The Arrow Collar Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iklan Arrow Collars & Shirts (Baju & Kolar Arrow) oleh J. C. Leyendecker, Cosmopolitan Magazine (Majalah Kosmopolitan), Julai 1913
Lukisan untuk iklan Arrow Collars & Cluett Shirts (Kolar Arrow & Baju Cluett), The Saturday Evening Post (Hantaran Petang Sabtu), 28 Oktober 1917. J. C. Leyendecker.

The Arrow Collar Man (Melayu: Jejaka Kolar Arrow) adalah nama timangan yang diberikan kepada model-model lelaki yang telah muncul dalam iklan kemeja dan kolar baju pasang muat yang dihasilkan oleh Cluett Peabody & Company (Cluett Peabody & Saudara) di Troy, New York. Kempen asal telah berlangsung dari tahun 1905 sehingga tahun 1931, walaupun sebelum itu, syarikat tersebut telah menggelar lelaki dalam iklan dan para penggunanya sebagai "Arrow Men" (Jejaka Arrow).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Iklan The Arrow Collar (Kolar Arrow) adalah hasil kerjasama antara agensi iklan New York Calkins and Holden (Calkins dan Holden); Cluett, pengarah pengiklanan kepada Peabody Charles Connolly; dan pelukis komersial J. C. Leyendecker. Salah seorang model Leyendecker adalah pasangan hidupnya yang berasal dari Kanada bernama Charles Beach.[1] Model lain yang turut sama menggayakan pakaian dalam iklan ini adalah Huntley Gordon.[2] Beratus-ratus iklan bercetak yang menampilkan Arrow Collar Man (Jejaka Kolar Arrow) telah dihasilkan dari tahun 1907 hingga tahun 1931. Watak rekaan Jejaka Kolar Arrow telah menjadi ikon seksual dalam dunia fesyen dan percetakan[3] dan pada tahun 1920, beliau turut menerima surat daripada peminat tegarnya. Peminat tegar beliau akan memotong iklan jejaka kolar kegemaran mereka dan menggantungnya di dinding rumah mereka. Selain itu, beliau juga telah menjadi ilham kepada persembahan muzikal Broadway, Helen of Troy (Helen dari Troy) pada tahun 1923.

Pada hari ini, cap dagangan Arrow (secara rasminya digayakan sebagai ARROW) telah dimiliki oleh PVH sebagai sebahagian daripada Heritage Brands, bersama dengan Izod, Van Heusen, Warner's, Olga, True & Co., dan Geoffrey Beene . Arrow kini dipasarkan sebagai jenama baju dan pakaian kasual, dan harganya murah sedikit berbanding bekas pesaingnya Van Heusen di dalam portfolio jenama PVH. Di Amerika Syarikat, peruncit utama untuk jenama Arrow adalah rangkaian kedai serbaneka Kohl dan peruncit dalam talian Amazon (dan sehingga tahun 2019, Sears).

Kolar pasang muat[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1920-an, Cluett, Peabody & Co. mula mengilangkan baju mereka dengan kolar pasang muat bagi memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya menjadi syarikat paling berjaya di AS pada masa itu. Jualan mereka meningkat menjadi 4 juta helai kolar seminggu dan baju Arrow dengan kolar pasang muat turut dieksport ke pelabuhan luar negara seperti Batavia (Jakarta) dan Kongo Belgium. Kempen Jejaka Collar Arrow berakhir pada tahun 1930 dan mencatat sejarah sebagai kempen pengiklanan paling berjaya.

Bintang filem Francis X. Bushman pada iklan kolar

Sebutan umum[sunting | sunting sumber]

  • Senikata daripada lagu Irving Berlin "Puttin 'on the Ritz" (Pakailah Kemewahan) merangkumi baris "High hats and Arrow collars..." (Topi tinggi dan kolar Arrow...) dalam baris kedua, versi 1946.
  • Cole Porter merujuk "Arrow Collars" dalam lagunya: "You're The Top" (Engkaulah Yang Terutama) daripada persembahan muzikal Anything Goes (Apa-apa Sajalah) tahun 1934.
  • Lirik yang dinyanyikan oleh Julie dalam lakonan komik FS Fitzgerald "Porcelain and Pink" (Merah Jambu dan Porselin) dari koleksi cerpen tahun 1922, Tales of the Jazz Age merangkumi baris "When the Arrow-collar man / Meets the D'jer-Kiss girl" (Bila teruna berkolar Arrow / Bersua dengan dara D'jer-Kiss).
  • Dalam Episod 9 Musim ke-2 30 Rock, Jack Donaghy digambarkan oleh ayah Liz Lemon sebagai "kelihatan seperti Model Baju Arrow" setelah dia terpegun dengan penampilan Jack.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamp, David (7 Oktober 2009). "Norman Rockwell's American Dream" [Impian Amerika Norman Rockwell]. Vanity Fair. New York, AS: Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2009. Dicapai pada 28 September 2020. ...the Arrow Collar Man (modeled on his live-in companion, a Canadian hunk named Charles Beach)... [...Jejaka Kolar Arrow (direka berdasarkan teman serumahnya, jejaka idaman Kanada bernama Charles Beach...]
  2. ^ St. Johns, Ivan (April 1925). "He's the Original Collar Ad Model" [Dialah Model Kolar yang Asal]. Photoplay. New York: Photoplay Publishing Company. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
  3. ^ Persson, Laird (12 Jun 2017). "The Secret Life of the Arrow Collar Man, an Early 20th-Century Sex Symbol" [Rahsia Hidup Jejaka Kolar Arrow, Lambang Seks Awal Abad ke-20]. Vogue. Condé Nast. Dicapai pada 28 September 2020. The Arrow Collar Man was an early 20th-century sex symbol who, in his day, had about as large a place in the pantheon of hotness as Rudolph Valentino, Elvis, and the Marlboro man. [Jejaka Kolar Arrow merupakan lambang seks dari awal abad ke-20 yang pada masanya, mendapat tempat yang tersohor di rumah agam kesegakan sebaris dengan Rudolph Valentino, Elvis, dan Jejaka Marlboro]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Carole Turbin (November 2002). "Fashioning the American Man: The Arrow Collar Man, 1907–1931". Gender & History. 14 (3): 470–491. doi:10.1111/1468-0424.00278.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]