That that is is that that is not is not is that it it is

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

That that is is that that is not is not is that it it is ialah susunan kata bahasa Inggeris yang mendemonstrasikan kesamaran sintaks. Istilah ini digunakan sebagai contoh yang menggambarkan pentingnya penggunaan tanda baca yang tepat.[1] Susunan kata-kata ini dapat difahami sebagai salah satu dari empat susunan dengan tata bahasa yang benar, masing-masing sebagai sekurang-kurangnyaa empat frasa terpisah yang berbeza, dengan menambahkan tanda baca:

That that is, is. That that is not, is not. Is that it? It is.

That that is, is that that is. Not is not. Is that it? It is.

That that is, is that that is not. Is not "is that" it? It is.

That that is, is that that is not, "is not." Is that it? It is.

Dua frasa yang pertama berkaitan dengan pepatah falsafah sederhana dalam gaya Parmenides bahawa semua yang ada, dia akan ada, dan bahwa apa pun yang tidak ada dia tidak akan ada. Ungkapan itu tercantum dalam Brewer's Dictionary of Phrase and Fable.[2]

Ungkapan ini muncul dalam filem Amerika 1968, Charly, yang mana susunan kata tersebut ditulis untuk menunjukkan tanda baca kepada watak utama guru Charly, dalam sebuah adegan untuk menunjukkan bahawa pembedahan untuk membuat watak itu lebih pintar telah berjaya.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wieringa, Moore & Barnes (1993). Procedure Writing: Principles and Practices. Battelle Press. m/s. 54. ISBN 0-935470-68-9.
  2. ^ Brewer, Ebenezer Cobham (1953). Dictionary of Phrase and Fable. Harper. m/s. 896.
  3. ^ "Charly (1968)". IMDb. Dicapai pada 22 August 2014.