The Crying Boy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

The Crying Boy ialah suatu cetakan besar-besaran lukisan yang yang terkenal dan mula disebarluaskan pada 1950-an. Lebih dari 50,000 salinan lukisan berkenaan berjaya dijual di sekitar Eropah. Potret yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki (ada juga yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan) sedang menangis adalah sebuah karya lama yang dilukis oleh seorang pelukis Itali, Giovani Bragolin.

Sumpahan[sunting | sunting sumber]

Kes pertama yang dilaporkan daripada sebuah akhbar tabloid British, The Sun pada 4 September 1985. Sebuah rumah milik anggota bomba, Peter Hall dilaporkan hangus selepas mengalami kebakaran secara tiba-tiba. Peliknya, sewaktu kerja-kerja mencari punca kebakaran dilakukan, Peter menjumpai satu objek di ruang tamunya. Ia adalah sebuah salinan lukisan lama miliknya yang dikenali sebagai 'The Crying Boy'. Peliknya, lukisan tersebut sedikit pun tidak terjejas akibat kebakaran itu.

Keesokan harinya, pada 5 September 1985, The Sun sekali lagi melaporkan kebakaran yang sama berlaku pada kediaman seorang wanita, Dora Mann. Menurut Mann, rumahnya hangus dijilat api selepas enam bulan membeli lukisan misteri seorang kanak-kanak itu. Kata Mann, dia berasa hairan kerana semua lukisan yang berada diruang tamunya musnah kecuali sebuah salinan lukisan potret yang sama.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi mangsa, Sandra Craske iaitu kakak ipar kepada Dora Mann, turut mengalami kejadian yang serupa. Seluruh rumahnya musnah dijilat api akibat menyimpan lukisan misteri itu. Craske mendakwa sebelum kebakaran berlaku, dia melihat lukisan miliknya sedang bergerak dan berpusing-pusing.

Ekoran dari kejadian itu, penduduk mengaitkan kebakaran tersebut berlaku akibat sumpahan potret 'The Crying Boy' tersebut. Meskipun begitu, setakat ini tiada bukti kukuh menunjukkan kebakaran itu disebabkan oleh lukisan terbabit. Hasil siasatan pihak bomba mendapati ia berpunca dari puntung rokok, kuali terlalu panas dan litar pintas.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu satu lagi kebakaran dilaporkan. Pada 9 September 1985, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak melecur selepas rumah yang mereka diamai musnah terbakar. Kejadian itu berlaku selepas bapa kepada dua orang kanak-kanak itu, Brian Parks cuba memusnahkan lukisan tersebut. Namun, usaha Parks gagal dan lukisan itu tidak hangus ketika kebakaran berlaku.

Semakin membimbangkan, banyak kejadian kebakaran secara tiba-tiba berlaku di kawasan berkenaan. Ia kelihatan seakan-akan satu petanda atau sumpahan yang menakutkan berpunca daripada lukisan misteri tersebut. Setiap hari, pasti ada laporan rumah atau kedai yang terbakar.

Menurut laporan akhbar The Sun pada 26 Oktober 1985, pihak kerajaan tempatan mengumumkan kepada semua penduduk supaya melupuskan lukisan tersebut dengan secepat mungkin. Pada 30 Oktober 1985, sebanyak 1000 keping salinan berjaya dimusnahkan dengan kawalan ketat pihak bomba.

Pun begitu, usaha pihak kerajaan tempatan untuk menamatkan sumpahan lukisan tersebut masih lagi tidak berjaya. Pada 12 November 1985, seorang lelaki Malcolm Vaughn cuba memusnahkan lukisan milik jirannya. Akibat tindakannya itu, seluruh ruang tamunya telah terbakar.

Empat bulan kemudian, 24 Februari 1986, seorang wanita emas, William Armitage berusia 61 tahun ditemui rentung dalam satu kebakaran. Peliknya, ketika mayat Armitage dijumpai, pihak bomba menemui sebuah lukisan potret kanak-kanak berada disebelahnya. Justeru, kes ini adalah yang pertama mengakibatkan kematian yang dilaporkan semenjak kejadian kebakaran itu.

Bagaimanapun, selepas enam bulan berlalu, misteri sumpahan lukisan ini mula berubah. Ia tidak lagi menyebabkan kebakaran tetapi memberi nasib yang baik kepada si pemiliknya. Mengikut laporan akhbar The Sun pada 20 Mac 1986, seorang lelaki, Bob Cherry telah mengutip sebuah lukisan potret seorang kanak-kanak lelaki di dalam tong sampah. Jelas Cherry, sebelum menjumpai lukisan itu, keretanya sering meragam. Namun, selepas meletakkan lukisan itu di dalam kereta, ia tidak rosak lagi sehingga hari ini. Lebih menggembirakan, seminggu selepas itu Cherry telah memenangi 20 Euro selepas bermain bingo dan 11 Euro ketika bermain slot mesin judi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]