Thaana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thaana
ތާނަ
Dhivehiscript.svg
Jenis
BahasaBahasa Divehi
Arah tulisKanan-ke-kiri
ISO 15924Thaa, 170
Alias Unikod
Thaana
U+0780–U+07BF

Thaana, Taana atau Tāna (ތާނަ‎) merupakan sistem tulisan yang kini digunakan untuk menulis bahasa Divehi yang dituturkan di kepulauan Maldives di Lautan Hindi selatan Asia. Abjad-abjad konsonannya berasal dari angka Arab serta tempatan manakala tulisan vokalnya adalah berasaskan daripada tanda diakritik Arab; malah ia ditulis dari kanan ke kiri sepertimana yang lazim arahan menulis tulisan Arab serta sistem turunan ia termasuk Parsi dan Jawi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huruf-huruf asas sistem ini didasarkan bentuk angka: 9 huruf yang pertama dari /h/ hingga /v/ mengikut bentuk sistem Arab manakala 9 lagi yang berikutan mengikut sistem Hindia:

Sistem angka Arab ۱ ۲ ۳ ۴ ۵ ۶ ۷ ۸ ۹ Sistem angka Hindu
Huruf Thaana ހ ށ ނ ރ ބ ޅ ކ އ ވ މ ފ ދ ތ ލ ޑ ގ ޏ ސ

Penulisan ini pada awalnya digunakan untuk menulis bacaan mantera (fadinta, ފަޑިންޓަ‎) yang turut menerapkan penulisan Arab. Rupa sistem tulisan ini yang dilihat lagi ringkas daripada sistem Dhives Akuru yang pernah digunakan sehingga ia segera menjadi pilihan kalangan orang yang celik huruf. [1]

Senarai abjad[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Huruf-huruf bunyi semulajadi dalam bahasa Divehi diutamakan dahulu sebelum huruf yangkhusus untuk menulis perkataan pinjaman bahasa Arab.

Huruf-huruf konsonan dalam Thaana
Abjad Nama Perumian Huruf pinjaman setaraf IPA
ހ haa h [h]
ށ shaviyani sh [ʂ]
ނ noonu n []
ރ raa r [ɾ]
ބ baa b [b]
ޅ lhaviyani lh [ɭ]
ކ kaafu k [k]
އ alifu Pelbagai -
ވ vaavu v [ʋ]
މ
meemu m [m]
ފ
faafu f [f]
ދ
dhaalu dh []
ތ
thaa th []
ލ
laamu l [l]
ގ
gaafu g (setaraf ڬ‎) [ɡ]
ޏ
gnaviyani gn (setaraf ڽ‎) [ɲ]
ސ
seenu s []
ޑ
daviyani d [ɖ]
ޒ
zaviyani z []
ޓ
taviyani t [ʈ]
ޔ
yaa y [j]
ޕ
paviyani p [p]
ޖ
javiyani j []
ޗ
chaviyani ch (setaraf چ‎) []
ޘ
ttaa tt
(pinjaman bahasa Arab)
ث
ޙ
hhaa hh
(pinjaman bahasa Arab)
ح
ޚ
khaa kh
(pinjaman bahasa Arab)
خ
ޛ
thaalu th
(pinjaman bahasa Arab)
ذ
ޜ
zaa th
(pinjaman bahasa Inggeris)
tiada [ʒ]
ޝ
sheenu sh
(pinjaman bahasa Arab)
ش Templat:IPAblink
ޞ
saadhu (pinjaman bahasa Arab) ص Templat:IPAblink
ޟ
daadhu d~dh
(pinjaman bahasa Arab)
ض Templat:IPAblink
ޠ
to (pinjaman bahasa Arab) ط Templat:IPAblink
ޡ
zo (pinjaman bahasa Arab) ظ Templat:IPAblink
ޢ
aïnu (pinjaman bahasa Arab) ع Templat:IPAblink
ޣ
ghaïnu gh
(pinjaman bahasa Arab)
غ Templat:IPAblink
ޤ
qaafu q
(pinjaman bahasa Arab)
ق Templat:IPAblink
ޥ
waavu w و Templat:IPAblink
ޱ
Ṇaviyani[1] [ɳ]
  Jarang digunakan sekarang.

Vokal[sunting | sunting sumber]

Kesemua bunyi vokal ditandakan menggunakan tanda mirip tanda harakat dalam abjad Arab.

Tanda diakritik dalam Thaana (menggunakan huruf alifu)
Huruf Nama Transliterasi IPA
އަ abafili a /a/
އާ‎ aabaafili aa /a:/
އި‎ ibifili i /i/
އީ eebeefili ee /i:/
އު ubufili u /u/
އޫ ooboofili oo /u:/
Huruf Nama Transliterasi IPA
އެ ebefili e /e/
އޭ eybeyfili ey /e:/
އޮ obofili o /o/
އޯ oeboefili oe /o:/
އް sukun konsonan mati

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Romero-Frias, Xavier. The Maldive Islanders, A Study of the Popular Culture of an Ancient Ocean Kingdom. ISBN 84-7254-801-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]