The Family Madrigal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"The Family Madrigal"
Lagu oleh Stephanie Beatriz, Olga Merediz dan pelakon dari Encanto
daripada album Encanto (Original Motion Picture Soundtrack)
Dilancarkan padaNovember 19, 2021
GenreVallenato
Panjang4:17
SyarikatWalt Disney
PenulisLin-Manuel Miranda
Penerbit
"The Family Madrigal" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"The Family Madrigal" (Melayu: Warga Madrigal; Indonesia: Keluarga Madrigal) ialah lagu daripada filem muzikal animasi Disney iaitu, Encanto (2021), dikeluarkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi filem itu pada 19 November 2021, oleh Walt Disney Records. Ia ditulis oleh penyanyi-penulis lagu Amerika iaitu, Lin-Manuel Miranda, dan dinyanyikan hampir keseluruhannya oleh pelakon Amerika, Stephanie Beatriz, yang menampilkan ulang larik kecil oleh pelakon Amerika' Olga Merediz.[1]

Lagu bergenre uptempo vallenato dengan rap outro,[2] protagonis utamanya ialah Mirabel Madrigal mempersembahkan "Warga Madrigal" untuk memperkenalkan keluarga Colombia berbilang generasi dan kuasa ajaib mereka kepada penonton. Pengkritik muzik memuji instrumentasi rakyat dan sifat cerianya. Secara komersil, ia mencapai nombor 7, 18 dan 20 pada carta UK Singles,[3] Irish Singles,[4] dan carta Billboard Hot 100 AS.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lin-Manuel Miranda

"Warga Madrigal" ialah lagu daripada filem fantasi muzikal animasi komputer Disney terbitan tahun 2021 untuk filem Encanto. Ia adalah lagu pembukaan runut bunyi filem itu, yang dikeluarkan oleh Walt Disney Records pada 19 November 2021. "Warga Madrigal" ditulis oleh pemuzik Amerika, Lin-Manuel Miranda. Ia kebanyakannya dinyanyikan oleh pelakon Amerika, Stephanie Beatriz, yang menyuarakan protagonis filem itu, Mirabel Madrigal. Olga Merediz, yang menyediakan suara nyanyian untuk nenek Mirabel, Alma "Abuela" Madrigal, yang muncul secara ringkas dalam lagu itu.[1]

Untuk alih suara Encanto bahasa Malaysia, nama lagu ini yang telah dikeluarkan ialah "Warga Madrigal". Ia dinyanyikan oleh Dyana Shamsuddin dan Salamiah Hassan, manakala untuk alih suara bahasa Indonesia, ia dinyanyikan oleh Tisa Agustina Putri dan Tetty Iswanti, dengan tajuk lagu "Kelaurga Madrigal". Video muzik alih suara kedua-dua bahasa ini dikeluarkan pada 22 April 2022 di saluran rasmi DisneyMusicAsiaVEVO.[6][7]

Lirik dan komposisi[sunting | sunting sumber]

"Warga Madrigal" ialah lagu vallenato,[2] menggunakan alat muzik rakyat Colombia seperti akordion, caja vallenata dan guacharaca. Mirabel mempersembahkan lagu itu untuk memperkenalkan watak utama filem itu—keluarga Madrigal—dan "hadiah" ajaib mereka kepada penonton. Miranda menyatakan lagu itu diilhamkan oleh "Belle", lagu pembukaan dalam Beauty and the Beast (1991).

Prestasi komersial[sunting | sunting sumber]

"Warga Madrigal" telah memuncak pada nombor 7 pada carta UK Singles,[3] dan nombor 18 pada carta Irish Singles,[4] dan 20 pada carta Billboard Hot 100 AS.[5]

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2022) Kedudukan puncak
Australia (ARIA)[8] 40
Kanada (Canadian Hot 100)[9] 31
Global 200 (Billboard)[10] 20
Ireland (IRIC)[11] 18
UK Singles (OCC)[12] 7
US Billboard Hot 100[13] 20

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Atkinson, Katie (January 28, 2022). "Here Are the Lyrics to 'The Family Madrigal' From 'Encanto'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 29, 2022. Dicapai pada Januari 29, 2022.
  2. ^ a b "How "We Don't Talk About Bruno" turned Encanto into a sleeper hit". Vox (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-30.
  3. ^ a b "Disney's Encanto sets Official Top 10 singles record". Official Charts Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-05.
  4. ^ a b "We Don't Talk About Bruno climbs to Number 1 on Irish Singles Chart". Official Charts Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-05.
  5. ^ a b Billboard Charts [@billboardcharts] (January 25, 2022). "Every song on this week's #Hot100 chart with one credited songwriter (1/2):" (Twit). Dicapai pada January 25, 2022 – melalui Twitter.
  6. ^ DisneyMusicAsiaVEVO (22 April 2022). "Warga Madrigal (From "Encanto"/Bahasa Malaysia Audio Only)". Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2022.
  7. ^ DisneyMusicAsiaVEVO (22 April 2022). "Keluarga Madrigal (From "Encanto"/Bahasa Indonesia Audio Only)". Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2022.
  8. ^ "ARIA Top 50 Singles Chart" (dalam bahasa Inggeris). Australian Recording Industry Association. Februari 14, 2022. Dicapai pada Februari 11, 2022.
  9. ^ "Billboard Canadian Hot 100: February 5, 2022". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Februari 1, 2022.
  10. ^ "Billboard Global 200: February 12, 2022". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 8, 2022.
  11. ^ "Official Irish Singles Chart Top 50" (dalam bahasa Inggeris). Official Charts Company. Dicapai pada 2022-04-02.
  12. ^ "Official Singles Chart Top 50" (dalam bahasa Inggeris). Official Charts Company. Dicapai pada 2022-04-02.
  13. ^ Trust, Gary (Januari 31, 2022). "'We Don't Talk About Bruno,' From 'Encanto,' Hits No. 1 on Billboard Hot 100". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Februari 1, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]