang dapat merangsang selera dan mampu menghilang bau hanyir ikan darat.

Di India, penduduk tempatan menggunakannya sebagai perasa masam dalam masakan kari. Di Thailand, sos khas yang dikenali sebagai nam prek dihasilkan dengan menggunakan buahnya.[5]

Ubatan[sunting | sunting sumber]

Selain itu ia ditanam secara meluas di Asia tropika, ia juga diberikan kepada orang sakit sebagai perubatan tradisi.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Solanum ferox = Solanum lasiocarpum
  2. ^ Solanum lasiocarpum
  3. ^ Terung Bulu
  4. ^ [http:// www.melur.com/myherba.asp?plant_id=128&cat= Terung Asam]
  5. ^ William G. D'Arcy, penyunting (1986). Solanaceae, biology and systematics. ISBN 0231057806.
  6. ^ http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl?416240

Pautan luar[sunting | sunting sumber]