Pergi ke kandungan

The Fault in Our Stars

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Fault in Our Stars
Umum
PengarangJohn Green
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Genre
  • Novel remaja
  • Fiksyen realistik
Penerbitan
Pelukis kulitRodrigo Corral
Diterbitkan pada
10 Januari 2012 (Dutton Books)
Jenis media
Cetak (kulit keras, kulit lembut)
Halaman317
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-525-47881-7

The Fault in Our Stars adalah novel drama remaja bahasa Inggeris tahun 2012 dikarang John Green, penulis Amerika Syarikat. Ia merupakan novel keenam dikarang beliau.

Novel ini mengisahkan tentang bibit-bibit cinta antara Hazel Grace, seorang remaja menghidap barah, dengan Augustus Waters yang berusia tujuh belas tahun, seorang mantan pemain bola keranjang yang dipotong kakinya saat berkenalan dalam suatu kelompok sokongan para penghidap barah.

Sejarah pengkaryaan

[sunting | sunting sumber]

Maksud judul

[sunting | sunting sumber]

Judul novel ini terinspirasi oleh satu baris dialog terkenal dari drama Shakespeare yang berjudul Julius Caesar (Babak 1, Adegan 2) di mana Cassius berkata kepada Brutus:

The fault, dear Brutus, is not in our stars, / But in ourselves, that we are underlings.[1]

["Kesalahan kita, wahai Brutus, tidaklah pada bintang-bintang, / namun dalam diri sendiri, bahawa kita orang bawahan."]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Cerita terjadi di Indianapolis, Indiana, di mana seorang gadis berusia enam belas tahun bernama Hazel Grace Lancaster yang mengidap penyakit kanser, namun dia enggan menghadiri kelompok penyokong pesakit kanser. Atas perintah ibunya, dia pun pergi ke kelompok penyokong itu. Kerana kanser, dia menggunakan silider oksigen mudah alih untuk bernafas dengan baik. Dalam salah satu pertemuan kelompok penyokong, dia melakukan temuan mata dengan seorang pemuda yang bernama Augustus Waters itu. Dia ada di sana untuk mendukung temannya, Isaac. Isaac memiliki tumor di salah satu matanya yang harus dibedah, sehingga membuatnya buta. Setelah pertemuan berakhir, Augustus cuba mendekati Hazel dan mengatakan bahawa dia nampak seperti Natalie Portman di V for Vendetta. Dia mengajak Hazel ke rumahnya untuk menonton filem sambil menceritakan pengalaman mereka dengan kanser. Hazel mengatakan bahawa dia memiliki kanser tiroid yang telah menyebar ke paru-parunya. Augustus memiliki osteosarkoma, tetapi dia sekarang bebas dari kanker setelah kakinya diamputasi. Sebelum Augustus mengantar Hazel pulang, mereka setuju untuk saling membaca novel kesukaan satu sama lain. Augustus meminjamkan Hazel novel berjudul The Price of Dawn (Ganjaran Fajar), dan Hazel mencadangkan novel berjudul An Imperial Affliction (Kemalangan Luar Biasa).

Hazel menjelaskan kehebatan An Imperial Affliction (Kemalangan Luar Biasa): Ini adalah sebuah novel tentang seorang gadis bernama Anna yang memiliki kanser, dan itu satu-satunya cara dia mengerti hidup dengan kanser yang sesuai dengan pengalamannya. Dia menggambarkan bagaimana novel itu berakhir di tengah-tengah ayat dengan sangat pelik, membayangkan penutup cerita tentang nasib watak novel ini. Dia berspekulasi tentang penulis misteri novel ini, Peter Van Houten, yang melarikan diri ke Amsterdam setelah novel diterbitkan dan tidak pernah terdengar lagi sejak itu.

Seminggu setelah Hazel dan Augustus berkongsi idea sastera dari isi An Imperial Affliction (Kemalangan Luar Biasa), Augustus dengan ajaib mengatakan bahawa ia berhasil menghubungi pembantu Van Houten, Lidewij, dan melalui Lidewij, Augustus berhasil menghantar email dengan Van Houten yang suka menyendiri. Dia memberitahu isi email Van Houten kepada Hazel, dan Hazel membuat pertanyaan untuk dihantarkan kepada Van Houten, berharap dapat menjelaskan kesimpulan novel itu. Hazel prihatin terhadap nasib ibu Anna. Dia berfikir bahawa jika ibu Anna bertahan dengan kematian anak perempuannya, maka ibu bapanya sendiri akan berada dalam keadaan baik setelah Hazel meninggal. Van Houten akhirnya menjawab, mengatakan ia hanya boleh menjawab pertanyaan Hazel secara peribadi. Dia mengajak Hazel untuk singgah jika dia berada di Amsterdam. Tak lama setelah Augustus mengajak Hazel untuk piknik, Augustus mengatakan bahawa sebuah yayasan amal akan memberikan pengabulan cita-cita budak yang menghidap kanser telah setuju untuk memberikannya: Yayasan tersebut membawa kedua-duanya agar dapat pergi ke Amsterdam untuk bertemu Van Houten. Hazel gembira, tetapi ketika ia menyentuh wajahnya dia memiliki beberapa alasan untuk merasa ragu. Perlahan-lahan, dia menyedari bahawa dia menyukai Augustus, tetapi dia tahu dia akan menyakiti Augustus ketika dia meninggal. Dia membandingkan dirinya dengan sebuah garnet.

Hazel tiba-tiba berada dalam keadaan bahaya dan serius di mana paru-parunya dipenuhi cecair dan dia terpaksa dibawa ke unit rawatan rapi (ICU). Ketika dia sedar, dia mengetahui bahawa Augustus tidak pernah meninggalkan ruang tunggu hospital. Augustus memberikan Hazel surat dari Van Houten, yang satu ini lebih peribadi. Setelah membaca surat itu, Hazel lebih yakin dari sebelumnya untuk pergi ke Amsterdam. Meskipun begitu, dia mempunyai masalah: ibu bapanya dan pasukan doktornya berpendapat bahawa Hazel tidak cukup kuat untuk berjalan jauh. Situasi itu nampak hanya seperti sebuah harapan sampailah salah satu doktor yang paling arif tentang kesnya, Dr. Maria, meyakinkan ibu bapanya bahawa Hazel harus melakukan perjalanan ini kerana dia perlu menjalani hidupnya.

Rancangan yang dibuat untuk Augustus, Hazel, dan Ibu Hazel untuk pergi ke Amsterdam berjalan lancar. Tapi ketika Hazel dan Augustus bertemu Van Houten mereka baru mengetahui bahawa, Van Houten bukan seorang penulis produktif yang genius, melainkan seorang pemabuk yang kejam dan mengaku tidak boleh menjawab pertanyaan yang diajukan Hazel. Keduanya pun kecewa dan meninggalkan Van Houten. Lidewij membawa mereka ke Rumah Anne Frank. Di tingkat atas rumah tersebut, Augustus dan Hazel berciuman sambil pelanvong lain bertepuk tangan. Mereka kembali ke hotel tempat mereka melakukan hubungan cinta untuk kali pertama dan terakhir kalinya.

Watak-watak utama

[sunting | sunting sumber]

Senarai terjemahan

[sunting | sunting sumber]
Versi bahasa Malaysia
  • Tertulis di Bintang-Bintang. Diterjemahkan oleh Birsilah Bakar. Kuala Lumpur: Fixi Verso. 2014.
Versi bahasa Indonesia
  • The Fault in Our Stars. Diterjemahkan oleh Ingrid Dwijani Nimpoeno. Jakarta: Penerbit Mizan. 2014.

Pada bulan Januari 2012, hak pembuatan filem yang diadaptasi dari buku itu dimiliki oleh 20th Century Fox, [2] dan pada 19 Februari 2013, diumumkan bahawa Josh Boone akan mengarahkan filem ini. Dan telah ditetapkan filem ini akan dibintangi oleh Shailene Woodley, Ansel Elgort dan Nat Wolff.

  1. ^ "Kutipan Dialog Drama Julius Caesar". Mabillard, Amanda.26 Feb 2013.
  2. ^ Deahl, Rachel (31 Januari 2012). "Fox memilih John Green 'The Fault in Our Stars'". Publishers Weekly. Diakses pada 23 Julai 2013.