Tetap Menanti (Album 1982)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tetap Menanti
Album studio oleh
Dilancarkan pada1982 (1982)
Dirakamkan pada1982
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Blues
Dangdut
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatLife Records (Hup Hup Music)
PenerbitBen Teoh Suprianto
Kronologi Rahim Maarof
"Jangan Marah Marah"
(1981)
"Tetap Menanti"
(1982)
"Aku Masih Setia Padamu"
(1983)
Single daripada Tetap Menanti
  1. "Cinta Pertama"
    Dikeluarkan: 21 September 1982 (1982-09-21)
  2. "Tetap Menanti"
    Dikeluarkan: 13 November 1982 (1982-11-13)
  3. "Lizawati"
    Dikeluarkan: 22 Januari 1983 (1983-01-22)
  4. "Pura-pura Malu"
    Dikeluarkan: 8 April 1983 (1983-04-08)
  5. "Mungkinkah Kembali"
    Dikeluarkan: 14 Jun 1983 (1983-06-14)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tetap Menanti merupakan album studio solo ketiga penyanyi popular Rahim Maarof yang disifatkan sebagai album pop paling popular pada tahun 1982-83. Ia diterbitkan oleh Ben Suprianto dan menyaksikan Rahim popular dengan lagu "Lizawati" yang berentak dangdut. Album ini meluncurkan empat buah single lagi selain "Lizawati" iaitu lagu "Cinta Pertama", "Tetap Menanti", "Pura-pura Malu" dan "Mungkihkah Kembali". Album ini juga menyaksikan kerjasama Rahim bersama penyanyi popular era tersebut Elaine Kang menyumbangkan dua buah lagu.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

Muka Satu
No.TajukKomposerMasa
1."Aku Penghibur"Ben Suprianto
2."Tetap Menanti"Ben Suprianto
3."Pura Pura Malu"Ben Suprianto
4."Mama Jangan Menangis"Elaine Kang
5."Lama Ku Tunggu"Mahzan Manan
Muka Dua
No.TajukKomposerMasa
1."Cinta Pertama"B. Ayim
2."Mana Janji"Ben Suprianto
3."Mungkinkah Kembali"Mahzan Manan
4."Lizawati"Rahim Maarof / Osman Ghani
5."Semalam"Elaine Kang

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album ini terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu "Lizawati" pernah dirakam beberapa kali oleh penyanyi lain termasuk sebuah rakaman semula dengan susunan muzik baharu oleh Rahim pada 1998 di dalam album Generasi. Biarpun mendapat sambutan, tetapi genre muzik yang dipersembahkan dalam album ini bukanlah pilihan peribadi Rahim, beliau berminat dengan muzik rock tetapi masa ketika itu tidak mengizinkan irama tersebut memasuki pasaran arus perdana.