The Age of Shadows

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Age of Shadows
밀정
PengarahKim Jee-woon
PenulisKim Jee-woon
Dihasilkan olehChoi Jeong-hwa
Dibintangi
SinematografiKim Ji-yong
Muzik olehMowg
Syarikat
penerbitan
  • Grimm Pictures
  • Warner Bros. Korea
  • Harbin Films
Diedarkan oleh
  • Warner Bros.
    (Korea Selatan)
  • CJ Entertainment
    (Amerika Syarikat)
Tarikh tayangan
  • 3 September 2016
    (Venice)
  • 7 September 2016
    (Korea Selatan)
  • 23 September 2016
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
140 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Jepun
Bajet$8.62 juta
Pecah panggung$55.3 juta[1][2]

The Age of Shadows (Hangul밀정; Hanja密探; RRMiljeong - "Perisik"/"Pencari Rahsia") ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2016 arahan Kim Jee-woon serta dibintangi oleh Song Kang-ho dan Gong Yoo.[3][4]

Filem ini dipilih mewakil Korea Selatan untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 namun tidak tercalon.[5][6]

Plot[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1920-an, filem mengisahkan keadaan Semenanjung Korea semasa dijajah oleh kerajaan kolonial Jepun. Koperal Lee Jeong-chool yang berkhidmat dengan sebagai anggota polis bersekongkol dengan pemimpin Gerakan Kemerdekaan Korea, Jeong Chae-san dan Kim Woo-jin. Kumpulan penentang ini berpakat untuk membawa bahan letupan dari Shanghai, China untuk diletupkan di ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun di Seoul. Namun, gerakan ini mudah dihidu oleh pegawai Jepun, Hashimoto selepas mendapat maklumat daripada salah seorang ahli kumpulan penentang yang membelot. Mereka menyeludup bahan letupan menggunakan keretapi. Dalam masa sama, Hashimoto dan pasukannya juga berada di dalam gerabak tersebut selepas meragui gerak geri Koperal Lee terhadap penyiasatan ini. Akhirnya, Koperal Lee, Kim dan Hashimoto bertemu juga di dalam sebuah kafe di dalam gerabak keretapi. Maka berlakulah pertempuran, sehingga membawa kematian Hashimoto dan pasukannya. Kim juga terpaksa membunuh rakannya itu agar rancangan pra kemerdekaan itu tidak menemui kegagalan. Koperal Lee berpecah dengan pasukan Kim sebelum tiba di Seoul. Setibanya gerabak di stesen Seoul, Kim Woo-jin, Yeon Gye-soon, Ludvik berjaya diberkas. Sementara itu, kekasih Kim, Yeon diseksa oleh Higashi. Yeon mudah untuk diberkas berdasarkan sekeping foto yang diperolehi oleh tentera Jepun dari rakan Kim yang membelot. Highasi mula meragui dengan tindak tanduk Koperal Lee selepas perlantikan Terrauji sebagai Gabenor di Chosun. Beliau dilihat seperti memberontak dan tidak taat terhadap pemerintahan Jepun di Korea. Oleh kerana itulah, Higashi mengarahkan Hashimoto mengetuai operasi menangkap Kim dan rakan-rakan yang lain. Ramai ahli dalam kumpulan penentang berjaya diberkas manakala Koperal Lee sempat juga bertemu dengan Kim untuk menyembunyikan bahan letupan tersebut. Dengan mengharapkan salah seorang perlu menjadi korban. Kim mempertaruhkan nyawanya agar Koperal Lee dapat merencanakan agenda kumpulan tersebut. Koperal Lee sempat menyembunyikan bahan letupan tersebut di dalam lantai rumahnya sebelum kedua-duanya berjaya diberkas dan dibicarakan di mahkamah. Kim sanggup mengigit lidahnya sehingga putus semasa proses soal siasat. Mereka semuanya dipenjarakan. Namun, Yeon terpaksa menjalani hukuman mati. Manakala, Koperal Lee pula dibebaskan atas alasan untuk meneruskan penyiasatan memandangkan kenyataannya di mahkamah di anggap berasas kerana lebih dekat berhubung kait dengan pihak musuh. Koperal Lee terlalu sedih selepas melihat mayat Yeon diusung keluar dari penjara dan akan dibakar selepas itu memandangkan Yeon hanya tinggal sebatang kara di Seoul. Beliau mula merancang untuk membalas dendam terhadap Higashi. Koperal Lee berjaya meletupkan bangunan pentadbiran Jepun di Seoul yang membawa kepada kematian Higashi dan dalam masa yang sama, Chae-San dan Sun-gil juga membantunya. Keadaan menjadi huru hara dan berita ini akhirnya diketahui oleh Kim di dalam penjara. Koperal Lee juga meneruskan misi membunuh Gabenor Seoul yang merupakan tali barut dengan tentera kolonial Jepun di Korea sehingga membawa kepada kematian sahabatnya, Kim Jang-ok. Koperal Lee juga sempat bertemu Sun-gil untuk menyerahkan beberapa dokumen, wang dan juga emas milik Gabenor untuk kemudahan fasiliti kumpulan penentang tersebut merencanakan agenda kemerdekaan untuk Korea kelak. Di akhir cerita, Kim tersenyum sambil membuat coretan di dinding dengan nota ''Kumpulan penentang atau pejuang kemerdekaan melalui laluan ini''.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Song Kang-ho sebagai Lee Jeong-chool
  • Gong Yoo sebagai Kim Woo-jin
  • Han Ji-min sebagai Yeon Gye-soon
  • Um Tae-goo sebagai Hashimoto
  • Shin Sung-rok sebagai Jo Hoe-ryeong
  • Heo Sung-tae sebagai Ha Il-soo
  • Lee Seol-goo sebagai Oh Nam-won
  • Shingo Tsurumi sebagai Higashi
  • Kim Dong-young sebagai Ha Chul-joo
  • Jung Yoo-ahn sebagai Hwang Ui-seo
  • Go Joon sebagai Shim Sang-do
  • Seo Young-joo sebagai Joo Dong-sung
  • Kwon Soo-hyun sebagai Sun Gil
  • Lee Hwan sebagai Park Dae-yi
  • Kwak Ja-hyung sebagai Seo Jin-dol
  • Yoo Sang-jae sebagai Pemburu Park
  • Jo Young-gyu sebagai Kim Hak-jin
  • Choi Yu-hwa sebagai Kim Sa-hee
  • Han Soo-yeon sebagai Mae-hyang
  • Nam Moon-chul sebagai Kim Hwang-sub
  • Kim Soo-woong sebagai Saito
  • Choi Jang-won sebagai Noh Duk-soo
  • Heo Hyung-gyu sebagai Jung Woo-sik
  • Baek In-kwon sebagai Park Woong
  • Jung Do-won sebagai Woo Ma-e
  • Lee Soo-kwang sebagai Hideo
  • Hiromitsu Takeda sebagai Takeda
  • Shin Sung-il sebagai Park Ga
  • Kim Ui-gun sebagai Heo Jung-goo
  • Foster Burden sebagai Ludvik
  • Izo Oikawa sebagai Umano
  • Kazuhiko Ikebe sebagai Nakada
  • Lee Byung-hun sebagai Jeong Chae-san (kameo)
  • Park Hee-soon sebagai Kim Jang-ok (kameo)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2015, Warner Bros. telah mengumumkan akan membiaya dan mengedar filem bahasa Korea pertama mereka, Secret Agent. Filem berbajet $8.62 juta itu juga akan diterbitkan oleh Grimm Pictures.[7] Projek dan skrip filem ini dibangunkan oleh Lee Ji-min dan Park Jong-dae dimana Kim Jee-woon akan mengarah. Barisan pelakon terdiri daripada Song Kang-ho dan Gong Yoo.[7] Sebuah video trailer dikeluarkan pada 14 Julai 2016 yang mendedahkan tajuk baru filem ini sebagai The Age of Shadows.[8]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–36 Filem Terbaik The Age of Shadows Menang
Muzik Terbaik Mowg Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 Filem Terbaik The Age of Shadows Tercalon
Pengarah Terbaik Kim Jee-woon Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Song Kang-ho Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Um Tae-goo Tercalon
Arahan Seni Terbaik Jo Hwa-seong Tercalon
Muzik Terbaik Mowg Tercalon
Anugerah Grand Bell ke–53 Filem Terbaik The Age of Shadows Tercalon
Pengarah Terbaik Kim Jee-woon Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Song Kang-ho Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Han Ji-min Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Uhm Tae-goo Menang
Rekaan Seni Terbaik Jo Hwa-sung Menang
2017 Anugerah Filem Asia ke–11 Filem Terbaik The Age of Shadows Tercalon
Komposer Terbaik Mowg Menang
Ahli Sinematografi Terbaik Kim Ji-yong Tercalon
Anugerah Seni Baeksang ke–53 Filem Terbaik The Age of Shadows Tercalon
Pengarah Terbaik Kim Ji-woon Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Song Kang-ho Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Uhm Tae-goo Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Han Ji-min Tercalon
Lakon Layar Terbaik Lee Ji-min, Park Jong-dae Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Age of Shadows". Box Office Mojo. Dicapai pada 2016-09-12.
  2. ^ "The Age of Shadows". The Numbers. Dicapai pada 2016-10-05.
  3. ^ "Movie sheds light on Japanese occupation". koreantimes.co.kr
  4. ^ "AGE OF SHADOWS, CITY OF MADNESS, HANDMAIDEN Selected for Toronto"' koreanfilm.or.kr
  5. ^ "S. Korean film "The Age of Shadows" submitted to Oscars". Yonhap News. 2016-08-30. Dicapai pada 2016-08-30.
  6. ^ Kil, Sonia (2016-08-30). "Warner Bros.' 'Age of Shadows' Picked as Korea's Oscar Contender". Variety. Dicapai pada 2016-08-30.
  7. ^ a b Kil, Sonia (2015-08-03). "Warner Bros. Sets Kim Jee-woon's 'Secret Agent' as Debut Korean Production (EXCLUSIVE)". variety.com. Dicapai pada 2015-08-04.
  8. ^ "[밀정] 1차 예고편 공개 The Age of Shadows (2016) teaser trailer (ENG SUB)". YouTube.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]