The Classic (album Shinhwa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Classic
Fail:Shinhwa-The Classic.jpg
The Classic cover
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 Mei 2013 (2013-05-16)
GenreK-pop, electropop, dance
Panjang37:55
BahasaKorean
SyarikatCJ E&M Music
Sony Music Taiwan
PenerbitShinhwa Company
Kronologi Shinhwa Edit the value on Wikidata
The Return
(2012)
The Classic We
(2015)
Single daripada The Classic
  1. "This Love"
    Dikeluarkan: 16 May 2013
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Classic adalah album studio kesebelas dari kumpulan penyanyi Korea SelatanShinhwa, di hari ulang tahun ke-15 mereka. Ia telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 oleh Shinhwa Company dan diedarkan oleh CJ E&M Music.[1][2] Mereka menjalankan konsert jelajah Asia, 2013 Shinhwa Grand Tour: The Classic untuk mempromosikan album, dengan persembahan pertama di Hong Kong pada 8 Jun 2013.[3][4]

Ia pertama kali dilancarkan sebagai edisi terhad dan diikuti oleh edisi terimakasih pada 21 Mei. Menurut Carta Gaon, sehingga akhir Disember 2013, album ini berjaya mengumpul jualan sebanyak 78, 727 unit, dari kedua-dua edisi.

Album dan video muzik[sunting | sunting sumber]

Album ini mempunyai 10 lagu yang dihasilkan oleh penerbit dan penulis lirik, Ahn Young-min, Kim Do-hyun, Andrew Choi, Neighbourhood Brother dan Brian Kim; serta anggota Shinhwa sendiri Lee Min-woo. Lagu utama untuk album ini berjudul "This Love", diberi oleh Lee McCutcheon, James Flannigan dan penerbit dari UK, Andrew Jackson, yang juga pernah bekerjasama dengan Shinhwa dalam lagu "Venus" dari album The Return pada 2012.[5][6][7] Ia merupakan lagu elektronik gaya British, yang berkongsi ciri-ciri yang sama seperti "Venus" namun dengan bass yang lebih banyak, bunyi elektronik dan perubahan mood yang ketara menjadi lebih ringan di akhir lagu. Shin Hye-sung mendedahkan bahawa mereka mempunyai empat lagu yang mempunyai potensi sebagai lagu utama dan lagu "This Love" dipilih selepas kakitangan mereka mengundi dengan keputusan 3-40. Kerana ia dilihat sebagai kesinambungan dari lagu "Venus" dengan gaya elektropop yang sama, namun masih berbeza.[8]

Lagu "That's Right" digubah oleh Kim Do-hyun, yang sebelum ini menggubah lagu hit "10 Minutes" untuk Lee Hyori dari album Stylish (2003). Kerjasama lain dengan komposer-komposer asing adalah lagu "Hurricane" oleh Samuel Waelmo, Robert Vadadi dan Kim Young-hu. Lirik untuk lagu-lagu "That's Right", "New Me", "Hurricane" dan "I Gave You" sebagai lagu perkahwinan Shinhwa, ditulis oleh Min-woo.[9][10]

Fail:Shinhwa-This Love MV.jpg
Ahli Shinhwa menari vogue dalam video muzik "This Love". (Dari kiri: Shin Hye sung, Jun Jin, Eric, Lee Min-woo, Andy dan Kim Dong-wan)

Video muzik untuk "This Love", telah dirakam selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Mei. Ia menampilkan pelakon wanita Jepun Fujii Mina, dan diarahkan oleh Cho Soo-hyun, yang juga pernah mengarahkan video muzik untuk Psy (lagu "Gangnam Style" dan "Gentleman"); dan juga video muzik untuk lagu Shinhwa "Once in a Lifetime" dari album State of the Art pada 2006. Koreografi untuk lagu ini melibatkan taian vogue, yang pernah dipopularkan oleh Madonna dalam video muziknya berjudul "Vogue". Gaya tarian ini memberi tumpuan dengan mengekspresikan irama muzik sambil bergaya seperti model, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan penyanyi atau kumpulan idol Korea sebelum ini. Mereka mahukan pakaian dan tarian yang digunakan dapat menyampaikan suasana dan perasaan seperti dari majalah fesyen atau pentas peragaan, diiringi dengan rasa sofistikated dan sensual seorang lelaki di dalam umur 30-an. Lee Min-woo menyatakan "Tarian ini amat susah untuk direka berbanding hasil akhirnya yang nampak mudah, namun ia mengandungi bahagian-bahagian individu yang membenarkan masing-masing untuk bersinar. Anda akan lihat tarian vogue yang dibuat semula untuk disesuaikan dengan Shinhwa". Eric kemudian menambah "Kami ambil kekuatan tarian vogue ini dan tukar ia dengan cara Shinhwa untuk disesuaikan dengan kami".

Pada 10 Mei 2013, satu klip pendek dari video muzik dilancarkan di laman Youtube rasmi Shinhwa dan diikuti oleh video penuh pada 16 Mei, menunjukkan pelbagai elemen voguing dan pergerakan yang terkawal seperti persembahan tangan, catwalk, dips dan pusingan.[11]

Pelancaran dan penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album ini dilancarkan sebagai edisi terhad sebanyak 40,000 unit, dalam bekas tin berwarna hitam dengan buku gambar setebal 100 muka surat dan buku lirik, dengan gambar diambil oleh Zo Sun-hee.[12] Ia laris terjual pada 8 Mei 2013 pada hari pra-pesanan bermula, dengan server Synnara Music menjadi sesak lebih sejam kerana trafik web yang melebihi had. Untuk memenuhi permintaan, Shinhwa Company mengumumkan pelancaran edisi biasa terimakasih, dengan pra-pesanan bermula pada 10 Mei, yang dilancarkan pada 21 Mei. Edisi biasa ini lebih kecil dengan bekas kertas tertera logo rasmi Shinhwa dan juga mempunyai buku gambar setebal 10 muka surat oleh jurugambar.[13][14]

Pada 13 Mei, gambar individu Jun Jin dan Andy dilancarkan, bersama video belakang tabir semasa sesi mengambil gambar untuk kulit album oleh jurugambar Zo Sun-hee.[15] Ini diikuti oleh gambar Kim Dong-wan dan Shin Hye-sung pada 14 Mei dan video belakang tabir proses rakaman album, dengan gambar terakhir Eric dan Lee Min-woo pada hari berikutnya, serta satu lagi video belakang tabir proses rakaman video muzik "This Love".[16]

Pada hari pelancaran, "This Love" menduduki tangga pertama dalam carta muzik atas talian, ini termasuklah Mnet, Bugs, Naver Music, Daum Music, Olleh Music, Cyworld, dan Soribada; dan menduduki tangga kedua dalam carta Melon. Lagu-lagu lain dari album tersebut seperti "Scarface", "Acquainted Guy", "New Me" dan "Mannequin" juga menduduki carta dalam carta single.[17] "This Love" menduduki tangga pertama untuk 4 minggu berturut-turut dalam Carta Mingguan Soribada dari 13 Mei hingga 9 Jun.[18][19][20] Album edisi terhad debut di kedudukan ketiga dalam Carta Album Mingguan Gaon Top 100 untuk minggu 12 hingga 18 Mei 2013 dan edisi terimakasih menduduki tangga kedua pada minggu berikutnya. Ia juga menduduki tangga pertama dalam Carta Harian Tower Record di Jepun sebagai album import. Pada 21 Mei, edisi terimakasih menduduki tangga pertama dalam Carta Real-time Hanteo dan Carta Harian, juga tangga pertama untuk album import di Taiwan dalam Carta Five Music J-pop/K-pop untuk minggu 21 dan Chia Chia Record untuk minggu 14 hingga 20 Mei.[21]

Penampilan secara langsung pertama untuk mempromosikan album ini adalah dalam rancangan M! Countdown terbitan M.net pada 16 Mei, dimana mereka mempersembahkan lagu-lagu "That's Right" dan "This Love", bersama kumpulan 2PM yang mempromosikan album mereka berjudul Grown dan Seo In-young yang mempromosikan EP beliau berjudul Forever Young. Ini diikuti oleh persembahan lagu-lagu "Brand New" dari album mereka berjudul sama pada 2004 dan "This Love" dalam episod ke-700 rancangan muzik Music Bank terbitan Sistem Penyiaran Korea (KBS) pada 17 Mei. Penampilan promosi yang lain termasuklah dalam rancangan muzik Show Champion terbitan MBC Music dan Music Core (MBC); namun mereka tidak pernah membuat promosi di rancangan muzik Inkigayo terbitan Sistem Penyiaran Seoul (SBS).[22]

Setelah tiga minggu penampilan dalam rancangan-rancangan muzik, kumpulan ini dapat mengumpul lapan kemenangan tempat pertama untuk "This Love", termasuk Triple Crown, iaitu tempat pertama selama tiga minggu berturut-turut, dalam M! Countdown, yang pertama sejak "Brand New" pada tahun 2004. Ini juga mengatasi rekod sebelumnya dimana mereka mengumpul tujuh kemenagan tempat pertama yang dipegang lagu "Yo!" dari album kedua mereka T.O.P. pada 1999. Kemenangan lain termasuklah dua dari Show Champion dan Music Core dan satu dari Music Bank.[23]

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."That's Right" (그래; Geurae) 3:58
2."Acquainted Guy" (아는 남자; Aneun Namja) 4:16
3."This Love"3:40
4."Scarface"3:19
5."New Me"4:01
6."Laughing..." (웃다가...; Utdaga...) 3:54
7."Mannequin"3:37
8."Hurricane"3:55
9."I Gave You"3:39
10."Love Song" (사랑 노래; Sarang Norae) 3:36
Jumlah masa: 37:55


Video muzik[sunting | sunting sumber]

  • "This Love" - 10 Mei 2013 (klip pendek)
  • "This Love" - 16 Mei 2013
  • "I Gave You" - 25 Julai 2013 - menampilkan klip-klip belakang tabir aktiviti promosi album[24]
  • "This Love" (versi tarian penuh) - 6 Ogos 2013[25]

Sejarah Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Syarikat edaran Format
Korea Selatan 16 Mei 2013 CJ E&M Music Muat turun Digital

Edisi terhad (CD) (CMCC-10098)[26]
21 Mei 2013 Edisi Terima kasih (CD) (CMCC-10085)[27]
Taiwan 28 Jun 2013 Sony Music Taiwan CD[28]

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Album[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan tertinggi Jualan
Album Mingguan Korea (Gaon)[29] 2
  • KOR: 78,727
Album Bulanan Korea (Gaon)[30] 4
Album Tahunan Korea (Gaon)[31] 29

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kil, Hye Sung (5 May 2013). "Shinhwa release their 11th studio album on May 16". Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2014. Dicapai pada 8 May 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "신화 'THE CLASSIC' 앨범" [Shinhwa The Classic album]. Daum Communications (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-18. Dicapai pada 12 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Hong, Grace Danbi (2 May 2013). "Shinhwa Announces Return Date for 11th Album". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 10 May 2013.
  4. ^ "Shinhwa announce 11th Album and Asian Tour". KBS Global. 6 May 2013. Dicapai pada 10 May 2013.
  5. ^ Hong, Grace Danbi (8 May 2013). "Shinhwa Unveils Tracklist and Teaser Photo for 'The Classic' Album". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 8 May 2013.
  6. ^ 신화의 컴백 스페셜 포토 & 영상 독점 공개!. Mnet (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 12 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Lie, Jae Won (20 June 2013). "Blue-eyed Songwriters Capture K-pop's Heart". 10 Asia. Dicapai pada 24 June 2013.
  8. ^ Kwon, Suk Jeong (15 May 2013). "Interview: Shinhwa "We're pen-Ended, Not Done" – Part 1". 10 Asia. Dicapai pada 21 May 2013.
  9. ^ Kwon, Suk Jeong (15 May 2013). "Interview: Shinhwa "We're pen-Ended, Not Done" – Part 2". 10 Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 21 May 2013.
  10. ^ "그룹 신화의 정규 11집 'THE CLASSIC'이 16일 발매된다". Gaon Chart News (dalam bahasa Korean). 16 May 2013. Dicapai pada 23 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Elizabeth Eun; Grace Hong; Nancy Lee; Erika Kim (16 May 2013). "Video Reaction: Shinhwa Makes Us Go ′OMG′ for ′This Love′". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 8 June 2013.
  12. ^ "16 May 2013: The Classic album". Shinhwa Company (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 12 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Hong, Grace Danbi (8 May 2013). "Shinhwa Fans Crash Servers While Pre-Ordering New Album". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 10 May 2013.
  14. ^ Kim, JiYeon (10 May 2013). "Shinhwa to Release Music Video Teaser for ′This Love′ Today (May 10)". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 10 May 2013.
  15. ^ Hong, Grace Danbi (13 May 2013). "Shinhwa Unveils Jun Jin and Andy's Photos and BTS of Jacket Shoot". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 15 May 2013.
  16. ^ Hong, Grace Danbi (15 May 2013). "Shinhwa Releases BTS Video from Its MV for ′This Love′". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 15 May 2013.
  17. ^ Hong, Grace Danbi (16 May 2013). "Shinhwa's 'The Classic' Takes Over the Music Charts". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 21 May 2013.
  18. ^ Hong, Grace Danbi (22 May 2013). "Shinhwa's 'This Love' Ranks #1 on Soribada's Weekly Chart". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 23 May 2013.
  19. ^ Hong, Grace Danbi (28 May 2013). "Shinhwa and Lee Hyori Rank High on Soribada′s Weekly Chart". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 9 June 2013.
  20. ^ Hong, Grace Danbi (12 June 2013). "Shinhwa's 'This Love' Ranks #1 for 4th Consecutive Week on Soribada". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 24 June 2013.
  21. ^ Hong, Grace Danbi (29 May 2013). "Shinhwa′s 11th Album Places #1 in Music Charts in Taiwan". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 9 June 2013.
  22. ^ Hong, Grace Danbi (28 May 2013). "Fans Decorate 'Inkigayo's Webpage with Requests for Shinhwa's Appearance". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 9 June 2013.
  23. ^ Lee, Hye Ji (3 June 2013). "Shinhwa Nabs 3 More Trophies with "This Love"". 10 Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2013. Dicapai pada 9 June 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  24. ^ Hong, Grace Danbi (25 July 2013). "Shinhwa Recaps 'The Classic' Activities from Fried Chicken to Trophies". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 25 July 2013.
  25. ^ Hong, Grace Danbi (6 August 2013). "Shinhwa Brings Triangle Crotch Back with 'This Love' Dance Version MV". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 24 August 2013.
  26. ^ "The Classic album info". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 1 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  27. ^ "The Classic (Thanks Edition) album info". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 1 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  28. ^ "The Classic album info". Sony Music Taiwan (dalam bahasa Chinese). 28 June 2013. Dicapai pada 5 July 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  29. ^ "Gaon Album Chart for the week ending June 1, 2013". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2015. Dicapai pada 2 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  30. ^ "Gaon Album Chart for May 2013". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 2 April 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  31. ^ "Gaon Album Chart for 2013". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2015. Dicapai pada 2 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)