Pergi ke kandungan

The Fate of Ophelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"The Fate of Ophelia"
Single oleh Taylor Swift Sunting nilai ini di Wikidata
daripada album The Life of a Showgirl
BahasaBahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan3 Oktober 2025 Sunting nilai ini di Wikidata
TempatAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop tarian dan synth-pop Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang03:46 Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatRepublic Records (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PenggubahTaylor Swift Sunting nilai ini di Wikidata
Penulis seni kataTaylor Swift Sunting nilai ini di Wikidata
PenerbitTaylor SwiftMax MartinShellback Sunting nilai ini di Wikidata
Kronologi lagu dalam album The Life of a Showgirl
"The Fate of Ophelia" "Elizabeth Taylor"
Kronologi single Taylor Swift
"I Can Do It with a Broken Heart"
(2024)
"The Fate of Ophelia"
(2025)
Video muzik
"The Fate of Ophelia" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"The Fate of Ophelia" ialah lagu oleh penyanyi–penulis lagu Amerika Syarikat Taylor Swift. Lagu ini dikeluarkan sebagai single utama daripada album studio kedua belasnya, The Life of a Showgirl pada 3 Oktober 2025 melalui syarikat Republic Records. Swift menulis dan menerbitkan "The Fate of Ophelia" bersama Max Martin dan Shellback. Genre lagu ini ialah pop tarian, synth-pop dan funk dengan alur gelombang baharu. Runut ini dibuka dengan titiran dram dan kord piano minor, berkembang menjadi susunan derap atas gitar keluli, pensintesis dan Omnichord yang rancak, di atas baris bes yang memacu.

Lagu ini sebahagiannya diilhamkan oleh Ophelia, suatu watak yang tenggelam akibat kegilaan daripada kesedihan dan penolakan romantik dalam drama Hamlet karya William Shakespeare. "The Fate of Ophelia" mengisahkan tentang teman sejiwa yang menyelamatkan Swift daripada takdir kematian seperti Ophelia. Pengkritik muzik secara umumnya memuji gubahan muzik dan penerbitan lagu ini yang menarik tetapi kurang mempedulikan majas konvensional liriknya. Secara komersial, single ini memecahkan rekod global untuk lagu yang paling banyak distrim dalam sehari dan seminggu di pelantar penstriman Spotify. Lagu ini berada di kemuncak di dalam carta Billboard Global 200 dan menjadi single nombor satu yang pertama oleh Swift di Austria, Belanda, Denmark, Jerman dan Sepanyol. Di Amerika Syarikat, "The Fate of Ophelia" berada di puncak Billboard Hot 100 selama sembilan minggu, menjadi lagu nombor satu terpanjang dalam kerjaya Swift.

Swift menulis dan mengarah video muzik lagu tersebut, yang ditayangkan sebagai sebahagian daripada filem promosi The Official Release Party of a Showgirl. Video ini menggunakan pelbagai inspirasi sejarah, budaya dan artistik penghibur wanita, menggambarkan Swift sebagai seorang gadis panggung sepanjang tempoh masa yang berbeza dan memasukkan petunjuk pada lagu-lagu lain dalam album The Life of a Showgirl. Beliau bekerjasama dengan ahli seni wayang Rodrigo Prieto, pereka tari Mandy Moore dan pereka penerbitan Ethan Tobman untuk penghasilan video itu serta memilih kumpulan dan pekerja tariannya dari Jelajah Eras—jelajah yang memberi inspirasi kepada album tersebut. Kedua-dua lirik dan video lagu tersebut menampilkan rujukan kepada tunang Swift, Travis Kelce, seorang pemain bola sepak.

Latar belakang dan pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Taylor Swift mencipta album studio kedua belasnya, The Life of a Showgirl, yang mencerminkan keadaan fikirannya yang berjaya di tengah-tengah kejayaan Jelajah Eras dan hubungan romantiknya dengan pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce sepanjang tahun 2024.[1] Swift mengumumkan album itu semasa episod pod siar Travis dan Jason Kelce, New Heights pada 13 Ogos 2025; "The Fate of Ophelia" telah didedahkan sebagai runut pembukaan.[2] Di dalam episod itu, Swift membincangkan drama Hamlet arahan William Shakespeare, khususnya tentang kejatuhan ke dalam kegilaan dan kematian akibat tenggelamnya watak Ophelia, yang mempengaruhi karya seni kulit album.[3][4][5]

"The Fate of Ophelia" telah dikeluarkan sebagai single utama daripada album The Life of a Showgirl. Pada 3 Oktober 2025, bersama-sama dengan pelancaran album tersebut, Universal Music Group melancarkan lagu tersebut untuk siaran radio di Itali,[6] dan video muziknya ditayangkan sebagai sebahagian daripada filem Taylor Swift: The Official Release Party of a Showgirl, sebelum dikeluarkan di YouTube dua hari kemudian.[7] Di Amerika Syarikat, Republic Records melancarkan lagu tersebut ke radio kontemporari dewasa popular pada 6 Oktober dan radio hit kontemporari pada 7 Oktober.[8] Sepanjang bulan Oktober, "The Fate of Ophelia" telah dikeluarkan di single CD terhad masa dan muat turun (termasuklah versi asal, akustik dan instrumental).[9][10][11][12] Pada bulan Disember, Swift mengeluarkan lagu tersebut pada vinil 7 inci.[13] Tiga versi lagu tersebut kemudiannya dikeluarkan iaitu versi akustik "Alone in My Tower" (Bersendirian dalam Menaraku),[14] adun semula oleh duo DJ Kanada, Loud Luxury (termasuklah versi lanjutan),[15][16], dan adun semula (serta versi lanjutan)[17] oleh Chainsmokers.[18]

Penerbitan dan muzik

[sunting | sunting sumber]

Taylor Swift menulis dan menerbitkan "The Fate of Ophelia" bersama Max Martin dan Shellback. Runut ini dirakamkan di Shellback Studios dan diterbitkan di MXM Studios, kedua-duanya di Stockholm, Sweden.[19] Dengan tempoh sepanjang 3 minit 46 saat,[19] lagu ini bergenre pop tarian,[20][21] synth-pop,[22][23] dan runut funk[24] dengan alur gelombang baharu.[25] Penerbitan bermula dengan titiran dram dan kord piano dengan nada minor[26][27] dan berkembang menjadi produksi derap atas yang didorong oleh pensintesis, gitar keluli, Omnichord yang melata dan baris bes yang memacu.[26][28][29] Nyanyian Swift, kebanyakannya dalam tingkat suara bawahnya dalam rangkap,[30] yang dibantu oleh kesan talun.[28]

Pengkritik membandingkan lagu ini dengan muzik daripada artis-artis lain dan karya-karya Swift yang sebelumnya. Beberapa ulasan menyamakan "The Fate of Ophelia" dengan muzik Fleetwood Mac;[26][31][32] Chris Molanphy dari Slate menulis bahawa titiran dram pembukaan membangkitkan lagu "Dreams" (1977).[33] Menurut Lauren Hague dari Clash, lagu itu merupakan versi moden funk-pop tahun 2000-an, yang mengingatkan pada lagu "Mercy" oleh Duffy (2008) dan "Rumour Has It" oleh Adele (2011).[30] Mikael Wood dari Los Angeles Times menulis bahawa lagu itu mengingatkan kepada duo gelombang baharu British Eurythmics,[25] manakala Ann Powers dari NPR pula membandingkan beberapa unsur penerbitan dengan lagu-lagu "Stand Back" oleh Stevie Nicks (1983), "Clint Eastwood" oleh Gorillaz (2001) dan "Wildest Dreams" oleh Swift sendiri (2014).[28] Giselle Au-Nhien Nguyen dari The Sydney Morning Herald berpendapat bahawa runut tersebut mempunyai "nada yang lebih gelap" yang mengingatkan pada album tahun 2017 Swift, Reputation.[34] Sementara itu, Jon Pareles dari The New York Times menyamakan bunyi piano dengan nada minor dengan penerbitan album tahun 2020, Folklore.[27]

Seni kata lagu

[sunting | sunting sumber]
Lukisan Laertes dan Ophelia daripada Hamlet
Perangkai itu merujuk kepada Lakon 1, babak iii dalam Hamlet karya William Shakespeare, di mana Ophelia meluahkan perasaannya kepada abangnya Laertes.

Seni kata lagu "The Fate of Ophelia" dipengaruhi oleh hubungan Taylor Swift dan Travis Kelce.[35] Menurut Swift, idea untuk lagu itu datang ketika dia berada di studio bersama Martin dan Shellback sambil menatal senarai idea lagunya di telefon pintarnya. Ketika Shellback memainkan "gerak kord yang sangat menarik", Swift terjumpa perkataan "Ophelia" dalam senarainya dan membayangkan senario di mana Ophelia tidak menjadi gila dan mati tetapi sebaliknya bertemu dengan seseorang yang melayannya dengan baik. Dari situ, dia terfikir, "Awak menyelamatkan hati saya daripada takdir Ophelia."[36]

Dalam lagu itu, pencerita Swift berikrar setia kepada seorang lelaki yang menyelamatkannya daripada nasib "kegilaan", "kelemasan", "perdayaan", "penyeksaan", dan akhirnya kematian yang serupa dengan Ophelia.[35][37][38] Tragedi Ophelia dirujuk dalam rangkap: "Anak perempuan sulung seorang bangsawan/ Ophelia hidup dalam khayalan/ Namun cinta umpama ranjang dingin penuh dengan kala jengking/ Racun itu merampas kewarasannya".[5] Baris ulang itu menggambarkan pencerita Swift sebagai "bersendirian di menara", menunggu bakal pelamarnya tiba.[5] Pelamar itu kemudian "menggalinya keluar dari kubur[nya]", yang menyelamatkannya daripada kematian tragis itu.[36] Perangkai ("Terkunci di dalam ingatanku/ Dan hanya kau yang memiliki kuncinya") merujuk kepada Lakon 1, babak iii Hamlet, di mana Ophelia memberitahu abangnya Laertes: "Terkunci dalam ingatanku, dan kau sendiri yang akan menyimpan kuncinya."[39][40]

Menurut beberapa penerbitan, lagu itu mengandungi rujukan kehidupan sebenar kepada Kelce, termasuklah kerjayanya sebagai pemain bola sepak, pernyataan kasih sayang secara terbuka terhadap Swift, dan penggunaan frasa "untuk menjadi sejujurnya" dengan kerap.[38][41][42] Beberapa tafsiran "The Fate of Ophelia" menyamakan naratifnya dengan lagu "Love Story" oleh Swift sendiri (2008), yang diilhamkan oleh tragedi Shakespeare yang lain, Romeo dan Juliet. Kedua-dua lagu tersebut menggambarkan pengakhiran romantik yang bahagia, bertentangan dengan kesimpulan tragik asal Shakespeare;[43][44][45] Swift sendiri mengakui bahawa ini adalah kali kedua, selepas "Love Story" dia cuba menulis semula tragedi Shakespeare.[37] Menurut Serena Trowbridge, seorang sarjana dalam kesusasteraan Victoria, "The Fate of Ophelia" juga mungkin diilhamkan oleh model Pra-Raphaelisme dan pemuisi Elizabeth Siddal yang merupakan ilham untuk lukisan Ophelia karya John Everett Millais, yang mempengaruhi karya seni kulit album The Life of a Showgirl.[5][46]

  1. ^ Mier, Tomás (13 Ogos 2025). "Taylor Swift Made The Life of a Showgirl While on the Eras Tour". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2025. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
  2. ^ Dailey, Hannah (13 Ogos 2025). "Taylor Swift Reveals Life of a Showgirl Release Date, Album Cover & Track List Featuring Sabrina Carpenter". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2025. Dicapai pada 19 September 2025.
  3. ^ Raposas, Rachel (14 Ogos 2025). "All of the Ways Taylor Swift Channels William Shakespeare in Life of a Showgirl". People (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2025. Dicapai pada 19 September 2025.
  4. ^ Pontone, Maya (20 Ogos 2025). "Did This 19th-Century Painting Inspire Taylor Swift's New Album Art?". Hyperallergic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2025. Dicapai pada 19 September 2025.
  5. ^ a b c d Trowbridge, Serena (3 Oktober 2025). "The pre-Raphaelite Muse Who Inspired Taylor Swift's The Fate of Ophelia". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2026. Dicapai pada 12 November 2025.
  6. ^ Mompellio, Gabriel (3 Oktober 2025). "Taylor Swift 'The Fate of Ophelia' | (Radio Date: 03/10/2025)" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Itali). Airplay Control S.R.L. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  7. ^ Puckett-Pope, Lauren; Cubit, Brea (5 Oktober 2025). "Taylor Swift's 'The Fate of Ophelia' Music Video Is Officially Here". Elle (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2025. Dicapai pada 3 Disember 2025.
  8. ^ U.S. Radio Updater [@USRadioUpdater] (2 Oktober 2025). ".@taylorswift13's 'The Fate Of Ophelia' Will Serve as the Lead Single to The Life Of A Showgirl. It Will Go for Immediate Impact at US Pop & Hot AC Radio, Officially Impacting the Formats on October 6th & 7th (Via @RepublicRecords)" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2025. Dicapai pada 6 Oktober 2025 – melalui Twitter.
  9. ^ "The Life of a Showgirl: The Fate of Ophelia CD Single with Double-Sided Cover" (dalam bahasa Inggeris). Taylor Swift Webstore. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2025. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
  10. ^ "The Life of a Showgirl: The Fate of Ophelia (Alone In My Tower Acoustic) CD Single with Double-Sided Cover" (dalam bahasa Inggeris). Taylor Swift Webstore. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2025. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
  11. ^ "The Fate of Ophelia (Instrumental)" (dalam bahasa Inggeris). Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2025. Dicapai pada 1 November 2025.
  12. ^ "The Fate of Ophelia (Alone In My Tower Acoustic Version / Instrumental)" (dalam bahasa Inggeris). Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2025. Dicapai pada 1 November 2025.
  13. ^ "The Fate of Ophelia 7" Vinyl Single" (dalam bahasa Inggeris). Taylor Swift Webstore. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2025. Dicapai pada 18 Disember 2025.
  14. ^ Willman, Chris (4 Oktober 2025). "Taylor Swift Announces Eight Acoustic Recordings as Bonus Tracks for Four New Life of a Showgirl CD Editions". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2025. Dicapai pada 5 Oktober 2025.
  15. ^ Trust, Gary (10 November 2025). "Taylor Swift's 'The Fate of Ophelia' Leads Hot 100 for Fifth Week, Michael Jackson's 'Thriller' Returns to Top 10". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2025. Dicapai pada 23 November 2025.
  16. ^ "The Fate of Ophelia (Loud Luxury Remix) (Extended Version)" (dalam bahasa Inggeris). Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2025. Dicapai pada 21 November 2025.
  17. ^ "The Fate of Ophelia (The Chainsmokers Remix [Extended Version]) - Single" (dalam bahasa Inggeris). Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2026. Dicapai pada 8 Januari 2026.
  18. ^ Dailey, Hannah (25 November 2025). "Taylor Swift's 'The Fate of Ophelia' Is Now a Club Banger Thanks to New Chainsmokers Remix". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  19. ^ a b Swift, Taylor (2025). The Life of a Showgirl (buku kecil). Republic Records.
  20. ^ Hunter-Tilney, Ludovic (3 Oktober 2025). "Taylor Swift: The Life of a Showgirl Album Review — Charismatic as Ever, But Lacks Sparkle". Financial Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  21. ^ Thomas, Fred. "The Life of a Showgirl Review" (dalam bahasa Inggeris). AllMusic. Dicapai pada 27 November 2025.
  22. ^ Sherman, Maria (3 Oktober 2025). "Music Review: On Taylor Swift's The Life of a Showgirl, Love and Reputation Are on the Line" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  23. ^ "The 100 Best Songs of 2025". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2025. Dicapai pada 5 Disember 2025.
  24. ^ Kang, Biba (8 Oktober 2025). "Does Taylor Swift Really Shine on The Life of a Showgirl?". New Statesman (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2025. Dicapai pada 10 Oktober 2025.
  25. ^ a b Wood, Mikael (3 Oktober 2025). "Taylor Swift's 'The Life of a Showgirl' is an immaculate act of damage control". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2025. Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  26. ^ a b c Georgi, Maya (3 Oktober 2025). "Taylor Swift Conquers Her Biggest Stage Ever on The Life of a Showgirl". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2025. Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  27. ^ a b "Taylor Swift Keeps Getting Bigger. Can the Music Keep Up?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 6 Oktober 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2025. Dicapai pada 14 Oktober 2025.
  28. ^ a b c Powers, Ann (3 Oktober 2025). "On 'The Life of a Showgirl,' Taylor Swift feels love's glow and the spotlight's glare" (dalam bahasa Inggeris). NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2025. Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  29. ^ Power, Ed (3 Oktober 2025). "Five stars for Taylor Swift's Life of a Showgirl: Travis Kelce at the heart; as is disdain for fellow star". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2025. Dicapai pada 7 Oktober 2025.
  30. ^ a b Hague, Lauren (3 Oktober 2025). "Taylor Swift - The Life Of A Showgirl". Clash (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2025. Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  31. ^ Light, Alan (6 Oktober 2025). "The Curious, Wildly Uneven Case of Taylor Swift's The Life of a Showgirl". Esquire (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2025. Dicapai pada 14 Oktober 2025.
  32. ^ Wohlmacher, John (6 Oktober 2025). "Album Review: Taylor Swift – Life Of A Showgirl". Beats Per Minute (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2025. Dicapai pada 3 Disember 2025.
  33. ^ Molanphy, Chris (14 Oktober 2025). "Did Taylor Swift Really Have the Biggest Album Debut of All Time? Yes, With an Asterisk, Or Two". Slate (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2025. Dicapai pada 3 Disember 2025.
  34. ^ Nguyen, Giselle Au-Nhien (3 Oktober 2025). "Taylor's still the ultimate showgirl – but has she run out of hits?". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2025. Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  35. ^ a b Savage, Mark (3 Oktober 2025). "Taylor Swift: The Life of a Showgirl is a triumphant pop victory lap" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  36. ^ a b Yahr, Emily (4 Oktober 2025). "Taylor Swift keeps borrowing Shakespeare. These experts approve". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Disember 2025.
  37. ^ a b Zoladz, Lindsey (4 Oktober 2025). "In Taylor's Version, Ophelia Has a Fairy-Tale Ending". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  38. ^ a b Puckett-Pope, Lauren (3 Oktober 2025). "Taylor Swift Presents a Twist on the Tragedy of Hamlet With 'The Fate of Ophelia'". Elle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  39. ^ "From Shakespeare to Swift: Who Is Ophelia?". BBC. November 2025. Dicapai pada 14 November 2025.
  40. ^ Rome, Emily (3 Oktober 2025). "Taylor Swift's 'Fate of Ophelia': A Breakdown of Every Shakespeare Reference". Vanity Fair (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2026.
  41. ^ Bonner, Mehera (3 Oktober 2025). "Pretty Sure "The Fate of Ophelia" Is Taylor Swift's Love Song to Travis Kelce". Cosmopolitan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  42. ^ Smith, Katie Louise (3 Oktober 2025). "Taylor Swift's 'The Fate of Ophelia' Lyrics Meaning and Travis Kelce References Explained". Capital (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  43. ^ Breihan, Tom (3 Oktober 2025). "Premature Evaluation: Taylor Swift The Life of a Showgirl". Stereogum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Oktober 2025.
  44. ^ Nelson, Jeff (3 Oktober 2025). "Taylor Swift Pulls Back the Curtain on Her Private World — and Is Head over Heels in Love — on The Life of a Showgirl: Review". People (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2025.
  45. ^ Calfee, Joel (3 Oktober 2025). "Taylor Swift Twists Shakespearean Symbolism on 'The Fate of Ophelia'". Harper's Bazaar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 November 2025.
  46. ^ Waxman, Olivia B. (3 Oktober 2025). "The Meaning Behind 'Ophelia' on Taylor Swift's The Life of a Showgirl". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Disember 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]