Pergi ke kandungan

Thalia (mousai)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thalia
Dewi Komedi
Ahli Mousai
Arca Rom Thalia dari Villa Hadrian, kini di Muzium Prado (Madrid)
Maklumat peribadi
Ibu bapaZeus dan Mnemosyne
Adik-beradikEuterpe, Polyhymnia, Urania, Clio, Erato, Calliope, Terpsichore, Melpomene
PasanganApollo
ZuriatCorybantes

Dalam mitologi Yunani, Thalia (/θəˈlaɪə/[1][2] atau /ˈθeɪliə/;[3] Yunani Purba: Θάλεια; “yang riang, yang subur”, daripada Yunani Purba: θάλλειν, thállein; “tumbuh subur, menghijau”), juga dieja sebagai Thaleia, ialah salah seorang Mousai, iaitu dewi yang menaungi komedi dan puisi idil. Dalam konteks ini, namanya membawa maksud “kesuburan”, kerana pujian dalam nyanyiannya terus subur merentas masa.[4]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Thalia pada fresko purba dari Pompeii

Thalia digambarkan sebagai seorang wanita muda dengan raut ceria, memakai mahkota ivy, berbut, dan memegang topeng komedi di tangannya. Banyak patungnya turut menggenggam bugel dan trompet, atau kadangkala tongkat gembala, atau kalungan ivy.

Thalia ialah anak kepada Zeus dan Mnemosyne, anak kelapan daripada sembilan Mousai. Menurut Apollodorus, beliau dan Apollo ialah ibu bapa kepada Corybantes.[5]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Thalia". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  2. ↑ "Thalia Definition & Meaning - Merriam-Webster".
  3. ↑ "Home : Oxford English Dictionary".
  4. ↑ "Thalia | Greek mythology | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-26.
  5. ↑ Apollodorus (1921). Frazer, James George (penyunting). The Library (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, Massachusetts; London: Harvard University Press; William Heinemann Ltd. Sumber purba lain memberikan ibu bapa yang berbeza bagi Corybantes; lihat nota Frazer pada 1.3.4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Thalia di Wikimedia Commons
  • "Warburg Institute Iconographic Database" [Pangkalan Data Ikonografi Warburg Institute]. Warburg Institute (dalam bahasa Inggeris).