Terusan Wan Mat Saman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terusan Wan Mat Saman merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia. Terusan ini menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, selatan Kedah. Terusan sepanjang 36 km ini dibina pada tahun 13 Ogos 1885 dan berfungsi untuk mengairi kawasan sawah padi di Kedah. Pembinaan Terusan Wan Mat Saman merupakan suatu pencapaian yang mengagumkan pada masa itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terusan Wan Mat Saman dinamakan sempena nama Menteri Besar Kedah pada masa itu iaitu Dato' Wan Muhammad Saman Wan Ismail. Wan Mat Saman merupakan Menteri Besar semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Terusan Wan Mat Saman mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap dibina pada 12 Julai 1896. Panjang terusan ini adalah 36 km, kedalaman 1.5 m dan selebar 7.5 m.

Rujukan[sunting | sunting sumber]