The BFG (filem 2016)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The BFG
Pengarah Steven Spielberg
Penerbit
Lakon layar oleh Melissa Mathison
Berdasarkan The BFG oleh
Roald Dahl
Dibintangi oleh
Muzik oleh John Williams
Sinematografi Janusz Kamiński
Disunting oleh Michael Kahn
Syarikat-syarikat
produksi
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
Mei 14, 2016 (2016-05-14)(Cannes)
Julai 1, 2016 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
117 minit [2]
Negara United States
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $140 juta[3]
Pecah panggung $183.3 juta[4]

The BFG merupakan filem pengembaraan fantasi Amerika Syarikat yang diarahkan dan diterbit bersama oleh Steven Spielberg, ditulis oleh Melissa Mathison dan berdasarkan novel dengan judul yang sama oleh Roald Dahl. Filem ini dibintangi oleh Mark Rylance, Ruby Barnhill, Penelope Wilton, Jemaine Clement, Rebecca Hall, Rafe Spall dan Bill Hader.

Plot[sunting | sunting sumber]

Sophie, 10 tahun, merupakan kanak-kanak perempuan yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal di rumah anak yatim di London. Beliau gemar membaca di waktu malam disebabkan mengalami insomnia. Pada jam 3:00 pagi, Sophie telah terlihat gergasi tua melalui tingkap bilik tidurnya. Gergasi tersebut telah menangkap Sophie dan membawanya ke Negara Gergasi. Oleh kerana gergasi tersebut telah dilihat oleh Sophie, Sophie tidak dibenarkan pulang kerana gusar akan menghebohkan kewujudkan gergasi kepada orang ramai. Sophie memberitahu gergasi tersebut bahawa dia mengalami insomnia dan tidak percaya gergasi tersebut dapat mengawal mimpinya. Gergasi itu membuatkan Sophie tertidur dan memberi Sophie satu mimpi buruk mengenai cubaan Sophie melarikan diri dan dimakan oleh gergasi yang lain.

Apabila Sophie tersedar dari mimpi, seekor gergasi pemakan daging yang lebih besar dan buas, Fleshlumpeater telah memasuki rumah gergasi tua itu dan dapat membau manusia di dalam rumah tersebut. Sophie yang bersembunyi di dalam buah snozzcumber hampir sahaja dimakan oleh Fleshlumpeater sebelum gergasi tua tersebut mengingatkan Fleshlumpeater bahawa dia tidak menyukai sayur-sayuran dan Fleshlumpeater berlalu pergi. Sophie diberikan persalinan baharu. Sophie memujuk gergasi tua untuk membawanya ke Negara Mimpi untuk menangkap mimpi bersama-sama. Ketika mereka pergi menuju ke Negara Mimpi, mereka secara tidak sengaja telah mengejutkan Fleshlumpeater dan rakan-rakannya dari tidur. Sophie melihat sendiri bagaimana gergasi-gergasi besar tersebut membuli gergasi tua yang lebih kecil berbanding mereka. Mereka berjaya melarikan diri apabila ribut petir melanda. Namun, kewujudan Sophie disedari oleh gergasi-gergasi jahat tersebut apabila menjumpai selimut Sophie yang tercicir di tanah.

Setibanya mereka di Negara Mimpi, mereka telah bersama-sama menangkap mimpi dan gergasi tua itu menceritakan tentang dia pernah dipanggil "Big Friendly Giant" dan Sophie memutuskan untuk memanggil gergasi tua itu "BFG". Mereka meninggalkan Negara Mimpi dan menuju ke London bagi memberi mimpi indah kepada kanak-kanak yang sedang tidur. Ketika itu Sophie menyedari selimutnya telah hilang. BFG mula sedar Fleshlumpeater dan rakan-rakannya telah mengetahui kewujudan Sophie. Sophie terjaga di hadapan rumah anak yatim yang didudukinya. Dia mencari BFG.BFG memberitahu dia pernah menangkap seorang kanak-kanak lelaki dan tinggal bersamanya, namun kanak-kanak lelaki itu telah dimakan oleh Fleshlumpeater dan rakan-rakannya. Sophie menjatuhkan dirinya dari tingkap dengan harapan BFG akan menangkapnya dari terjatuh, dan BFG melakukannya.

Apabila mereka pulang semula ke rumah BFG, Fleshlumpeater dan rakan-rakannya telah menyerbu rumah BFG untuk mencari Sophie sambil merosakkan hasil kerja BFG. Sophie menyembunyikan diri. BFG yang marah dengan tindakan gergasi-gergasi tersebut telah menghalau mereka dengan besi panas. Semasa persembunyian itu, Sophie menjumpai tempat kanak-kanak lelaki yang tinggal bersama BFG sebelum ditangkap gergasi-gergasi pemakan daging itu. Sophie menemui potret Ratu Victoria bersama-sama barangan milik kanak-kanak lelaki tersebut. Sophie merancang untuk memberi mimpi buruk kepada Ratu Elizabeth. Mimpi tersebut adalah mengenai kanak-kanak di England di makan oleh gergasi, tentera British melawan gergasi-gergasi tersebut, dan Sophie berdiri di jendela bilik tidur Ratu.

Mereka menuju ke Istana Buckingham di mana apabila bangun dari mimpi ngeri, Ratu dan pembantunya Maria mendapati Sophie di jendela sama seperti dalam mimpi Ratu dengan BFG berada di luar di istana. Sophie dan BFG memaklumkan kepada Ratu, Mary, dan Mr. Tibbs bahawa gergasi pemakan budak dalam mimpi Ratu adalah nyata dan ia mesti dihentikan sebelum gergasi-gergasi itu menimbulkan kemudaratan kepada rakyat. Selepas sarapan, Ratu telah menghantar bala tentera ke Negara Gergasi untuk membantu menentang gergasi-gergasi pemakan daging.

BFG merancang untuk memberi gergasi-gergasi tersebut itu mimpi ngeri yang ditangkap oleh Sophie, sehingga mereka akan menjadi lebih patuh setelah ditangkap. Namun, Fleshlumpeater telah terjaga dari tidur terlebih dahulu dan mula membuat menangkap Sophie. Walaupun begitu, helikopter tentera British dengan mudah mengalahkan dan menawan Fleshlumpeater bersama-sama raksasa lain. Mereka telah dihumban ke sebuah pulau di mana terdapat banyak peti benih snozzcumber.

Selepas itu, Sophie mula tinggal di istana bersama Ratu dan Mary, manakala BFG kembali ke Negara Gergasi untuk meneruskan mimpi kepada orang ramai dan mula menamam pelbagai sayur-sayuran yang diilhamnya sewaktu berada di England. Filem ini berakhir dengan Sophie menceritakan bahawa setiap kali dia merasa kesepian, dia akan "bercakap" dengan BFG kerana BFG masih boleh mendengar suara Sophie.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Grierson, Tim (May 14, 2016). "'The BFG': Cannes Review". Screen Daily. Dicapai June 16, 2017. 
  2. ^ "The BFG [2D] (PG)". British Board of Film Classification. June 17, 2016. Dicapai June 18, 2016. 
  3. ^ Pamela McClintock (June 24, 2016). "July Fourth Box Office: Few Fireworks Expected as 'BFG,' 'Tarzan' Track Poorly". The Hollywood Reporter. Dicapai June 24, 2016. 
  4. ^ "The BFG (2016)". Box Office Mojo. Dicapai January 28, 2017. 
  5. ^ Fleming Jr, Mike (October 27, 2014). "Mark Rylance To Play 'The BFG' In Roald Dahl Adaptation By Steven Spielberg". deadline.com. Dicapai October 28, 2014. 
  6. ^ "Steven Spielberg Casts 10-Year-Old Ruby Barnhill as Lead in 'The BFG'". thewrap.com. December 16, 2014. Dicapai December 17, 2014. 
  7. ^ a b c d e f g h i j Fleming Jr, Mike (April 13, 2015). "Disney Signs On To Co-Fi Steven Spielberg's 'The BFG'". Deadline.com. Dicapai April 13, 2015. 
  8. ^ Dorbbush, Jonathon (January 22, 2016). "Sophie steps on some big toes in The BFG poster". Entertainment Weekly. Dicapai March 6, 2016. 
  9. ^ Ge, Linda (March 27, 2015). "Bill Hader Joining Steven Spielberg's 'The BFG'". thewrap.com. Dicapai March 31, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]