Tetingkap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tetingkap

Dalam pengkomputeran, tetingkap (bahasa Inggeris: window) adalah satu paparan maya yang kebiasaannya adalah berbentuk segiempat dan mengandungi sejenis antara muka pengguna. Perkataan tetingkap digunakan untuk istilah ini disebabkannya oleh bentuknya. Tetingkap secara mutlaknya mempunyai paparan bergrafik serta dikawal oleh kursor.

Kebanyakan tetingkap (atau semuanya) boleh diubah saiznya. Namun saiz tetingkap yang paling besar di atas sesebuah komputer adalah saiz tabir untuk monitornya.

Jenis tetingkap[sunting | sunting sumber]

Pengurus tetingkap selalunya menyediakan lebih daripada satu tetingkap berdasarkan ciri-cirinya. Berikut adalah beberapa jenis tetingkap:

  • Tetingkap gunaan atau dokumen - tetingkap biasa yang mengandungi data untuk dokumen atau gunaan.
  • Tetingkap palet - sering dijumpa terapung di atas tetingkap gunaan lain dan menyediakan peralatan atau maklumat untuk gunaan tersebut. Tetingkap ini juga dipanggil "Tetingkap Utiliti".
  • Kotak dialog - tetingkap yang memaparkan maklumat atau meminta daripada pengguna
  • Perinyu atau "Pemeriksa" - merupakan 'tetingkap di atas tetingkap', tetingkap ini berada di puncak tetingkap lain dalam penggunaan yang sama. Ia menunjukkan sebarang perubahan pada gunaan secara langsung.
  • Kes khas, contohnya tetingkap papan pemuka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]